Saturday 25 February 2017

Tips lipat baju dengan pantas dan mudah

Assalamualaikum.. Apa khabar readers? Selamat berhujung minggu. Hari ni Nurha nak bagi tips melipat kain / baju dengan mudah dan pantas. Seringkali mommy2 semua mempunyai masalah nak melipat baju, disebabkan itu maka menimbunlah baju yang ditinggalkan dalam bakul sampai menimbun dan menggunung. Kadang tu nak cari baju siap terkais-kais, dah lah susah nak dapat baju yang nak dipakai, berterabur kain baju di lantai.

Nurha dah buat survey dalam 10 orang mak-mak yang bekerja tu, 8 daripadanya memang lipat baju seminggu sekali. Memang baju menimbunlah time tu.Itu belum tentu lagi nkkeluar-keluar time weekend, sudahnya baju dibiarkan tidak berlipat, makanya anak-anak dan  suami mencari baju terkais-kais.

Nurha kongsikan tips Nurha melipat baju dengan mudah dan pantas:-

1, Lipat baju time anak-anak dah tidur. Senang, dorang tak kacau time ni, mama-mama semua pun aman dan damai melipat baju.

2. Lipat baju di tempat yang selesa tetapi jangan guna kipas angin mahupun air-cond, biarkan badan kita berpeluh sebab nanti bila dah terlalu selesa, kita akan rasa mengantuk. Lagi satu bila dah berpeluh memang exercise yang sangat bagus, sebab dengan melipat baju je dah keluar peluh, tandanya tubuh kita sihat.

3. Lipat kain yang besar-besar dahulu sebab kain yang besar tu menyumbang banyak space dalam bakul. Kain besar maksud Nurha di sini ialah seperti kain pelikat, kain batik, seluar slack, seluar jean, seluar track. Ni sebenarnya psikologi time lipat baju sebab bila lipat baju yang besar-besar dulu, nampak kain dalam bakul surut banyak.

4. Lipat baju berselang dengan minum air dan tonton tv supaya kita tak rasa bosan

5. Akhir sekali barulah lipat baju kanak-kanak dan baby.

Sekian dahulu, selamat mencuba jangan malas-malas lipat baju k!





Friday 17 February 2017

Kebaikan Herba Maharani

Assalamualaikum. Uols pernah dengar tak pasal Herba Maharani yang terhangat di pasaran? Herba Maharani ni kalau cakap orang dulu-dulu zaman mak nenek kita sebagai jamu untuk kesihatan wanita. Baik sangat untuk kesihatan dalaman wanita.

Hari ni Nurha nak share ada 28 kebaikan Herba Maharani. Herba ni bukan sebarang herba tau. Salah satu bahan campuran dalam Herba Maharani ialah ayam hitam atau ayam selasih. Masyarakat Cina percaya bahawa ayam hitam adalah salah satu bahan yang sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan dalaman wanita. Patutlah ayam ni mahal. Sebab khasiatnya tiada tandingannya.


Siakap Keli sharing pasal kebaikan Herba Maharani

Kebaikan Herba Maharani ialah :-

1. Melegakan asma
2. Menyelesaikan masalah senggugut & keputihan
3. Anti bakteria (sekitar faraj)
4. Melegakan skit pinggang, sendi & lutut
5. Melegakan migrain & angin dalam badan
6. Menguatkan hati dan buah pinggang
7. Menyelesaikan masalah haid tidak teratur
8. Menghilangkan bau mulut
9. Baik untuk pesakit diabetes
10. Menyelesaikan masalah buasir
11. Manaikkan seri muka
12. Memberi kebahagiaan kepada pasangn
13. Kesuburan dan awet muda
14. Mencantik, menegang dan melicinkan kulit
15. Menegangkan payudara
16. Merangsang hormon estrogen, progesteron & androgen
17. Menghilangkan kelesuan dan muka pucat
18. Melambatkan proses menopous
19. Menguatkan antibodi dan imunisasi
20. Melancarkan peredaran darah
21. Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam
22. Amalan semasa berpantang
23. Menambah darah semasa bersalin
26. Menghilangkan urat timbul
27. Mengimbangi tekanan darah
28. Meningkatkan kecerdasan minda

Banyak sangat kan kebaikan Herba Maharani ni, memang produk wow sangat! Ada masa lagi Nurha akan share pengalaman dan testimoni mommies yang mengamalkan Herba Maharani ye. Ada sesiapa yang nak buat projek memikat suami tu memang wajib ada Herba Maharani ni.

Cara pengambilan Herba Maharani    




Dalam sekotak Herba Maharani ada 6 biji bola. Ada 300 biji dalam 6 biji bola tu. So 1 bola ada 50 biji yang bersaiz kecil sahaja. Satu hari pengambilan 15-25 biji makan selepas bangun tidur sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam. Yang penting minum air masak banyak-banyak ye. Apa pun supplement yang kita makan, water intake especially sky juice perlu diminum sebanyak yang mungkin tau.

Jom pretty mommy, mulakan projek memikat suami dari sekarang. PM / Whatsapp Nurha di 017-3086352.

Thursday 16 February 2017

Kambing untuk Akikah siap hantar ke rumah

Assalamualaikum. Entri pasal kambing hari ni. Ni sebenarnya Nurha tolong promote untuk husband sebab ni biz part time dia. Sedar tak sedar dah 5 tahun beliau berkecimpung dalam perniagaan kambing ni, seusia Firas. Masa Firas lahr dulu, terasa susah sangat nak cari kambing untuk akikah, lagi2 kat JB ni. Maksud Nurha kambing yang siap dicincang dan siap hantar ke rumah. Kadang tu, dalam kita tengah berpantang, mane nak sempat nak uruskan cari kambing, siap cincang dan siap hantar ke rumah.

Menyedari permasalahan itu, papa dan rakan kongsinya membuka sebuah kandang dengan modal yang tak seberapa. Tapi alhamdulillah, ada penjaga kandangnya yang kami gajikan tiap bulan. Niat asal memang nak membantu golongan muda untuk memudahkan buat akikah pada hari ke 7 kelahiran cahaya mata. Bila kita mudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita pula.

Pelanggan boleh pilih samada nak kambing hidup, kambing yang siap cincang atau kambing siap masak. Semua tu ikut pakej yang dipilih pelanggan. Yang penting, kambing siap hantar sampai ke pintu rumah, tak payah susah-susah nak sembelih dan cincang sendiri, yang penting bagi nama bayi sebelum kambing disembelih.

Kami juga ada sediakan pakej untuk kambing siap masak dan dihantar ke rumah anak-anak yatim ataupun pelajar tahfiz. Ada tu yang tak nak kecah-kecahkan rumah buat kenduri kendara cukup bagi makan kambing yang diakikahkan pada rumah pelajar tahfiz dan mohon doa dari pelajar tahfiz untuk anak yang diakikahkan.

So, kalau ada sesiapa yang nak order kambing, boleh call / WA 017-3086355. Jangan risau, harga berpatutan dan boleh runding. Jangan lengah-lengahkan akikah untuk anak-anak kita ye.

Sekian dulu, jumpa lagi next entri.



Tuesday 14 February 2017

Far Infra Red (F.I.R) pada Premium Beautiful

Assalamualaikum. Rasa teruja sangat sebab hari ni Nurha nak kongsi pasal kebaikan Far Infra Red yang ada dalam Premium Beautiful. Seperti yang Nurha janjikan sebelum ini, nak sharing pasal kebaikan FIR.

Fungsi FIR ni sebenarnya untuk memperbaiki sistem peredaran darah dalam tubuh. Selain itu, ia meningkatkan kadar metabolisme. FIR juga berfungsi meningkatkan keberkesanan penyerapan nutrien dan penyingkiran bahan buangan daripada badan.


Sinaran FIR ini memang kita tidak dapat lihat dengan pandangan mata kasar, tetapi kita dapat merasai kesan habanya pada kulit, di mana FIR ini akan memberi penyerapan pada bahagian kulit. FIR meningkatkan kadar pengaliran darah, di mana ia dapat mengembangkan kapilari yang membawa darah. Ia juga menjadi agen detoksifikasi yang membaiki sistem peredaran darah pada semua organ penting dalam badan yang bergantung kepada darah untuk tenaga. Apabila perjalanan darah menjadi lancar, maka sel badan jadi lebih aktif, badan pun jadi lebih sihat dan bertenaga.

Sebab itu dikatakan apabila kita memakai Premium Beautiful, kesannya menyamai 5 kali proses bertungku. Bayangkan apabila kita dalam pantang nak bertungku sekali pun susah, inikan pulak nak bertungku sebanyak 5 kali. Bila pakai PB, kita akan merasai sensasi hangat sebab kesan FIR tu. So, bagi yang bekerja dalam air cond tu memang sesuai sangatlah nak memakai PB ni.

Pernah dengar tak ada orang kurus, tetapi makan banyak mana pun badan still tak naik. Ini bermakna orang kurus tu mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Eh, cakap pasal metabolisme ni, ape tu metabolisme ek? Metabolisme adalah kadar di mana badan kita membakar kalori. Sebab tu kebanyakan orang gemuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah.

Sekian dulu coretan, harap berjumpa di lain entri. Selamat malam!

Testimoni hebat berpantang dengan Set Premium Beautiful

Assalamualaikum. Nurha selalu sebut pasal PB or nama penuhnya Premium Beautiful. Premium Beautiful ni memang pakaian dalam untuk kesihatan dan kecantikan wanita no 1 di Malaysia, Brunei dan Singapura. Tapi jangan terkejut, lately banyak permintaan dari negara Timur Tengah juga. Nampak tak semua wanita tidak kira kaum, umur, penempatan dan dari mana pun asal mereka amat menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan.

Sekarang ni, PB mendapat sambutan paling hangat di kalangan ibu-ibu bersalin, dalam pantang dan juga selepas pantang. Proses bersalin menyebabkan banyak otot rahim yang mengembang, bak kata mak-mak kita dulu banyak urat putus. Sebab tu ramai di kalangan ibu-ibu yang melahirkan anak mengalami masalah pertambahan berat badan, berat badan naik secara mendadak, terpaksa kawal makan dan bersenam. agak-agak kalau dah ade anak 3, 4 orang tu ada masa lagi ke nak bersenam ye? Kadang tu bila dah balik kerja pun penat, balik-balik rumah je nak menguruskan anak-anak lagi, suami lagi, sibuk bekerja di pejabat, balik rumah dah nak kena sediakan makanan dan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah dan ke taska pada keesokan harinya pulak.

Sebab tu kita ni orang perempuan perlu sangat jaga badan dan kesihatan, sebab badan nak pakai lama dik non oii, kang belum sampai masa dah geleber sana-sini. Bila dah geleber sana-sini, dah tak yakin dengan diri sendiri, malu sebab berat badan naik tak turun-turun. Bila berat badan dah naik tu, almaklumlah mengundang penyakit berbahaya seperti diabetes dan hipertensi, nak berubat dah makin payah, dengan kos rawatan sekarang ni yang dah meningkat naik.Orang pulak dah semakin ramai, kadang tu kita kena tunggu turn by turn nak dapatkan rawatan di hospital sebab ramai sangat orang sekarang yang berpenyakit dan nak cari ubat.

Eh, banyak pulak membebel sampai terlupa niat asal nak sharing pasal testimoni ibu-ibu bersalin, lepas pantang yang dan pun berjaya menurunkan berat badan dan kekal langsing dengan pemakaian Premium Beautiful secara konsisten..

Testimoni 1

     




















Pada May 2016, sis ni tengah pregnant dengan berat badan terkumpul sebanyak 100kg.
Pada July 2016, beliau berjaya menurunkan berat badan daripada 100kg kepada 77kg.
Dalam masa tak sampai 6 bulan, berat badan turun, bentuk badan lebih kemas selepas bersalin caesar. Siapa kata wanita yang bersalin czer tak boleh pakai PB?


Testimoni 2

Dalam masa 2 bulan, sis ni dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 15 kg. Banyak ke banyak?


Testimoni 3


Yang ini lagi wow! Mother of 6 yang berpantang menggunakan PB. Selain berat badan turun, muka pun lebih awet muda..!  Siapa tak nak kan..


Testimoni 4

Semasa dalam pantang, sis ni memakai PB. Nampak hasilnya bentuk badan lebih kemas dan cantik.


Testimoni 5 






















Sis ni menceritakan pengalamannya memakai PB, sangat berbeza hasilnya, dia dapat badan lebih cergas, berat cepat turun, susu badan lebih lancar dan banyak, kurang sakit belakang dan kedudukan rahim terletak pada tempat yang betul. Perut pun dah tak buncit lagi.


Testimoni 6

Berpantang dengan PB lepas 6 bulan bersalin. Hasilnya perut kempis, peha dan punggung terbentuk cantik.


 Testimoni 7


Sis ni merupakan doktor perubatan. Lepas seminggu pakai PB, ukur lilit pinggang dah semakin berkurang 19cm. Banyak tak? Lepas tu berat turun 17 kg lagi.


 Testimoni 8

Sis ni turun 16kg lepas berpantang anak pertama. Muka pun makin berseri-seri oulls..

Testimoni 9
 





















Sis ni turun sebanyak 16kg, muka pun lebih berseri-seri lepas pakai PB kan..


Testimoni 10






















Berpantang dengan PB turun 11kg lagi dalam masa sebualan. Hebat tak PB ni?


Nah, Nurha dah belanja 10 testimoni hasil pemakaian Premium Beautiful secara kosisten.Sayang-sayang yang kat luar sana tu yang masih mencari set berpantang jom lah pakat pakai pakai PB sebab dengan pemakaian PB ni uols dah tak perlu lagi nak berbengkung cara konvensional yang ikat-ikat tu, tak perlu lagi nak bertangas, tak perlu lagi nak bertungku bagai. Sebab PB ni seakan 5 kali proses bertungku. Sebab apa ek?Sebab PB ada kebaikan F.I.R. Ape tu F.I.R.? Nanti Nurha sharing lagi pada next entry ye.

Sekian dulu coretan Nurha, thanks for reading peeps!

Monday 13 February 2017

Kisah Sekolah Firas & Fahim

Assalamualaikum.. Hari ni nak cerita pasal sekolah Firas dan Fahim. Izz Firas Anaqi tahun ni dah masuk usia 5 tahun. Makanya terpaksa berpisah dengan adiknya, Izz Fahim Ukail. Fahim tahun ni baru nak masuk 3 tahun.

Yang si abang Firas ni, kami masukkan sekolah PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam). Sekolah ni memang best sebabnya dia terapkan ajaran Islam dan ilmu al-Quran, sesuai dengan mottonya "Pasti melahirkan generasi al-Quran". Zaman sekarang ni mendidik anak-anak memang banyak cabaran dan dugaan, jiwa dan hati kena kental. Justeru ramai ibu bapa yang pilih Pasti, sebab Pasti punyai silibus yang lengkap dan padat dengan menerapkan nilai-nilai murni menurut ajaran Islam. Anak ni saham akhirat kita tau, sebab tu kita perlu sangat melentur anak-anak sejak kecil lagi. Kadang tu, kita lalai dan tak tahu nak menerapkan anak-anak dengan ajaran Islam, sekolah Pasti ramai lahirkan pelajar yang celik al-Quran, celik hafazan dan ilmu agama serta doa harian yang ibu bapa sendiri tak dapat buat untuk anak sendiri.

Fahim tak boleh lagi masuk Pasti sebab belum cukup umur. Pasti hanya terima kanak-kanak yang usia 4, 5 dan 6 tahun sahaja. Makanya Fahim stay kat taska lama tempat 3 beradik berkumpul dulu.
Kadang-kadang bila abang balik sekolah, menyanyi lagu-lagu yang diajar di sekolah, Fahim pun turut sama hafal lagu tu. Kelakar kan. Fahim ni agak pelat sikit, kadang tu tak faham apa yang dibicarakan.

Time abangnya sibuk buat homework, dia pun buat sibuk dan busy. Macam dia pun sekolah macam abangnya jugak. Fahim memang kaki mewarna, kat taska pun cikgu selalu bagi gambar Fahim mewarna, tekun aje kalau bab mewarna. Sekolah taska Fahim ada jugak belajar-belajar, tapi light sikit lah sesuai dengan umur Fahim, belajar secara santai-santai macam homeschooling, tak stress.


Masa awal-awal dapat buku sekolah Firas, ada 14 buah buku tak termasuk buku al-Quran dan hadis serta buku Iqra'. Okay, mamanya pun terasa jakun dan "culture shock" sebab dapat banyak buku dan terpaksa sampul semua. Eh, ini baru sikit tau, belum masuk sekolah rendah lagi. Bukan senang rupanya nak menyampul buku kan, mamanya lupa dah skill time menyampul buku masa zaman sekolah dulu-dulu.


Antar subjek yang diajar kat Pasti ialah:-

1. Bahasa Arab
2. English
3. Matematik
4. Bahasa Melayu
5. Sains Sosial
6. Bahasa Jawi
7. Pendidikan Jasmani
8. Pendidikan Seni
9. Hadis & Hafazan
10. Iqra'

Sekian dulu coretan Nurha, jumpa lagi kita di lain entri.


Saturday 11 February 2017

Tahun Baru dan Azam Baru 2017

Assalamualaikum.. Maaflah sebab dah lama sangat membisu. Nurha ada ni, macam biasa jalani kehidupan as mother of 3 dan juga surihati encik suami. Blog dah lama dibiarkan bersarang ni, azam tahun baru Nurha nak bangunkan semula blog ni supaya kekal aktif.

Tahun ni Nurha nak fokus dengan perniagaan SHOM. Terasa jeles dengan kawan-kawan lain yang dah berjaya jadi jutawan, naik pangkat, melancong free trip sana sini around the world, kita ni takkan nak tengok aje tanpa ada tindakan ye dak.. Walaupun Nurha ada pekerjaan tetap di salah sebuah hospital di Johor Bahru minat Nurha dalam bidang perniagaan memang tak dapat dilupakan. Walau setinggi mana pun pelajaran, sebesar mana pun pangkat kita, jangan mudah terlalu selesa dengan kedudukanyang kita ada. Rasulullah juga pernah bersabda 9 daripada 10 pintu utama rezeki datangya dari bidang perniagaan. Makanya inilah masa yang sesuai untuk Nurha bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

Berniaga dengan SHOM ni mudah sahaja, kita just follow strategy n ilmu yang yang dikongsi oleh orang-orang yang dah berjaya buat bisnes ni. Just copy and paste aje cara mereka. Yang penting nak dengan tak nak je. Setiap bulan 10 haribulan duit bonus masuk dalam akaun masing-masing, yang penting sharp ye uolls. Best kan kalau bile bulanan tu ada 2 kali gaji masuk dalam akaun kite, yang 1 sudah semestinya gaji kita bekerja dan seterusnya duit bonus hasil kita berniaga part time.

Nurha dah bulat hati nak teruskan bisnes dengan SHOM ni sebab ade mentor yang hebat-hebat belaka dan tak kedekut ilmu. Nak berjaya dia pimpin kita sampai berjaya, buat sehabis baik, tak ade tekanan langsung pun berniaga part time ni, janji kita follow guide yang diberikan oleh leader-leader.

Untuk sayang-sayang yang berminat nak buat bisnes part time macam Nurha, joms kita mulakan sekarang! Jangan berlengah lagi, kalau orang lain boleh, kenapa kita tidak? Dengan keadaan ekonomi sekarang ni, Nurha rasa perlu sangat setiap orang ade side income. Sekarang semua pun naik harga, takde yang turun. Demi masa depan kita dan juga anak2, ini lah masanya kita start. Jom PM/WA Nurha di 017-3086352 untuk Nurha guide n tunjuk ajar uols.. Bagi yang berada di JB tu sangat-sangta Nurha alukan untuk kita set time ngedate..

Thanks for reading..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...