Monday, 29 May 2017

Rahsia kekal sihat, bertenaga sepanjang Ramadan

Assalamualaikum peeps! Puasa tak hari ni.. Of cos lah kan.. If tak puasa tak kan nak bagitau kat orang kan..hehe..

Okay, sebelum blog bersarang lebih lama, izinkan Nurha rasa nak menarikan jari-jemari ni pada papan kekunci sebab tengah datang idea yang mencurah-curah nak menulis blog. Selamat berpuasa pada yang berpuasa. Sedar tak sedar dah hari ketiga Ramadan. Macam mana puasa uols? Masak ke beli? Nurha tak dapat memasak disebabkan tengah busy mengemas rumah, peruk kuali, pingan mangkuk semua entah kemana, kena kemas slow2.

Hari ni Nurha nak bagi 5 tips kekal bertenaga sepanjang Ramadan. Makanan dan minuman yang kita hidang juga mempengaruhi badan kita tau. Sebab tu kena selalu ambil makanan yang sihat selalu supaya badan tak rasa lesu walaupun berpuasa.




Maka, ada baiknya uols makan / minum kelima-lima ni:-

1. Shake Me
Membekalkan nutrien secukupnya sepanjang menjalani ibadah puasa. Kenapa nutrien itu penting? Nutrien itu penting supaya fungsi organ dan sistem badan kita dapat berfungsi secara normal. Nutrisi yang seimbang dapat mengelakkan tubuh badan daripada penyakit kronik.

2. Min Kaffe
Min kaffe sesuai diambil ketika bersahur.dan berbuka untuk memberi kesegaran memulakan rutin hariandan badan rasa sihat bertenaga ketika beribadat khususnya ibadat tarawih. 

3. Garlic Tablet
Garlic tablet pula sesuai diambil sewaktu berbuka bagi membuang angin dalam badan dan juga membantu memberi keselesaan kepada perut setelah seharian berpuasa.

4. N'licious
Membantu proses penghadaman dan juga penyerapan nutrien dalam badan secara optimum

5. BV Alfalfa
Gantikan jus yang kita biasa ambil pelbagai warna ketika berbuka puasa dengan BV alfalfa kerana ia memberi sumber tenaga yang berpanjangan

Jom dapatkan kelima-lima makanan tambahan yang berkhasiat & baik untuk mengekalkan kecergasan uols sepanjang Ramadan ni dengan Nurha. Whatsappa Nurha di 017-3086352. Boleh juga lawati IG Nurha di @yatt2011. Lepas tu jangan lupa follow ye, sebab Nurha nak bagi best price untuk yang jadi Follower Nurha.

Thanks for reading!

Friday, 10 March 2017

Kisah meeting Jumaat lepas

Sejak dapat boss baru seorang foreigner ni, acapkali kami diarahkan meeting. Meeting yang tak berkesudahan. Kerja kami tak macam orang lain, keselamatan pesakit terhadap peralatan bioperubatan di hospital adalah tanggungjawab kami dan kami seboleh-bolehnya berusaha untuk memuaskan hati pengguna (doktor dan jururawat) juga pesakit.

Al-kisahnya kami diarahkan meeting pada Jumaat lepas di Melaka. Nurha jarang outstation, selalu boss mintak stay office sebab kalau dah semua keluar siapa nak jaga office kan. Buatnya ada big2 issue, yang lain semua takde satu masalah pulak nak menjawab. Meeting kali ni kena buat slide presentation dah macam zaman study dulu-dulu lah pulak. Lama sungguh tak buat slide bila dah lama tak asah bakat membuat slide, rasa seronok juga ye.Tapi rasa terketar-ketar nak present depan boss yang tak pandai berbahasa Melayu. Teringat gaya-gaya boss ni macam lecturer yang ajar subjek Calculus kat UM  dulu. Dengan bahas Inggerisnya yang pekat, kadang susah nak faham.

Meeting kali ni Nurha angkut anak-anak dan husband sekali ke Melaka. Biasa hari Jumaat memang kami tak hantar anak-anak ke Taska sebab taska tutup awal, tiada OT. Kalau hantar pun bimbang balik lewat,so husband terpaksa berkorban jaga anak-anak time Nurha meeting. Sementara menunggu Nurha habis meeting, husband jaga anak-anak kat hotel. Kalau menunggu kat luar, bimbang anak-anak meragam. Yang penting sediakan makanannya, susunya, biskutnya dan lain-lain makanan supaya anak-anak tak lapar.

Lepas meeting boleh jalan-jalan kat bandar Melaka. Anak-anak happy, kami pun senang hati. Biarpun kami penat tapi alhamdulillah dapat bersama-sama walaupun kena attend meeting. Kalau anak-anak dekat dan ada di depan mata, tak perlu rasa risau.

On the way ke Melaka. Time tu Cik Fea meragam jugak. Nasib sampai sebelum jam 10.

Abg Firas dah pandai jaga adik-adik sekarang

Cik Fea keletihan

Tentang Eziclean Laundry - sabun pencuci pekat pelbagai guna

Assalamualaikum. Hari ni nak cerita pasal produk Hai-O iaitu sabun pencuci serbuk serbaguna Eziclean Laundry. Sabun pencuci pekat ni 1 pek berat 1kg dengan scope khas, guna sedikit aje kesan kotoran degil dah tanggal.

Sabun ni memang mendapat sambutan hangat di kalangan mak-mak yang ada anak-anak bersekolah. Sebab ape tu? Sebab sabun ni jimatkan masa dan mudahkan mak-mak buat kerja rumah. Kotoran degil pada pakaian senang tanggal. Kasut sekolah pulak, just rendam aje 5 minit lepas tu dah boleh sental manja, kesan kotoran tanggal. Mak-mak boleh biarkan anak-anak berdikari sendiri dengan mencuci kasut sekolah sendiri sebab tak perlu tenaga yang banyak untuk menyental.

Nak order? PM/ Whatsapp Nurha 017-3086352 sebab Nurha akan COD area Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Kulai dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Nah, nak belanja sikit testimoni Eziclean Laundry ni.












Saturday, 25 February 2017

Tips lipat baju dengan pantas dan mudah

Assalamualaikum.. Apa khabar readers? Selamat berhujung minggu. Hari ni Nurha nak bagi tips melipat kain / baju dengan mudah dan pantas. Seringkali mommy2 semua mempunyai masalah nak melipat baju, disebabkan itu maka menimbunlah baju yang ditinggalkan dalam bakul sampai menimbun dan menggunung. Kadang tu nak cari baju siap terkais-kais, dah lah susah nak dapat baju yang nak dipakai, berterabur kain baju di lantai.

Nurha dah buat survey dalam 10 orang mak-mak yang bekerja tu, 8 daripadanya memang lipat baju seminggu sekali. Memang baju menimbunlah time tu.Itu belum tentu lagi nkkeluar-keluar time weekend, sudahnya baju dibiarkan tidak berlipat, makanya anak-anak dan  suami mencari baju terkais-kais.

Nurha kongsikan tips Nurha melipat baju dengan mudah dan pantas:-

1, Lipat baju time anak-anak dah tidur. Senang, dorang tak kacau time ni, mama-mama semua pun aman dan damai melipat baju.

2. Lipat baju di tempat yang selesa tetapi jangan guna kipas angin mahupun air-cond, biarkan badan kita berpeluh sebab nanti bila dah terlalu selesa, kita akan rasa mengantuk. Lagi satu bila dah berpeluh memang exercise yang sangat bagus, sebab dengan melipat baju je dah keluar peluh, tandanya tubuh kita sihat.

3. Lipat kain yang besar-besar dahulu sebab kain yang besar tu menyumbang banyak space dalam bakul. Kain besar maksud Nurha di sini ialah seperti kain pelikat, kain batik, seluar slack, seluar jean, seluar track. Ni sebenarnya psikologi time lipat baju sebab bila lipat baju yang besar-besar dulu, nampak kain dalam bakul surut banyak.

4. Lipat baju berselang dengan minum air dan tonton tv supaya kita tak rasa bosan

5. Akhir sekali barulah lipat baju kanak-kanak dan baby.

Sekian dahulu, selamat mencuba jangan malas-malas lipat baju k!





Friday, 17 February 2017

Kebaikan Herba Maharani

Assalamualaikum. Uols pernah dengar tak pasal Herba Maharani yang terhangat di pasaran? Herba Maharani ni kalau cakap orang dulu-dulu zaman mak nenek kita sebagai jamu untuk kesihatan wanita. Baik sangat untuk kesihatan dalaman wanita.

Hari ni Nurha nak share ada 28 kebaikan Herba Maharani. Herba ni bukan sebarang herba tau. Salah satu bahan campuran dalam Herba Maharani ialah ayam hitam atau ayam selasih. Masyarakat Cina percaya bahawa ayam hitam adalah salah satu bahan yang sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan dalaman wanita. Patutlah ayam ni mahal. Sebab khasiatnya tiada tandingannya.


Siakap Keli sharing pasal kebaikan Herba Maharani

Kebaikan Herba Maharani ialah :-

1. Melegakan asma
2. Menyelesaikan masalah senggugut & keputihan
3. Anti bakteria (sekitar faraj)
4. Melegakan skit pinggang, sendi & lutut
5. Melegakan migrain & angin dalam badan
6. Menguatkan hati dan buah pinggang
7. Menyelesaikan masalah haid tidak teratur
8. Menghilangkan bau mulut
9. Baik untuk pesakit diabetes
10. Menyelesaikan masalah buasir
11. Manaikkan seri muka
12. Memberi kebahagiaan kepada pasangn
13. Kesuburan dan awet muda
14. Mencantik, menegang dan melicinkan kulit
15. Menegangkan payudara
16. Merangsang hormon estrogen, progesteron & androgen
17. Menghilangkan kelesuan dan muka pucat
18. Melambatkan proses menopous
19. Menguatkan antibodi dan imunisasi
20. Melancarkan peredaran darah
21. Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam
22. Amalan semasa berpantang
23. Menambah darah semasa bersalin
26. Menghilangkan urat timbul
27. Mengimbangi tekanan darah
28. Meningkatkan kecerdasan minda

Banyak sangat kan kebaikan Herba Maharani ni, memang produk wow sangat! Ada masa lagi Nurha akan share pengalaman dan testimoni mommies yang mengamalkan Herba Maharani ye. Ada sesiapa yang nak buat projek memikat suami tu memang wajib ada Herba Maharani ni.

Cara pengambilan Herba Maharani    




Dalam sekotak Herba Maharani ada 6 biji bola. Ada 300 biji dalam 6 biji bola tu. So 1 bola ada 50 biji yang bersaiz kecil sahaja. Satu hari pengambilan 15-25 biji makan selepas bangun tidur sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam. Yang penting minum air masak banyak-banyak ye. Apa pun supplement yang kita makan, water intake especially sky juice perlu diminum sebanyak yang mungkin tau.

Jom pretty mommy, mulakan projek memikat suami dari sekarang. PM / Whatsapp Nurha di 017-3086352.

Thursday, 16 February 2017

Kambing untuk Akikah siap hantar ke rumah

Assalamualaikum. Entri pasal kambing hari ni. Ni sebenarnya Nurha tolong promote untuk husband sebab ni biz part time dia. Sedar tak sedar dah 5 tahun beliau berkecimpung dalam perniagaan kambing ni, seusia Firas. Masa Firas lahr dulu, terasa susah sangat nak cari kambing untuk akikah, lagi2 kat JB ni. Maksud Nurha kambing yang siap dicincang dan siap hantar ke rumah. Kadang tu, dalam kita tengah berpantang, mane nak sempat nak uruskan cari kambing, siap cincang dan siap hantar ke rumah.

Menyedari permasalahan itu, papa dan rakan kongsinya membuka sebuah kandang dengan modal yang tak seberapa. Tapi alhamdulillah, ada penjaga kandangnya yang kami gajikan tiap bulan. Niat asal memang nak membantu golongan muda untuk memudahkan buat akikah pada hari ke 7 kelahiran cahaya mata. Bila kita mudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita pula.

Pelanggan boleh pilih samada nak kambing hidup, kambing yang siap cincang atau kambing siap masak. Semua tu ikut pakej yang dipilih pelanggan. Yang penting, kambing siap hantar sampai ke pintu rumah, tak payah susah-susah nak sembelih dan cincang sendiri, yang penting bagi nama bayi sebelum kambing disembelih.

Kami juga ada sediakan pakej untuk kambing siap masak dan dihantar ke rumah anak-anak yatim ataupun pelajar tahfiz. Ada tu yang tak nak kecah-kecahkan rumah buat kenduri kendara cukup bagi makan kambing yang diakikahkan pada rumah pelajar tahfiz dan mohon doa dari pelajar tahfiz untuk anak yang diakikahkan.

So, kalau ada sesiapa yang nak order kambing, boleh call / WA 017-3086355. Jangan risau, harga berpatutan dan boleh runding. Jangan lengah-lengahkan akikah untuk anak-anak kita ye.

Sekian dulu, jumpa lagi next entri.



Tuesday, 14 February 2017

Far Infra Red (F.I.R) pada Premium Beautiful

Assalamualaikum. Rasa teruja sangat sebab hari ni Nurha nak kongsi pasal kebaikan Far Infra Red yang ada dalam Premium Beautiful. Seperti yang Nurha janjikan sebelum ini, nak sharing pasal kebaikan FIR.

Fungsi FIR ni sebenarnya untuk memperbaiki sistem peredaran darah dalam tubuh. Selain itu, ia meningkatkan kadar metabolisme. FIR juga berfungsi meningkatkan keberkesanan penyerapan nutrien dan penyingkiran bahan buangan daripada badan.


Sinaran FIR ini memang kita tidak dapat lihat dengan pandangan mata kasar, tetapi kita dapat merasai kesan habanya pada kulit, di mana FIR ini akan memberi penyerapan pada bahagian kulit. FIR meningkatkan kadar pengaliran darah, di mana ia dapat mengembangkan kapilari yang membawa darah. Ia juga menjadi agen detoksifikasi yang membaiki sistem peredaran darah pada semua organ penting dalam badan yang bergantung kepada darah untuk tenaga. Apabila perjalanan darah menjadi lancar, maka sel badan jadi lebih aktif, badan pun jadi lebih sihat dan bertenaga.

Sebab itu dikatakan apabila kita memakai Premium Beautiful, kesannya menyamai 5 kali proses bertungku. Bayangkan apabila kita dalam pantang nak bertungku sekali pun susah, inikan pulak nak bertungku sebanyak 5 kali. Bila pakai PB, kita akan merasai sensasi hangat sebab kesan FIR tu. So, bagi yang bekerja dalam air cond tu memang sesuai sangatlah nak memakai PB ni.

Pernah dengar tak ada orang kurus, tetapi makan banyak mana pun badan still tak naik. Ini bermakna orang kurus tu mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Eh, cakap pasal metabolisme ni, ape tu metabolisme ek? Metabolisme adalah kadar di mana badan kita membakar kalori. Sebab tu kebanyakan orang gemuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah.

Sekian dulu coretan, harap berjumpa di lain entri. Selamat malam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...