Saturday, 25 February 2017

Tips lipat baju dengan pantas dan mudah

Assalamualaikum.. Apa khabar readers? Selamat berhujung minggu. Hari ni Nurha nak bagi tips melipat kain / baju dengan mudah dan pantas. Seringkali mommy2 semua mempunyai masalah nak melipat baju, disebabkan itu maka menimbunlah baju yang ditinggalkan dalam bakul sampai menimbun dan menggunung. Kadang tu nak cari baju siap terkais-kais, dah lah susah nak dapat baju yang nak dipakai, berterabur kain baju di lantai.

Nurha dah buat survey dalam 10 orang mak-mak yang bekerja tu, 8 daripadanya memang lipat baju seminggu sekali. Memang baju menimbunlah time tu.Itu belum tentu lagi nkkeluar-keluar time weekend, sudahnya baju dibiarkan tidak berlipat, makanya anak-anak dan  suami mencari baju terkais-kais.

Nurha kongsikan tips Nurha melipat baju dengan mudah dan pantas:-

1, Lipat baju time anak-anak dah tidur. Senang, dorang tak kacau time ni, mama-mama semua pun aman dan damai melipat baju.

2. Lipat baju di tempat yang selesa tetapi jangan guna kipas angin mahupun air-cond, biarkan badan kita berpeluh sebab nanti bila dah terlalu selesa, kita akan rasa mengantuk. Lagi satu bila dah berpeluh memang exercise yang sangat bagus, sebab dengan melipat baju je dah keluar peluh, tandanya tubuh kita sihat.

3. Lipat kain yang besar-besar dahulu sebab kain yang besar tu menyumbang banyak space dalam bakul. Kain besar maksud Nurha di sini ialah seperti kain pelikat, kain batik, seluar slack, seluar jean, seluar track. Ni sebenarnya psikologi time lipat baju sebab bila lipat baju yang besar-besar dulu, nampak kain dalam bakul surut banyak.

4. Lipat baju berselang dengan minum air dan tonton tv supaya kita tak rasa bosan

5. Akhir sekali barulah lipat baju kanak-kanak dan baby.

Sekian dahulu, selamat mencuba jangan malas-malas lipat baju k!





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...