Saturday 23 February 2013

Cuti-cuti ke Sg Lurus, Batu Pahat..

Alkisahnya hari Sabtu 3 minggu yg lepas, kami anak beranak ke Batu Pahat. Saja bawak Firas jalan-jalan, then singgah kat Baby Shop, Parit Raja. Murah-murah barang baby kat sini. Beza harga pampers, especially brand MamyPoko RM8 lebih murah drpd harga kat JB. Memang berbaloi. MF ralat jugak tengok walker and baby car seat kat sini, lagi cecantik drpd kat JB, murah lak tu kat kedai baby ni. Nak buat cane, kami dah terbeli yg mahal kat JB huhu.. Kalau sabar sket mesti dah grab car seat n walker yg ada kat sini.. Sempatlah MF grab PET PET = RM32.90, kat JB = RM34.90, Cerelac beras perang = RM9.20, kat JB range harga dalam RM10.90~11.90. Drypers head to toe bath = RM11.90, kat JB 14.90. Ha..tengok tu.. Banyak kan beza harganya. Kalo sesape nak datang, senang je jalannya, kat area Parit Raja menuju ke Batu Pahat town, depan kedai Reflexogy ada lambang tapak kaki besar giler.. Ecehhh...promote..

Lepas tu singgahlah ke Sg Lurus, first time sampai sini. Ni sungai ke atau laut, tapi macam laut.. Cuma ombaknya kecil. Ramai org kat sini. Lagi-lagi Isnin hari cuti (Thaipusam). Kalau datang sini rugi tak pekena kerang goreng berlada yang sedap. Memang jadi tumpuan. Eh sedap sebab perut pun kebetulan tengah lapar ke ape ekk..hehe.. Lagi masakannya yang panas2 pun dap gak.. MF dgn papa order mee goreng je.. Sahabat handai ngan kaum kerabat lain enjoy makan nasi goreng. Tengok kedai macam biase je, dengan lantai dan tiang yg agak macam rumah kampung lama, tapi penuh seh org makan...! Sampai tak cukup meja.. Lagipun  order sampai cepat. So, no wonder jadi tumpuan. 



Sg Lurus - tumpuan kaki pancing

Budak sorg nih memang sengih memanjang je kejenye....

Sg Lurus - macam pantai kan..Apasal namanya sungai??

Suke betul dia ada org layan

Bila hujan dah renyai2 tu, kami pun tinggalkan lokasi, pusing2 pulak kat bandar Batu Pahat. Humangaiii....ramainye umat jem lak tuh... Perut mintak diisi lagi. Nak carik KFC pulak, Firas nak makan kentang putar (heheh, pandai lak Firas meminta2 ye..sbnrnye MF yg nak mkn KFC..). Ops..ada lagi satu kedai kat bandar Batu Pahat, San Ban Gay Outlet, butik kedai harga patut.. Menjual pakaian utk bayi, kanak-kanak dan dewasa.. RM6 dua helai baju pun leh dapat.. ni pakaian berjenama yg dah reject, tapi ok la cuma koyak sikit dan reject kat bahagian tertentu.. MF beli 6 pasang baju (MF, papa n Firas punye...) cuma RM27.00 je! Percaya tak! Ni kat JB memang tadak.. Org2 KL dan pelancong2 pun datang sini tau. So, kalau sesapa yg berkunjung ke Batu Pahat, jangan lupe ye singgah tempat2 menarik yg Nurha ceritakan ni.. Sekian dulu, jumpe lagi..

Firas still tak penat balik dr pusing2 bandar Batu Pahat.. Nak main2 lg kejar kamera MF pegang

Monday 18 February 2013

Indahnya pantai Ayer Papan..

Assalamualaikum.. Lunch time.. So MF luangkan sedikit masa 'hapdet belog'. Baru-baru ni kami berkunjung ke Mersing. Rasanya dah lama sangat tak datang sini, last datang time MF dengan papa belum diijabkabulkan, sekitar Disember 2010. Tu pun sebab datang kenduri kahwin classmate masa UM dulu kat Endau.

So baru-baru ni kitorang datang singgah ke pantai Ayer Papan (betul ke eja Ayer tuh..huhu..) Pantai ni cantik sangat sejuk mata memandang, belum tercemar lagi dengan timbunan sampah sarap. Asalnya dari kenduri kahwin rumah anak saudara kawan papa kat Taman Wawasan. Lepas tu terus menyimpang ke Ayer Papan. Perjalanan ke pantai memang akan lalu kawasan sawah padi yang menghijau. Serius tak tau yg Mersing ada sawah padi! Sampai2 je kat pantai, nampak ombak agak besar, ada bendera merah naik, tapi para pengunjung tak segan silu pun bermandi-manda..hehe.. 

Tapi sebenarnya ada lagi satu port yg org ramai tak tau, Teluk Buih namanya. Ombak kat situ kurang sikit daripada pantai Ayer Papan ni. So senang nak bawa anak kecil mandi. Korang nampak tak bukit dalam gambar atas tu? Di sebalik bukit tu lah ada satu tempat yg dipanggil org tempatan Teluk Buih. So, bila sampai sini memang tak ramai org sebab ramai tak tau jalan. Ramai gak kaki pancing kat sini. 
Bila dah jam 6.45ptg kami tinggalkan tempat ni then pusing2 bandar Mersing, beli bubur Firas kat MB. Huhu..MF tak sempat bawak bekal untuk Firas. Malam tu kami bermalam di Homestay, Taman Wawasan, Firas tidur lena sampai ke pagi..

Suke budak demuk ni.. Yg belakang tu ombak besar Ayer Papan

MF pun nak posing ngan Firas..Ni kat pantai Ayer Papan

Ni belakang bukit MF posing ngan Firas tadi.. Teluk Buih.. Tengok, takde ombak besar kan, safely to bath and swimming..

KAMI baru ber-3..hehe

Suasana kat Teluk Buih bila dah nak senja

Papa merenung masa depan

Ni kat Teluk Buih


Friday 15 February 2013

Tips bawa bayi naik kapal terbang

Hai, assalamualaikum semua.. Salam Jumaat yang indah... Baru-baru ni MF bawa Firas naik kapal terbang. Biaselah baru 1st time lepas dapat anak ni naik flight, so takde experience lagi.. Lagi Firas baru 6 bulan. Banyak ragam, huhu.. Duduk sane tak kena.. Duduk sini tak kena.. Sudahnya papa yang dukung Firas dari hujung kapal terbang sampailah ke bahagian depan kapal terbang nak bagi Firas diam, tak menangis..

Salah satu sebabnya bayi tak selesa naik kapal terbang ialah perbezaan tekanan udara yang membuatkan telinga rasa tak sedap. Hilang daya keseimbangan, so rasa tak selesa. Org lebih tua macam kita ni boleh lagi control. Tapi bayi, bila rasa tak selesa hanya gelisah dan menangis jela yang dia mampu untuk nak bagitau ketidakselesaannya tu. Ni Nurha nak kongsi sedikit tips2 bawa bayi naik kapal terbang.

1. Pastikan bekalan susu, makanan mencukupi. Letak kat dalam beg siap2. Hand carry. Letak kat tempat senang nak capai, jgn letak atas tempat luggage tu nanti susah nak ambil. Kalau boleh, letak susu kat bekas yg leh buat susu panas atau suam, Nurha tak tau ape name bekas tu..hehe..

2. Pastikan perut bayi tak kosong, takut bayi muntah kat atas flight sebab nak imbangkan tekanan udara yg berbeza. Kalau kenyang pun jangan bagi kenyang sangat.

3. Barang permainan atau buku bergambar pun perlu dibawa sama. Senang nak bagi pujuk kalau nangis.

4. Pastikan mulut bayi dibuka sedikit ketika kapal terbang baru mula nak naik ke atas. Biar udara masuk sedikit supaya tekanan lebih seimbang. Pangku bayi kemas2 supaya tak terlepas. Sebab daya sentakan ke hadapan amat kuat time kapal terbang baru mula nak naik ke atas.

5. Baju sejuk / sweater perlu dibawa juga sebab kat atas tu sejuk. Takut bayi selsema kalo sejuk sangat.

6. Peluk bayi kuat2 kalo kapal bergegar sebab langgar angin atau terlanggar awan. Begitu juga kalo kapal nak mendarat. Peluk bayi kuat2 sebab kadang2 hentakan yg tak dijangka berlaku.

7. Tukar lampin bayi di tempat yang disediakan atau tukar lampin bayi terlebih dahulu sebelum perjalanan dimulakan. If nak tukar lampin, tunggu sehingga isyarat tali keledar dipadamkan barulah pergi ke washroom.

Sekian dulu tips Nurha ni, if ada apa2 yg nak tambah amatlah dialu2 kan..

Opss..ni bukan gambar Firas. MF tak sempat capture disebabkan Firas mengamuk tahap gaban dlm flight..hehe..Gambar disedut dr Google



Friday 8 February 2013

Good info for baby..

Hai readers.. Salam Jumaat.. Nurha dapat good info utk baby yg dapat dikongsikan di sini.. Tajaan I Sinar Studio Photography
 
Menurut pengkaji, seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda-tanda berikut:

# Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.

# Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap.

# Menggosok-gosok mata.

# Bibir mata bayi kemerah-merahan.


# Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.

# Menarik telinga.

# Menggeliat.

# Menolak badannya ke atas.

# Menggaru-garu kepala.



Sama macam Firas lah..Memang betul...hehe

Image google courtesy


Friday 1 February 2013

Mari belajar bahasa Sabah - Part 1

Assalamualaikum semua.. Sorry disebabkan ke-busy-an dah lama Nurha tak update blog busuk nih..hihi..
Nurha nak share beberapa patah perkataan Sabah yg Nurha tahu. Untuk readers yg nak mendalami bahasa Sabah, negeri, adat dan budaya Sabah, moh ler kite belajar2 yek.. Untuk sesiapa yg dapat mak mertua sebelah sana macam Nurha ni, wajib belajar yek..kehkehkeh..macam bagus je ayat ekk.. Nurha kena belajar bahasa Sabah yg 2 dalam 1, Sabah + Brunei, sebab husband org Sabah yg berdarah Brunei. Apa tunggu lagi, check it out!

1. berdudun - beramai-ramai
2. damit - kecil
3. melagau - memanggil
4. menyasah - membasuh
5. beria - berak (yg ini tak boleh blah, kalo kat Johor beria maksudnya ber'iya-iya' @ bersungguh2..haha)
6. kuyut - anjing (yg ini pun bunyinya lebih kurang macam koyok..alaa..yg tampal kat kepala time demam tuh..)
7. lampung - lampu (yg ini bahasa Sabah kaum Kedayan)
8. berkamih - kencing (yg ini bahasa Sabah kaum Kedayan..kalo tak silap)
9. ayunan - buaian
10.mulih - balik
11.sungkai - berbuka puasa

Sekian dulu, if ada kesilapan kat sini, maafkan lah ye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...