Thursday 10 November 2016

Jana income dengan bonus RM5,000.00


Assalamualaikum peeps! Sekarang ni ramai betul yang nak mula berniaga online...Tapi tak pasti nak berniaga apa? Nak jual makanan ke? Produk kecantikan ke? Produk kesihatan ke? Atau jual pakaian? Eh banyak pula kan! Konfius nak pilih mana satu. Then modal pula nak fikir. Banyak ke sikit ke modal nak dikeluarkan. Lepas tu nak fikir mana nak letak barang2, nak sewa kedai, tapak lah, banyak lagi aspek lain yang nak kena fikirkan kan. 


Dah cukup semua, nak mula berniaga tapi tak tahu macam mana nak market produk..nak kena fikir strategy pula ye? Uikss banyak nau fikir nye. Itu belum start lagi tuuu.. Adoii 😁😁😁 Takpe uolss. Now Nurha nak tunjuk cara mudah untuk berniaga. Tak kisah online atau offline insyaAllah boleh berniaga 😊

Jom mula berniaga bersama TDC. Kami ada Marketing Plan yg tip top dan anda boleh dapat macam-macam insentif :
  • jana income RM2,000-5,000 setiap bulan.
  • mentor berpengalaman dan strategy disediakan
  • berpeluang melancong ke luar negara secara percuma 2x setahun, dengan layanan VVIP
  • tabung kereta
  • bonus payout up to 67%
  • teamwork project

Usah tunggu lama. Whatsapp Nurha untuk rebut peluang keemasan ini 🌟

Ctc no : 017-3086352
The Diamond Circle



 

Monday 24 October 2016

TDC Selatan grooming class

Assalamualaikum. Sabtu lepas The Diamond Circle Team Selatan ada buat Grooming Class. Memang tak rugi attend kelas ni sebab diajar macam mana nak bersolek dan penampilan diri untuk jumpa clients. Nurha sendiri yang tak pandai sangat bab ber 'make-up' rasa bertuah sangat dapat attend kelas ni. Di TDC kami diajar cara untuk menjaga penampilan diri, cara untuk berkomunikasi, cara untuk ber 'make-up' dengan FOC uolls! Mane nak dapat ilmu macam ni kat tempat lain. Kalau ade pun bukan FOC, kene bayar kan. 

Ni ada gambar buat tatapan readers sepanjang kelas kami berlangsung dengan jayanya. Kami di'guide' oleh CDM Norain Mohd Nizar, seorang mommy yang gorgeous, kecil molek orangnya. Tak lupa juga buat DSM Faeza Zainudin yang bagi demo untuk macam mana nak make-up, teror DSM Faeza ni. Yang penting on that day Nurha jadi model make-up kat depan, hahaha.. Memang pilihan yang tepat sebab diri ni memang tak pandai make-up. Tapi after dah attend kelas ni rasa macam lebih yakin dan sofistikated sebab gaya dah berubah daripada makcik kepada CEO. Ceh! 


Sebelum kelas bermula. Masing2 tak pakai mekap

Masing2 sibuk bermekap




Nurha sebelum dan selepas

Nilah hasilnya


Yg kat tengah tu my direct leader, Ira Zainal & Dilla

Mommy CDM Norain bertudung pink belacan

Semua ahli TDC Selatan yang hadir kelas

Tips untuk mekap antaranya yg Nurha belajar kat sini:-

1. Pilih alat mekap tak semestinya mahal, asalkan kita pandai menggayakannya
2. Pilih shawl dan blazer yang warna selamat, yang matching dengan apa2 baju
3. Shawl tak semestinya mahal, yang penting pandainya menggayakannya. Boeh belajar lilit shawl kat youtube
4. Tudung plain lebih sesuai daripada tudung bercorak. Banyakkan beli tudung plain sebab lebih formal dan senang nak gayakan dengan apa2 baju.
5. Solekan kat bahagian mata penting untuk nampak lebih memukau
6. Jangan pakai aksesori berlebihan sebab nanti nampak serabut

Ada sesiapa kat sini nak join TDC?Contact Nurha sekarang sebab dapat ilmu perniagaan plu ilmu penampilan secara percuma! Di samping dapat tambah duit kocek, akan diajar juga cara marketing dan ilmu lain macam grooming dan cara untuk boost up sales! 

Contact Nurha PM / Whatsapp 017-3086352

Saturday 22 October 2016

Set Kurus Bajet (SKB)

Set Kurus Bajet ialah supplement yang telah bantu ramai pelanggan kami bukan sahaja yang memang nak kurus, malah telah bantu mereka bertambah sihat, ceria dan gembira serta makin berkeyakinan menjalani kehidupan harian mereka. 

3 Produk utama di dalam Set Kurus Bajet ini mengandungi khasiatnya yang tersendiri. Gandingan ketiga-tiga produk ini telah berjaya memberikan perubahan yang positive kepada pelanggan kami. Lambakan testimoni dari Set Kurus Bajet ini menjadikan ianya bukti bahawa Min Kaffe + BV Alfalfa + Garlic Tablet bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah berat badan malah memulihkan kesihatan mereka seperti .. 


✔ gastrik
✔ migrain
✔ sembelit
✔ bisa tumit kaki
✔ darah tinggi
✔ kencing manis
✔ angin dalam badan dan banyak lagi .. 


Dapatkan segera Set Kurus Bajet anda dan alami keberkesanannya .. Untuk pembelian, sila hubungi saya, 📲 017-3086352



Pakaian kesihatan - Premium Beautiful Corset

Assalamualaikum semua. Buat pertama kalinya Nurha nak update dan bercerita pasal salah satu produk power Sahajidah Hai O Marketing (SHOM) yang telah lama mendapat tempat di hati wanita Malaysia, iaitu Premium Beautiful Corset ataupun dikenali sebagai PB Corset. PB Corset sebenarnya lebih kepada penjagaan kesihatan dalaman wanita bukan sahaja kecantikan. Senang cerita 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan. Kami di The Diamond Circle sendiri telah menerima beribu-ribu testimoni daripada clients akan keberkesanan dan hasil positif setelah memakai PB. 

PB sesuai untuk:-

1. Ibu-ibu yang berpantang
2. Lelaki atau wanita yang mengalami slip disc / low back pain
3. Wanita yang mempunyai peranakan jatuh / sengkak
4. Pesakit asthma
5. Wanita yang ingin mengandung semula selepas keguguran
6. Wanita yang ingin dapatkan body shape
7. Pesakit migraine
8. Wanita yang nak berkahwin
9. Lelaki / wanita yang mempunyai sakit belakang
10. Golongan yang mempunyai berat badan berlebihan
11. Wanita / gadis yang kerapkali mengalami period pain
12. Wanita yang mempunyai peha besar
13. Lelaki / wanita yang perut buncit
14. Pesakit gastrik
15. Wanita yang mengalami keputihan
16. Wanita yang ada cyst / fibroid
17. Menstabilkan hormon
18. Mendapatkan bentuk postur badan yang betul
19. Angin dalam badan
20.  Nak dapatkan pinggang yang menawan
21. Mengekalkan far infra red dalam badan
22.  Melancarkan susu badan
23. Membantu untuk kawal kuantiti makanan yang diambil
24. Membantu hilangkan selulit
25. Membantu menguatkan rahim
26. Sesuai untuk golongan yang mengalami kencing tidak lawas

Banyak kan kebaikan dan kelebihan PB ni. Memang bagus dan sesuai sangat untuk kesihatan. Nurha rasa, setiap wanita mesti ada salah satu faktor di atas yang membuatkan dia harus ada dan pakai PB. 

Ni pulak sebab-sebab kenapa semua orang wajib pilih PB, antaranya:-

1. Saiz PB mengikut ukuran badan. Specialnya PB, cara menentukan saiz dilakukan secara teratur bagi memastikan saiz PB yang betul & selesa dipakai client. Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat daripada Pakar Premium Beautiful yang bertauliah. Rundingan ini adalah PERCUMA. 

2.Keunggulan PB terbukti dengan penerimaan Anugerah daripada Majlis Superbrand Malaysia, Persatuan Tulang Belakang Amerika, Kanada & Qubec & yang terbaru menjadi pemenang Best Reader's Choice 2015. PB Terbukti membantu untuk kesihatan dalaman juga luaran wanita. 


3. Kerana keyakinan tinggi terhadap keberkesanan PB, Hai-O memberi JAMINAN SEUMUR HIDUP. Hanya perlu berhubung dengan pakar PB.

4.Testimoni PB sentiasa up to date setiap hari. Ini membuktikan PB memang terbaik & jadi pilihan no 1 wanita. PB tidak perlukan duta celebrity tetapi real people with real testimonies & tranformation. 


5. Harga PB yang berpatutan & sangat berbaloi untuk kebaikan yang kita dapat. PB adalah hasil rekaan daripada beberapa pakar bidang perubatan, ekstetik, pengajian lemak, ergonomi & pembuatan pakaian dalam yang professional. Pakar-pakar hebat daripada Amerika, Korea, Jepun. .
Jadi, kenapa perlu Pilih yang lain & bayar lebih?

Jom dapatkan PB anda sekarang dengan harga promosi 😊😊 

Contact Nurha di talian : 📲017-3086352

If nak tengok testimoni PB, boleh visit IG Nurha ye @yatt2011. Thanks for reading..



Tuesday 11 October 2016

Apa itu The Diamond Circle?



Apa itu The Diamond Circle? 

Di SHOM banyak produk berkualiti & berkesan. Oleh itu, kami di TDC (The Diamond Circle) membantu usahawan dengan memberikan latihan, bantuan kerja secara teamwork atau berkumpulan, menyediakan strategi  dan yang paling penting anda tidak akan keseorangan berniaga bersama kami. 

Matlamat kami juga nak lahirkan usahawan yang profesional. Mungkin ada yang pernah letak persepsi skeptical dalam MLM, sebab itu kami di TDC berazam ingin mengubah persepsi serta cara kita berniaga supaya lebih profesional, lebih mudah duplicate & berjaya melahirkan usahawan yang berjaya.

Right action = Right result. Business lebih long term, makin buat makin menjadi. Ini juga platform untuk anda yang merancang untuk tukar kerjaya kepada mumpreneur/usahawan. Lebih masa dengan family but yet income lebih besar dari gaji. Ini juga merupakan platform untuk usahawan lain gandakan sumber pendapatan dengan mudah lebih-lebih lagi kita berniaga secara online. 

Jadi, kami di TDC sangat mengalu-alukan ahli baru untuk sama-sama kita bina kejayaan.

Norhayati Md Yunos
017-3086352
The Diamond Circle

Tuesday 4 October 2016

My little precious - Izz Zareth Sofea

Assalamualaikum. Sekejapnya masa berlalu. My little munchkin ni dah pun masuk 3 bulan. Dah pandai senyum2...berbual2 dgn papa n mama...peka dengan bunyi...kuat minum susu...tak banyak ragam..senang mama jaga.. Memang anak yg baik.. Aamiin..Moga Fea jadi anak yang solehah..

Berbalik pada nama dia. Izz Zareth Sofea nama diberi. Macam nama Sultanah Johor kan. Nama ni dipilih oleh papanya. Nak sangat kalau ada anak perempuan, nama ni yang akan diletakkan. Alhamdulillah, termakbul doa papa. Nak sangat anak perempuan untuk anak yg ketiga ni. Nama ni dipilih sebab nama inilah yg selalu didoakan kesejahteraannya setiap kali solat Jumaat. Rasa tempias tu ada walaupun ditujukan khas kepada Sultanah Johor.

Ada yang tanya, apa maksud di sebalik nama Izz Zareth Sofea? Ni jawapan dia

Izz - kekuatan
Zareth - hamparan bunga yg indah
Sofea - bijak, cerdik

Maaf kalau ada kesilapan, tapi inilah yang Nurha jumpa maksud di sebalik nama ini. Sekian dulu untuk post kali ni, jumpa lagi!




Sunday 2 October 2016

Hanya dengan modal RM50 boleh jana side income..

Assalamualaikum.. Salam Maal Hijrah 1438H. Dah pun masuk tahun baru Islam. Terasa diri makin tua. Anak pun dah tiga. Dah kahwin 5 tahun. Orang kata 5 tahun tu fasa testing untuk menguji kesabaran dalam perkahwinan. Alhamdulillah, kami dah melepasi saat itu. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang dilalui.

Sempena Maal Hijrah ni, Nurha dah tanam niat nak lebih serius dalam online business. Sekarang ni zaman mencabar, berlumba-lumba orang nak cari side income. Tak kira lah ko tu sape, banker ke, lawyer ke, pelakon ke, engineer ke (eh, macam terkena kat diri sendiri je..) semua orang nak jugak ada side income. Lagi pulak sekarang ni harga barang semua mahal2, gaji pulak tak naik (kalau naik pun sikit sangat), harga petrol tak menentu, kejap turun, kejap naik. Makanya semua orang perlu berazam dan tanamkan niat yang membara untuk ada side income.

Percaya tak dengan modal serendah RM50 sahaja, korang boleh jana side income yang berganda2..? Cuma perlu buat, kalau tak buat tak dapat. Kalau nak senang mane ada duit datang bergolek dengan sendirinya kan, mestilah kena buat sesuatu. Kalau u'olls takde modal besar, jangan risau hanya buat dan ikut sahaja. Tiada pengalaman berniaga juga bukan alasannya untuk tak nak start berniaga. Nurha sedang mencari protege yang berminat, yang dapat mencabar keupayaan diri sendiri untuk berbisnes. Jangan fikir ini skim cepat kaya. Ini bisnes online yang mengubah skill bisnes dan pemasaran anda daripada nothing to something.. Mulakan cepat, Whatsapp Nurha di 017-3086352 untuk penjelasan lanjut.



Tuesday 2 August 2016

Pengalaman bersalin normal anak ketiga


 


 
Assalamualaikum..

Post pertama untuk bulan Ogos 2016. Alhamdulillah, Nurha dah selamat bersalin pada 1 Syawal 1437H. Raya pertama baby girl keluar. Sempat jamah ketupat abah, rendang emak dan daging salai masak lemak n kari abah petang raya tu. Mujur emak abah masak cepat, dapatlah merasa juadah hari raya awal.Memang baby set nak keluar pagi raya, nasib baik bukan sebelum solat Hari Raya, kalau tak jenuhla papa nak berkejar untuk bayar zakat pulak. Baby keluar tepat jam 10.48 pagi, memang dah habis solat Hari Raya Aidilfitri. 

Pengalaman pertama beraya di hospital. Kesian Firas dan Fahim beraya tanpa mama dan papa. Atok dan umi tolong jagakan. Tapi takpe pengalaman pertama ni berbaloi sebab Allah kurniakan seorang bayi perempuan. Memang Nurha tak sangka nak dapat baby girl sebab masa minggu ke-16 scan macam baby boy doktor kate. Tapi dalam hati ni terdetik macam tak betul, jadi Nurha just bagitau papa dia je, org lain Nurha tak bagitau sebab cadang nak buat scan 3D or 4D, nak confirmkan betul2 jantina. Tetapi ditakdirkan Tuhan, kami takda rezeki nak buat scan 3D n 4D sebab baby dah besar, time tu 32 minggu, klinik tolak mentah2. Kecewa jugak time tu, then kami terus pulang ke rumah dan berserah dan bertawakal apa pun jantinanya kami terima dengan redha.  

Kali ini, Nurha akan kongsikan pengalaman bersalin anak ketiga. Sebelum ni Nurha pernah kongsi pengalaman bersalin anak pertama : Firas melalui kaedah ceasarean, dan anak kedua Fahim : melalui kaedah normal. Anak ketiga : Fea lahir melalui kaedah normal juga tepat minggu ke 39. Ikuti kisah seterusnya.

6 Julai, 2016 @ 5.00 a.m.
Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Perutku terasa memulas-mulas. Acapkali aku keluar masuk tandas. Terasa sakit contraction belum terlalu kuat. Ku fikirkan sakit macam petang semalam, false contraction datang sekali dalam 8 jam.   

6 Julai, 2016 @ 5.30 a.m. 
Sakit datang lagi. Kali ni dah setengah jam sekali. Rasa sakit datang dan pergi. Aku rasa tak sedap hati. Lantas mengejut suamiku yang tidur di sebelah. Suruh mandi dan bersiap2. 

6 Julai, 2016 @ 6.00 a.m.
Selesai sudah mandi dan bersiap2. Segala barang keperluan kami bawa masuk ke dalam kereta. Aku dah tak tertahan lagi. Sakit contraction dah makin kuat datang setiap 15 minit sekali. Kami segera berjumpa dengan mak abah, adik2 juga ipar duai yg lain. Mohon ampun maaf, dan dipermudahkan urusan bersalin. Berlinang air mata menahan sebak saling bermaaf-maafan dan juga menahan kesakitan. Perasaanku  bercampur-baur. Aku kucup pipi dan dahi kedua2 anakku yg sedang enak diulit mimpi. Mereka tak tahu dan tak faham akan kesakitan ini. Sebaknya rasa nak meninggalkan mereka, beraya di pagi Syawal tanpa diriku dan suami. Namun ku kuatkan hati demi bayi dalam kandungan.

6 Julai, 2016 @ 6.15 a.m. 
Kami bersiap sedia dan meninggalkan kampung halaman menuju ke hospital. Jarak kampung ke hospital lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan. Aku nekad untuk bersalin di HSA juga kerana segala peralatan dan kepakaran lengkap di sana. Lagi2 hari pertama Syawal, mungkin ramai yang bercuti sekiranya bersalin di hospital lain. Suamiku memecut laju kenderaan agar tiba ke hospital seawal yang mungkin. Mujur jalan lengang dan perjalanan kami dipermudahkan.

6 Julai, 2016 @ 7.00 a.m. 
Kami tiba ke hospital awal 15 minit. Sakit contraction dah semakin kuat, datang 5 minit sekali. Mulutku tidak henti2 berzikir dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Kepada suamiku, acapkali aku mohon ampun dan maaf atas segala kesalahanku terhadapnya. Doa agar dipermudahkan urusan bersalin.

6 Julai, 2016 @ 7.10 a.m.
Sesampai di kaunter bilik saringan, tiada seorang pun pesakit. Aku terus dipanggil masuk oleh jururawat bertugas ke bilik saringan. CTG machine dipasang untuk mengukur tahap contraction. Sakitku semakin kuat. Prosedur VE dijalankan oleh doktor bertugas. Walaupun ini kandungan ketiga, sakitnya saat rahim diseluk hanya Tuhan sahaja yg tahu. Pintu rahim baru buka 4 cm.
    
6 Julai, 2016 @ 8.15 a.m.
Sejam telah berlalu namun pintu rahimku masih lagi dengan bukaan 4cm. Doktor bertanya bila aku last makan. Aku menjawab malam tadi jam 8 malam. Rasa pedih sangat perut sebab tak makan apa lagi. Hanya kurma yang aku makan untuk beri tenaga sebelum masuk ke Labour Room.


6 Julai, 2016 @ 8.45 a.m.

Dari tingkap bilik saringan, ku lihat hujan turun dengan mencurah-curah di pagi Syawal. Sakitku kian menggila. Aku banyakkan berzikir sebelum masuk ke Labour Room. Result CTG menunjukkan bacaan 'suspicious', bayiku kelihatan lemah dan kurang gerak berdasarkan graf yg terhasil. Lantas jururawat bertugas membuka semua peralatan yg dipasang pada perutku dan mengarahkan aku menukar baju wad bersalin. Doktor memberitahu bahawa bayiku bergerak lemah dan aku bakal ditolak masuk ke Labour Room.

6 Julai, 2016 @ 9.10 a.m.
Di Labour Room, aku dipasangkan lagi CTG machine. Pintu rahim diseluk lagi entah kali yg keberapa. Suamiku jadi peneman setia sepanjang berada di Labour Room. Ada masa suamiku disuruh keluar untuk prosedur VE oleh doktor bertugas. Di Labour Room aku tidak dibenarkan makan dan minum. Tetapi tekakku teras sangat kering dan suamiku memaklumkan jururawat agar membenarkan aku minum barang sedikit. Alhamdulillah, jururawat dan doktor sentiasa memberikan kerjasama yg baik. Air mata tidak henti menitis akibat menahan kesakitan yg teramat sangat. Doktor memberitahu bahawa pintu rahim masih dengan bukaan 4 cm, aku ada masa 2 jam untuk dipantau dan tunggu sehingga pintu rahim terbuka luas sehingga 8cm, barulah aku dibenarkan untuk bersalin normal. Mungkin ada rezekiku, aku dapat bersalin normal, jika tdak aku bakal ditolak ke Dewan Bedah untuk bersalin dgn kaedah Ceasarean.   

6 Julai, 2016 @ 9.50 a.m.
Result CTG ku kian merosot. Doktor memaklumkan bahawa bayiku sudah termakan najis sedikit, aku bakal ditolak masuk ke Dewan Bedah untuk prosedur Ceasarean. Prosedur pembedahan perlu dilakukan dengan serta merta bagi menyelamatkan nyawaku dan bayiku. Bayiku ada komplikasi Fetal Distress. Suamiku menggenggam erat tanganku. Dia berharap agar ku terima dengan redha dgn semua ketentuan ini. Walaupun jauh di sudut hatinya dia mengerti bahawa aku tidak mahu dibedah, cukuplah dengan kelahiran Firas dahulu. 

6 Julai, 2016 @ 10.10 a.m.
Aku kini sudah berada dalam Dewan Bedah. Doktor memeriksa lagi pintu rahimku. Dengan izin Allah, pintu rahimku telah buka 8cm. Doktor memaksa aku untuk 'push' memandangkan pintu rahim telah terbuka luas dan selamat untuk bersalin normal. Berkali-kali aku cuba untuk meneran, tetapi aku tidak berupaya untuk melakukannya kerana aku sudah tiada tenaga untuk meneran. Entah kali yg keberapa aku cuba untuk meneran tetapi bayiku gagal juga untuk dikeluarkan. Suamiku pula tidak dapat masuk ke Dewan Bedah, dan aku tiada semangat dan perangsang untuk mengeluarkan zuriat kami ini dengan cepat. Akhirnya, aku dapat merasakan bahawa doktor bertugas telah menggunakan Vakum untuk memaksa bayiku keluar dengan cepat. 

6 Julai, 2016 @ 10.48a.m.   
Akhirnya, setelah berjam-jam menanggung kesakitan zuriat yg kami tunggu2 selama ini selamat dilahirkan. Tidak ku sangka bayi yg ku kandung selama ini ialah perempuan. Tetapi aku agak terkilan kerana tidak dapat menyusukan bayiku sebaik sahaja dilahirkan. Bayiku dimasukkan ke wad kerana menurut doktor degupan jantungnya tinggi dan dia telah termakan najis ketika dalam perut dan perlu pemantauan rapi. Aku diasingkan dengan bayi selama satu hari satu malam sebelum dibenarkan pulang pada keesokan harinya. 
 

Wednesday 29 June 2016

Iftar bersama BFF di Restoran Anjung Kota Gemerlapan


Sabtu lepas Nurha berpeluang berbuka puasa bersama-sama BFF sejak zaman sekolah kebangsaan lagi. Kami semua tinggal di Johor Bahru, kecuali yg sorang tu tinggal kat KotaTinggi. Masing2 dah ade kehidupan sendiri, dah beranak-pinak. Iftar bersama2 ni telah kami anjurkan sejak 2 tahun lepas. Memang wajib buat setiap tahun. 

Ni gambar Nurha abadikan dalam blog supaya akan datang boleh refresh lagi kenangan2 lama akan datang. 















Ni semua muka2 mak org. Yang pasti Nurha lah yang paling gemuk, yg lain maintain slim macam anak dara...heheh...

Restoran Anjung Kota Gemerlapan ni terletak di persisiran Sg Johor, di Kota Tinggi. Suasananya yg cozy memang sesuai untuk kami yg ada anak2 kecil ni. Tak risau budak2 lari ke jalan sebab tempat dia lapang dan luas. Makanan pun not bad jugak. Akan datang boleh datang ke sini lagi. Pengkalan ni sebenarnya tempat org view kunang-kunang bila malam. Tapi kami killing time kat sini untuk makan2, lepak2 je.

Ade lagi satu kat bawah ni gambar paling legend, time kami darjah 6. Kebetulan duduk berempat. Gambar dirakam pada tahun 1994, tahun Nurha ambil UPSR. 


Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga akhir hayat. Sayang korang semua!


Sunday 26 June 2016

Kerepek pisang mak yang sedap..

Sekarang ni susah betul nak carik pisang tanduk. Kat tempat Nurha lah, kat tempat korang mesti senang. Buat kerepek pisang guna pisang tanduk memang sedap. Tapi stok limited. Weekend lepas kami pulang ke kampung. Kebetulan hari lahir emak. Emak tunjuk pisang tanduk besar2 dia beli kat kedai kat Bandar Penawar tu. Kedai baru katenye. Mak memang suka buat kerepek pisang kalau raya. Kalau takde kerepek pisang macam tak sedap.

Nurha pun sempat cedok resepi mak. Senang je buat dia. Tambah pulak dapat pisang tanduk yg muda. Ambil sagat, sagatkan pisang masuk terusa dalam kuali pastu goreng sampai garing. Agak dah nak angkat barulah letak air garam dalam kuali. Bunyinya memang "ceng2" la, jage2 muka nak raya ni..hehe.. Lepas tu terhasillah kerepek pisang rangup..yummeh...








Wednesday 15 June 2016

Resepi bubur kacang durian


Macam biasa bila datang bulan puasa ni mood memasak lain macam sikit. Sebab tekak ni rasa nak makan macam2. Bile teringin terus cari. First time buat bubur kacang durian, akhirnya siap. Nurha suka makan panas2. Tapi bila sejuk biar dia sejuk betul. Macam ais krim Malaysia tuh. Sekarang jual bubur durian kat bazar Ramadhan pun dah mahal, rasa kureng. Better buat sendiri baru puas hati. Dapat tengok anak2 puas makan bertambah. Suami pun suka. Tapi hari tu buat papa tak merasa sebab balik kampung. Lepas ni mesti ada sesi kedua untuk buat bubur ni sebelum hari raya ni sebab nak memenuhi permintaan papa. 

Sebelum Nurha terlupa resepi bubur kacang durian yang sedap tuh, baik Nurha tempek resepi kat blog ni. Akan datang boleh review. Bahan2 pun senang nak dapat kat pasaran.

Bahan-bahannya:

Kacang hijau - 2 genggam
Halia - setengah inci
Durian - ikut suka nak letak berapa ketul
Santan sekotak - Nurha guna santan Kara
Gula - ikut citarasa nak banyak mana
Garam
Gula Melaka - ikut citarasa nak banyak mana
Daun Pandan

Cara-caranya:-

1. Kacang hijau direndam selama 1 jam dengan air biasa.
2. Buang air rendaman, masukkan air yang baru berserta halia. Lepas tu direbus.
3. Kacau rata, masukkan sedikit garam. 
4. Masukkan gula Melaka yang diracik halus dan gula pasir - ikut sukatan sendiri sebab Nurha takde sukatan, main campak2 je.
5. Masukkan 1 kotak santan Kara dan daun pandan yang disimpul.
6. Kacau rata sehingga semua bahan2 sebati, jangan sampai pecah santan.
7. Akhir sekali masukkan durian beberapa biji yang disukai.
8. Lepas bubur dah mendidih dah boleh ngap.

Nurha gigih masak bubur durian ni time sahur sebab teringin sangat nak makan. Rasa memang tak mengecewakan. Selamat mencuba!



Maaf, gambar ni aje yang sempat ditangkap


Thursday 9 June 2016

Ragam di bulan Ramadan - masak ke beli?


Dah masuk hari ke-4 berpuasa. Korang amacam? Puasa penuh tak? Alhamdulillah Nurha masih lagi diberi peluang untuk berpuasa penuh. Hari ni ade majlis berbuka puasa di pejabat sempena welfare rakan sekerja nak berhijrah ke Kuantan. So, Nurha killing time update blog, mengomel kat sini.

Antara beli kat bazar ramadan dan masak sendiri, mana satu pilihan korang? Nurha lagi suka masak sendiri kat rumah sebab rasa hygiene lebih terjamin. Lepas tu boleh masak seberapa banyak yang kita suka, boleh tambah nasik lagi kalau masak lauk sedap2..hihihi... Lepas tu rase lebih puas hati sebab tengok seisi keluarga makan hasil tangan kita kan. Tapi nak masak kat rumah ni bergantung pada masa kita gak. Kalau macam Nurha ni tinggal kat bandar JB ni, selalu balik rumah jem, tak sempat nak masak akhirya beli jugak kat bazar ramadan, sampai2 rumah dah ngam2 je waktu berbuka. Kalau pergi hujung2 bazar nak tutup, ada rezeki dapat makanan free sebab peniaga2 bazar takut makanan yg dijual tak habis.

Nurha selalu suka masak yang simple2 je sebab tak makan masa yg lama untuk masa penyediaannya. Yang penting bawang, cili kering semua dah siap kupas dan kisar. Masakan ekspres tapi sedap dan tak berapa pedas untuk anak2. Sekarang ni Firas dan Fahim kuat makan. So peti ais tak boleh kosong, tin biskut pun tak boleh kosong. Ade aje yg dorang nak makan, especially Fahim yg makin bulat badannya. Fahim suka sangat makan buah dan kurma. Kadang2 risau dia muntah sebab terlalu banyak makan, badan makin debab.

Bagi Nurha bulan puasa ni lah bulan kita yg ibu2 ni mengasah bakat memasak. Sebab suka tengok blog resepi dan try buat kat rumah. Kalau hari biase semangat memasak tak macam bulan puasa. Apapun terpulang pada korang nak msak kat rumah or beli je kat bazar. Yang penting kebersihan terjamin, barulah hidup kita sihat. Selamat berbuka puasa semua!


 

 

Tuesday 7 June 2016

Kisah sedih 1 Ramadhan 1437H


Assalamualaikum, selamat berpuasa Nurha ucapkan buat semua pembaca setia blog Nurha Story.. Eh eh, ade ke pembace setia blog ni? heheh.. Tuan tanah sendiri pun selalu on off update blog. Semoga puasa dan ibadah yang kita jalankan pada tahun ini diberkati oleh-Nya, aaminn..

Nurha harap dapat berpuasa penuh tahun ni. Sekarang dah masuk 35 minggu, dah rasa sarat sangat. Selera makan tak seberapa pulak yang kali ni, tak macam abang2 nya dulu. So bulan puasa ni kena banyak minum air dan makan supplement macam biasa supaya pada siang hari rasa bertenaga. Harap2 baby boleh keluar after raya. Bagi mama makan ketupat rendang dulu ye.

Semalam 1 Ramadhan, alhamdulillah dapat berpuasa dengan jayanya tanpa rasa lapar dan dahaga yg teramat sangat. Tapi baby macam kurang sikit pergerakan. Dah kira dari 9 pagi hingga 9 malam, alhamdulillah gerak dah lebih 10 kali. Berazam sangat2 agar puasa tahun ini dipermudahkan.

Semalam jugak ada kisah tragis. Kisah Fahim tersepit tangan kat baby seat. Pernah tak korang buat anak sendiri rasa sakit tanpa korang sengaja? Itulah yang terjadi pada Nurha semalam. Kesian Fahim, tangan tersepit kat baby seat angkara mamanya. Nurha tak perasan yang tangannya berpegang pada baby seat bahagian penghadang depan. Leper dan biru ada darah beku pada jari kiri bahagian tengah. MasyaAllah, cuainya aku!! Rasa nak menangis dengar teriakan Fahim sebab sebelum tangannya tersepit, mulutnya tengah riuh bercakap-cakap, maklumlah tengah nak pandai cakap. Sangat2 rasa bersalah pada diri sendiri. Nurha pujuk Fahim dan agak lama jugak dia menangis. Bayangkan kalau orang tua macam kita pun if jari tersepit dah memekik, apalah pulak baby macam Fahim, mesti rasa sakit sangat kan?? Maafkan mama sayang..next time mama akan lebih berhati-hati lagi. 





Thursday 26 May 2016

Rumah baru kami - double storey house


Tahun 2016 ni kebanyakan rumah-rumah kat JB harga memang mencanak-canak naiknya.. Kami yang bekerja suami isteri ni pun tak mampu nak membeli, hanya mampu tengok je rumah-rumah yang cantik tu. Kebanyakan rumah dipelopori oleh bangsa Cina, kami bangsa Melayu ni hanya mampu tengok je.

Diam tak diam dah 2 tahun kami buat installment untuk rumah pertama kami. Duduknya tak lagi sebab masih dalam tempoh pembinaan. Rumah yang kami pilih ni harga mampu milik walaupun terletak nun jauh di pinggir JB. Cuma nak pergi kerja kena tempuh jem, kena keluar rumah awal. Buat masa ni kami tak fikir nak terus duduk sana sebab kawasan baru buka, ramai yang tak tinggal sana lagi. Takde jiran-jiran lagi. Paling Nurha risau kalau nak hanta anak ke Taska, kena keluar awal2 pagi, balik pulak setelah matahari terbenam. Dah tentu anak2 kurang kasih sayang. Kesian anak2 mama. Lagipun mereka masih kecil lagi perlu tumpuan kami seadanya. Sekarang ni pun kalau kami lambat ambil Firas kat taska dia dah berbunyi "kenapa mama lambat"..huhuhu alahai anak, kamu masih kecil dan belum faham lagi situasi kami. Mujur kami tinggal di bandar Johor Bahru, if tinggal kat sekital KL dan Lembah Klang lagi 'tough' nak membesarkan anak2. 

Lumrah kehidupan. Dulu kami pernah tangguh2 kan masa nak membeli rumah, sampailah satu saat dan ketika harga rumah naik mendadak, terus kami ambil keputusan untuk beli rumah tak kisahlah jauh ke dekat asalkan ada rumah sendiri. Pernah suatu ketika kami ditipu oleh agen penjual rumah, rumah kami dah book siap bayar deposit, tup tup ternampak rumah yang kami nak beli tu diiklankan oleh org lain yang bukan agen kami di Mudah.my. Pecah tembelang si agen penjual rumah itu, dengan tak tunggu lama lagi Nurha mintak semula duit deposit rumah walaupun agak lambat dia nak bayar. Ada hikmahnya semua tu.

Sabtu lepas kami berpeluang melawat tapak rumah kami yang sedang dalam proses pembinaan, alhamdulillah dah hampir siap. Beberapa keping foto yang sempat kami tangkap di kawasan rumah baru kami. Walaupun rumah tak sebesar mana, kami bersyukur akhirnya dapat juga kami rumah pertama sendiri.






Kekeliruan nak memilih set berpantang

Banyak betul set berpantang kat pasaran sekarang ni kan..keliru sungguh Nurha nak pilih yg mana satu satu the best. Ekceli semua ade kelebihan tersendiri, sesuai  dgn tak sesuai dengan kita and baby je.

Masa berpantangkan Fahim dulu, Nurha guna set berpantang Spa & Ma, yang model dia Sari Yanti tu. Best jugak guna set ni tapi ada beberapa masalah pulak. Set Spa & Ma ni tak boleh beli loose set, I mean beli barang yang nak guna je. Dulu time beli set ni memang berbaloi sebab ada 11 produk. Nurha cuma tak habis pakai pilis herba, losyen dan pembersih wanita. Yang lain untuk makan dan sapu semuanya habis. Ada dapat bengkung dan tungku herba, yang ini boleh guna lagi untuk berpantang kali ni, tapi kalau nak beli lagi kena beli 1 set pulak, rase membazir lak. 

Nurha cuba cari set bersalin yang lain, terjumpa dengan set yang berbaloi dan berdasarkan testimoni pengguna set ni recommended. Lagipun takde bengkung dan tungku, so boleh pakai set Spa & Ma punya dulu. Ni Nurha tengah cari best price untuk Set Bersalin Anugerah, mungkin yang mana2 supplier jual kena dengan budget Nurha ambil dengan dia. Maaf tak de gambar nak tempek sini, tunggu set dah sampai dan Nurha pun dah gunakan set tu dengan bestnye, InsyaAllah Nurha akan kongsikan kat blog ni akan datang.

Jaga diri semua..

Saturday 23 April 2016

Susu kambing Suffy

Masuk minggu ni Nurha pregnant minggu ke-31. Alhamdulillah dah masuk trimester ketiga. Segala urusan sepanjang pregnant ni dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Tak ada masalah yg kritikal kecuali hb yg turun naik..tetapi masih under control..

Nurha diperkenalkan oleh doktor di Poliklinik Murni, BBU dengan susu kambing Suffy. Susu ini diformulasi dgn makanan sunnah seperti kurma, madu, buah delima dan manna...Alhamdulillah bacaan hb kian meningkat. Susu Suffy kaya dgn protein, kalsium, zat besi, vitamin B1, B2, C, D, K  dan asid folik. Susu  kambing lebih baik berbanding susu lembu dan kerbau. InsyaAllah Nurha akan consume susu ni sampai menyusukan baby nti..

Thursday 17 March 2016

Kisah buku pink untuk anak ketiga

Agak lewat juga Nurha buat buku pink utk anak ketiga. Nurha start buat minggu ke-17.. Tak macam abg2 nya dulu, buat ikut time sebaik sahaja disahkan pregnant. Lewat disebabkan tuntutan kerja yg banyak, delay punya delay tak sedar dah pregnant minggu ke-17.. Kesian baby mama ni..

Nurha memang percayakan servis Klinik kerajaan berbanding swasta sebab lebih teratur, jadual yg sistematik dan paling penting dorang dah facing banyak kes menjadikan klinik kerajaan kerajaan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes2 ibu bersalin. Tak kisah tunggu lama pun janji servis yang diberikan puas hati..

Masuk anak ke-3 Nurha masih lagi dapatkan khidmat di Klinik Kesihatan Kempas. Staff nurse dan juga doktor di sini ramah2 belaka. Sistem kaunter juga sistematik. Yang penting matron kat sini layan baik masa Nurha datang buat buku even datang lambat masa tu. Kikis sikap prejudis masyarakat yg selama ni pandang serong pada khidmat klinik kerajaan sebab servis yang diberikan amatlah baik dan tidak seperti yang difikirkan selama ini.



Saturday 6 February 2016

Firas dan Fahim masuk taska..

Dah hampir sebulan anak2 mama ni masuk taska. Mulanya tak nak sekolahkan Firas awal sebab kesian dia takut tak puas main. Tapi bila dah hari2 Firas tanya bila Abg nak sekolah, belajar ngaji, mama pun bulatkan tekad nak sekolahkan Firas. Firas terpengaruh dgn anak Pengasuh pun jadi pembakar semangat Firas nak gi sekolah sebab Abg Acap nye tu baru masuk sekolah darjah 1.

Bila Firas dah masuk taska Fahim pun terjebak sama. Kalau nak asingkan macam penat pulak nak amik sorg kat sana sorg kat sini. Since Fahim pun umur dah lebih setahun, so tak risau sangat nak masuk taska.

Tiga minggu pertama agak susah jugak dorg nak sesuaikan diri, bila hantar je nangis. Risau papa dia. Tapi sekarang ni da ok dah, seronok jumpa ramai cikgu pun layan baik, alhamdulillah. Cikgu pulak rajin update aktiviti dorg kat sekolah so terasa dekat dgn anak2.

So far taska ni ok, ada tenaga pengajar yg friendly dan org lama. Jgn pandang negatif pada taska ye, ramai org pilih nak hantar anak ke rumah Pengasuh sebab lebih murah berbanding taska. Pilih lah taska yg sesuai dan berdaftar, tak kisah bayar mahal pun sekurang-kurangnya masa lapang anak2 kita terisi dengan aktiviti berfaedah. Sekian dulu ngomelan Nurha, jumpa lagi ye. Thanks for reading.

Tuesday 19 January 2016

Kisah Firas putus pampers

Dah hampir sebulan Firas putus pampers. Alhamdulillah.. Sebaik sahaja Firas putus pampers dapat pulak berita Firas nak dapat adik lagi. Sesungguhnya hikmah Allah itu tersembunyi seribu rahsia yg kita tak kita tahu kesudahannya.

Sebelum ni, Nurha pernah pos pasal potty train Firas dah tiga kali tetapi tak berjaya. Nurha seakan give up nak potty train Firas lagi, sampai target nak amik cuti seminggu masa bulan 1 ni sebab nak fokus sepenuhnya ajar Firas potty train. Rupanya tak sampai bulan 1, tak masuk tahun baru lagi Firas seakan mengerti dan dengan sendirinya beritahu Nurha tak nak pakai pampers lagi sebab Abg dah besar. Agak memeranjatkan juga statement Firas tu sebab bimbang kebocoran.

Masa mula2 tak pakai pampers tu, Firas asyik bagitau nak gi tandas je, Nurha jarang ingatkan, tapi Nurha layankan je. Masa nak tidur malam, Nurha pakaikan Firas pampers, keesokan harinya Firas marah sebab pakaikan dia pampers, alasan dia bagi Abg kan dah besar, tak payah pakai pampers, pakai spender je.

Hari kedua tak pakai pampers, datang rumah pengasuh dgn tak pakai pampers, terkejut pengasuh dengar sebab takut tak terlayan Firas sebab ada jaga 3 org lagi yg lain termasuk Fahim. Petang, amik abg a!dik ni, Pengasuh kata Firas ok, takde bocor2, cuma kena ingatkan selalu je kalau nak kencing. Alhamdulillah, start daripada tu Firas terus tak pakai pampers, takde kencing malam bocor atas tilam dan kencing merata2.

Kesimpulannya, tak lah susah mana nak ajar anak potty train. Yang penting ibu kena percaya dengan anak, jangan putus asa dan cepat mengalah. Usaha, doa dan akhir sekali tawakal kepada Allah s.w.t. Setiap anak tu mungkin berbeza cara putus pampers, yg penting sokongan daripada ibu bapa. Sekian dulu ngomelan Nurha, jumpa lagi ye!

Saturday 2 January 2016

Tahun 2016 dan orang baru..

Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru 2016. Semakin bertambah usia kita semua, naik lagi satu tangga.. Tahun ini kami bakal terima org baru lagi.. Alhamdulillah, anak ketiga kami bakal lahir pada bulan Julai ini.. Due date sama dengan tarikh lahir Firas. Kami bersyukur dengan rezeki daripada Allah ini.. Kami tak menolak pemberian Allah ini, kami terima dengan redha dan hati yg terbuka..

Walaupun Fahim baru berusia 1 tahun 3 bulan. Dia anak yg baik, tak banyak ragam sepanjang awal kehamilan mamanya. Seakan memahami. Sesuai dengan maksud di sebalik namanya. Dia anak yg jarang mendatangkan masalah sihat sentiasa, rajin, mudah tersenyum dan sangat mesra dengan sesiapa. Semoga hidupmu diberkati Allah selalu nak...

Awal kehamilan ini Nurha tak alami morning sickness sangat, tetapi rasa mual tu tetap ada. Misalnya, sangat sensitif dengan bau sampai dah tak boleh pakai perfume, mual dgn bau nasi baru masak, tekak rasa nak makan buah-buahan aje berbanding nasi. Mangga muda dan buah jambu batu dah jadi kemestian mesti nak makan setiap hari. Lagi satu Nurha memang hantu nenas, meronta-ronta jiwa ni nak makan nenas tapi terpaksa tahankan selera sebab nenas tajam. Takut memudaratkan kandungan.

Sekian dulu catatan Nurha, jumpa lagi di lain entri..

Maksud di sebalik nama Izz Fahim Ukail

Sebelum ni, ada entri tentang maksud nama Firas. Kali ni rasa tak adil pulak tak letak entri tentang maksud disebalik nama Fahim kat blog ni.

Masa nak lahirkan Firas dulu, banyak buku Nurha rujuk nak cari nama anak pertama yg baik2.. Excited lah katakan sebab tak pernah ada anak lagi..

Masa Fahim pulak, ada beberapa nama yg Nurha reserved time cari nama Firas dulu. Jarak dorang pun tak jauh mana, 2 tahun aje..So kami bercadang nak letak nama putera kedua kami dengan nama Izz Fahim Ukail.. Masih lagi nak kekalkan nama Izz di hadapan nama anak2 kami. Maka lahirlah seorang insan yg bernama Izz Fahim Ukail..

Izz maksudnya kekuatan
Fahim maksudnya yg faham
Ukail maksudnya pintar, bijak

Semoga insan ini jadi anak yg soleh sesuai dengan namanya.. Aamiin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...