Wednesday 14 September 2011

Super real : Gambar muka penagih dadah methamphetamin

Methamphetamin adalah sejenis dadah yg sangat berbahaya. Gambar diambil dari Multnomah County Sheriff’s Office, Portland, Oregon U.S. Gambar menunjukkan muka penagih tegar methamphetamin dalam suatu tempoh masa tertentu. Penagihan dadah menyebabkan perubahan muka penagih, dari beberapa bulan hingga ke beberapa tahun. Penagihan secara tegar boleh menyebabkan seseorang menghidapi penyakit Parkinson dan perubahan rupabentuk muka hingga kepada 30 tahun lebih tua daripada usia sebenar.





Tuesday 13 September 2011

Bajet kahwin & persiapan.. Wajib baca utk yg bujang..

Assalamualaikum

Entri kali ni Nurha nak cerita sikit bab-bab menguruskan majlis kahwin dan persiapan untuk hari-hari terakhir sebelum bergelar raja sehari. Masa mula-mula nak kahwin, pening nak fikir majlis yang berlangsung satu hari je, tapi persiapannya, mak aih..take time, macam-macam benda nak kene buat n fikir. Kalau buntu dan blur langsung apa nak buat, try buat research, cari website yang berguna untuk bakal pengantin, beli dan baca majalah or buku berkaitan pengantin. Nak kahwin ni, perlu persediaan mental dan fizikal, kita bukan berkahwin utk setahun dua je kan, tapi sampai hujung nyawa..


First sekali yang perlu kita fikirkan ialah bajet perkahwinan kita. Adakah mencukupi atau masih kurang? Janganlah kita berlebih-lebihan sebab lepas kahwin nanti pun nak guna duit untuk rumah lagi, nak deko, beli barang-barang dapur, hiasan, barang elektrik dan macam-macam lagilah.. If rezeki murah, dapat baby dah nak kena sediakan kelengkapan  baby, termasuk baju, pampers, susu dan lain-lain lagi.. Bercerita pasal bajet ni, kita sedari bahawa harga emas kian meningkat dari hari ke hari. Yang Nurha tau, harga emas setakat April, 2011 adalah RM172.00 (utk emas 999) dan RM162.00 (utk emas 916). Sangat mahal kan.. So rugilah pada yang kahwin lambat, harga emas dah makin naik... ('',)

Perkara kedua ialah tarikh pernikahan dan melangsungkan perkahwinan. Mungkin sesetengah orang meletakkan perkara meletak tarikh ni pada perkara yg ketiga dan keempat, tetapi bergantung kpd individu. Bagi Nurha, letak tarikh dulu penting sebab kita boleh countdown dan target perbelanjaan kita untuk hari yg berbahagia itu. Rasanya kalau guna duit sendiri untuk perkahwinan lebih bermakna berbanding dengan buat loan bank, almaklumlah sekarang ni banyak sangat bank yg tawarkan loan untuk perkahwinan. Begitu juga dgn belanja kahwin menggunakan kad kredit, kalau boleh cuba elakkan ye.

Perkara ketiga ialah menghadiri kursus kahwin. Yang ini mmg penting sebab kalau takde sijil kursus pra perkahwinan, mcm mane nak kahwin kan. Kursus pra perkahwinan kan syarat utk mendirikan rumahtangga. Begitu juga borang daftar perkahwinan, ujian pengesahan HIV, surat kebenaran menikah, surat akaun bujang, borang saksi dan wali, jgn lupa datang ke pejabat agama daerah untuk perkara-perkara tersebut. Tapi sebelum datang ke pejabat agama tu, pastikan korang dah ikuti kursus pra-perkahwinan.

Dalam menyelesaikan tiga perkara yang tersebut di atas ini, jgn lupa sambil-menyambil untuk cari pakej andaman yang menepati bajet, survey dahulu tau sebab skrg ni belanja andaman semakin mahal, tgk lah harga pakej yg ditawarkan. Selain itu, tempah & cetak kad kahwin seawal 3 bulan sebelum majlis bagi memudahkan proses jemputan. Utk edarkan kad jemputan, memadailah dgn menghantar kad sebulan sebelum majlis, utk tetamu yg datang dari jauh, dan 3-2 minggu sebelum majlis untuk jemputan yg terdekat.

Goodies juga, jgn dilupakan. Kalau boleh berilah untuk tetamu yg dtg dgn goodies yg berbaloi, harga berpatutan, menarik dan cantik sebagai kenang-kenangan. Utk jemputan V.I.P pula, belilah goodies yg berbeza sedikit dgn org lain, sebagai kenang-kenangan, tetapi mesti cari yg under budget tau. Tidak dilupakan juga utk khemah, kompang, kendarat, sewa pinggan mangkuk, p.a system, perlu juga diambil kira dan tetapkan dua bulan atau sebulan sebelum majlis berlangsung.

Utk bakal pengantin, pastikan kesihatan diri berada pada tahap yg terbaik, org tua2 kata nak kahwin ni darah manis.. Ada betulnya, sebab mereka nak anak2 mereka jaga diri baik2 sbb majlis kahwin bakal tiba. Itulah maksudnya pepatah org2 tua dulu2 kalau korg tak tahu..

Saturday 10 September 2011

Pokok beracun..


Assalamualaikum...

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak di ruang tamu atau di tempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

p/s : Tolong forward post ni kat kawan2 yg lain ye... Pokok ni biasa org tanam buat perhiasan kat halaman rumah.

Monday 5 September 2011

Cerita pasal Senai - Desaru Expressway (E22)

Semalam terima panggilan dari cousin, minta ambil di Senai International Airport. Cousin Nurha ni dari Sabah, nak balik ke Pasir Gudang lepas dah bercuti raya seminggu. So, sempatlah Nurha lalu Highway Senai - Desaru sebab rasa-rasanya kalau nak ikut Highway Pasir Gudang sure jalan jem pasal org dah mula pulang dari kampung halaman.

 
Ini bukan kali pertama Nurha merentasi highway ni, tapi dah lebih dari 10 kali sebab selalu gunakan time nak balik kampung. Perjalanan kami dari Senai ke Pasir Gudang memakan masa lebih kurang 30 minit dengan kelajuan 95-110km/j. Highway ini boleh dikatakan sebagai simbol kebanggaan penduduk Penawar, Desaru, Pasir Gudang dan yang sewaktu dengannya kerana merupakan medium perhubungan antara kawasan luar bandar dengan bandar. 



Senai - Desaru Expressway (SDE) beroperasi sepenuhnya pada 10 Jun 2011. Fasa terakhir pembinaan menghubungkan Cahaya Baru ke Penawar sepanjang 27km. SDE merupakan projek infrastruktur lebuhraya sepanjang 77km dan diumumkan kerajaan sebagai lebuhraya ketiga yang terpanjang di Malaysia menghubungkan timur dan barat Johor. Projek dibangunkan oleh Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd dengan mempunyai jambatan dengan dua struktur pylon yang setiap satunya berketinggian 150m.  

Berikut merupakan kadar tol yang dikenakan kepada pengguna lebuhraya dari destinasi ke destinasi tertentu.


SDE telah beroperasi hampir empat bulan, macam-macam cerita yang Nurha dengar. Ada kisah mistik, tidak puas hati dengan jalan sehala, jalan gelap dan tak berbaloi dengan harga tol dan macam-macam lagi. Apa jua kisah dan rungutannya, jambatan yang menjadi mercu kebanggaan warga Johor ini tetap teguh berdiri menantikan kenderaan datang dan pergi. Hal ini sekaligus dapat membangunkan Desaru khususnya sebagai salah satu pusat tumpuan pelancongan yang termasyhur di negeri Johor. Tambahan pula, dengan penemuan sumber asli di kawasan perairan ini diharap mampu memberikan sumber pendapatan dan pekerjaan kepada penduduk setempat umumnya.

Saturday 3 September 2011

Aidilfitri 2011...

Assalamualaikum dan selamat hari raya Nurha ucapkan pada geng blogger semua.. Tahun ini of course hari raya yang paling bermakna dalam hidup Nurha kerana tahun terakhir beraya sebagai seorang bujang. Tahun depan dah tukar status pulak, sebagai isteri orang..(InsyaAllah kalo diizinkan Allah sebagai mak org pulak..huhuhu..)

Untuk hari raya tahun ini, boleh dikatakan beraye sakan jugak, byk tmpat yg kitorg satu family pegi. Mak dan abah sibuk ke sana ke sini edarkan kad kahwin kami, almaklumlah tarikh untuk kami disatukan pun dah nak dekat. Banyak benda yg nak disetelkan untuk beberapa hari yg tinggal ini sebelum menginjak ke 25 Syawal. 

Untuk tunang tersayang, terima kasih kerana sudi melayan kerenah kami sekeluarga yg kadang2 haru-biru, walaupun adik-beradik Nurha tak berapa ramai, tapi gamat suasana di pagi syawal nan indah, riuh-rendah dan meriah. Almaklumlah, mak dan abah nak dapat menantu baru, org jauh pulak tu. Suatu ketika dahulu, Nurha pernah tak nak kahwin dgn org jauh, nak kahwin dgn org Johor je, tapi jodoh yg ditentukan Allah, tiada siapa yang tahu, mungkin terkandung hikmah di sebaliknya.

Pagi Syawal pertama, teratak abah dikunjungi oleh Kak Long & Abg Din (satu-satunya abg iparku). Walaupun patah kaki kanan, datang juga Abg Din beraya ke rumah kami, syukur alhamdulillah.

Family Kak Long dgn tema 'maroon' nya

Budak kecik dua org tu, dua hari lepas lagi dah datang rumah atuk, mmg dorg ni manja dgn atuk & umi (abah & mak ku). Memang bijak dan petah, nak2 yg rambut yg mcm megi tu. Pandai berposing pulak tuh.. Yg si abang pun tak kurang jugak, ada aje yg nak dibetahkan pasal bercakap pun dah macam org tua-tua. Kadang-kadang kitorang adik-beradik selalu buli dia, muhahah..

Bonda tersayang bergambar bersama anak perempuan & cucu-cucunya
Tiap kali syawal, emaklah org yg paling 'busy' kat dapur, abah pun tak kurang juga. Dua-dua pakar memasak, buat kami adik beradik menjilat jari menikmati juadah di pagi raya. Menu mak yang power; sambal kacang, serunding ikan, masak lodeh, sambal goreng (Nurha paling suka yg nih), ayam masak merah, sambal udang dan rendang ayam. Menu abah pulak yang paling syiok; kambing masak hitam, kari daging, sup daging @ kambing dan sambal petai. Asam pedas abah pun boleh tahan, silap2 kalo bukak kedai mmg licin abes! The important thing is, of course lah ketupat, tak sah kalo takde ketupat di pagi syawal kat rumah kami. Tapi yg pandai menganyam ketupat cuma mak & abah je, kami adik beradik langsung tak tau! uhuh.. Kami pandai bedal je. 

My happy family. Gambar dicapture oleh En Tunang
Petang syawal pertama, family Bibik pulak datang dgn bala tenteranya (anak-anaknya yg 6 org tu). Bibik adik mak Nurha yg paling rapat dgn kami sekeluarga, setiap tahun pasti dtg beraya, tak sah rasanya kalau dorg beraya tanpa kami.

Family Bibik & Cik Lan
Apabila 2 family digabungkan
Tengoklah aksi dua family kami ni apabila digabungkan, yg bujang semuanya panjang2 belaka kalah bapak.. Yg perempuan kurus & tinggi, cuma i je tak kurus sgt, tak berape nak tinggi sgt, huhu.. Time ni family Kak Long dah takde, dah pergi beraya ke Tg Sedili. Untuk semua, panjang umur kita berjumpa lagi di tahun hadapan, luv u all..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...