Wednesday 26 June 2013

Baju raya Firas..



Eh puasa belum start lagi tup tup Firas dah ada baju raya..hehe.. Tahun ni Firas teruja nk beraya buat kali pertamanya kat Sabah sebab tahun lepas tak dan.. Firas masih dlm hari..

Tulah dia kalau dah nama anak lelaki baju memang takkan lari punya daripada kaler biru. MF pun kadang2 ada gak bagi Firas baju kaler pink..huhu.. Pedulik hape kan..Fahrin Ahmad yg macho, kacak dan bergaya pun pakai baju kaler pink.. Apatah lagi baby mcm Firas ni...

Lepas ni tinggal nak cari baju melayu pulak utk Firas.. Tapi belum ada warna tema lagi...

Posted via Blogaway

Saturday 22 June 2013

Informasi dan tindakan semasa JEREBU..

Assalamualaikum.. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat peningkatan bilangan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada bacaan yang tidak sihat. Punca kemerosotan kualiti udara di kawasan- kawasan  yang mencatatkan peningkatan bacaan IPU masih dipengaruhi pencemaran JEREBU merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya.
 
1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
2. Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, semua pekerja dinasihatkan menggunakan
Penutup hidung dan mulut (Mask)
3. Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
4.  Apabila memandu , gunakan hawa penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
5.  Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
6.  Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan atau menghadiri aktiviti luar.

Sila rujuk informasi mengenai JEREBU (dimuat turun daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia) dan berkongsi maklumat dengan ahli keluarga dan sahabat handai..


Friday 21 June 2013

Atopic eczema..

Muka Firas tumbuh bintik-bintik merah macam ruam-ruam. Lepas tu dia asyik menqgaru, gatal gamaknya. Mula-mula sikit, pas tu dah jadi banyak.. Pagi tadi MF masuk ofis lambat sikit, mintak excuse dengan bos, bawak Firas gi klinik. Doktor sahkan Firas kena atopic eczema.. Doktor kata ni sejenis penyakit kulit. Memang tak tahu penyakit ni berpunca daripada mana. Memanga akan mendatangkan kesan merah.. Kesian tengok muka Firas. Dah tak gebu. 

Menurut doktor, penyakit ni pun boleh sebabkan asma ataupun demam. Lazim terjadi kepada golongan bayi. Tapi atopic eczema ni merupakan penyakit di peringkat awal. Ubatnya tiada, tetapi boleh dikurangkan dan bukan hilang secara serta merta. Akan hilang sedikit demi sedikit. So, lepas ni MF kena jaga makanan Firas, pengambilan telur boleh dikurangkan (alamak! fevret Firas tu..), walaupun penyakit ni bukan berpunca daripada pengambilan telur. Kuku Firas pun kena make sure pendek, sebab Firas selalu garu muka pakai tangan atau kuku. Kulit muka tak boleh terlalu kering. Elakkan bedak letak kat muka buat sementara waktu. Mungkin ada sesetengah detergent tak sesuai digunakan.

Doktor bagi Firas ubat sapu, alergik dan gatal. Semoga Firas cepat baik daripada penyakit ini.

Kehadiran atopic eczema mengikut peringkat umur - Ihsan Google

Firas ikut mama o.t...



Hari ni MF balik lewat. Ada 'task' penting yg nak kena siapkan. Makanya papa pun heret Firas dtg ofis. Kalau nak tinggalkan Firas dgn pengasuh bagitau balik lambat rasanya memang tak dapatlah.. Sebab pengasuh Firas selalu berkira. Asal ambik lambat sikit walaupun jam belum pukul 6 pun dah sibuk call. Ada sekali tu jam baru 5.15pm pun dah call tanya bila nak ambik Firas..huhu... Apelah nasib Firas selalu dpt pengasuh yg tak ok... Rasa mcm nak berhenti kerja je, jaga Firas sendiri je lagi baik. Huhu...

Posted via Blogaway

Thursday 20 June 2013

Jerebu menggila di JB...




Assalamualaikum... Jerebu di JB kian menggila... Bacaan IPU (indeks pencemaran udara) lebih drpd 120 setakat jam 5 ptg smlm.. Tapi nampak gaya pagi ni lagi teruk.. Jarak penglihatan kira2 100m. Gambar yg sempat ditangkap dalam perjalanan ke tempat kerja tadi.



Posted via Blogaway

Wednesday 19 June 2013

Abah kena chicken pox

Hari minggu yang lalu kami pulang ke kampung halaman. Mak bagitau yang abah kena chicken pox.. Kesian abah.. Menjelang Hari Bapa orang lain semua celebrate dengan abah masing2 tapi kami menjenguk abah yang kena chicken pox. Dalam pada kena chicken pox tu, abah masih lagi bekerja. Gigihnya abah. Mak kata abah tak boleh duduk diam2 kat rumah tanpa buat apa2 kerja. Perangai abah memang macam tu, tak boleh duduk diam sejak kami kecil lagi. Abah seorang yang gigih, rajin, kuat berusaha, periang, ramai yang senang dengan kehadiran abah jika ada kat mana2 majlis sekali pun. Abahlah orang yang selalu menghidupkan suasana dan keadaan. Abah tabah membesarkan kami anak-beranak. Walaupun pendapatan abah tak sebesar mana, alhamdulillah, dengan duit itulah abah membesarkan kami sampai kami ke peringkat sekarang ini. Teringat masa zaman kami kecil2 dahulu, nak mintak apa semuanya dapat. Abah tak pernah merungut, cakap tak ada duit ke apa. Untungnya kami ada seorang bapa yang macam abah.

Chicken pox tak mengenal usia. Golongan tua ke muda ke...pasti akan kena. Bergantung pada masa..cepat atau lambat. Virus yang dinamakan Herpes Zoster akan merebak di sekitar permukaan kulit, aktif dalam bentuk gelembung air dan meninggalkan kesan hitam atau merah. Kesan gatal dan miang akan berpanjangan sampai seseorang yang dijangkiti sukar tidur pada waktu malam.

Untuk abah, Selamat Hari Bapa. Kak Long, Kak Ngah, Bude dan adik sayang abah. Semoga abah cepat sembuh. Semoga abah panjang umur, murah rezeki dan diberkati Ilahi... Amin.

Gambar ihsan Google


Monday 10 June 2013

1Sya'ban 1434H




Ekceli post psl ice mocha tu yg hari Jumaat lepas punye..hehe..masih tersimpan rapi dalam draft..so MF publish hari ni...

Hari ini MF puasa ganti. Ekceli tak perasan pun yg hari ni 1 Sya'ban.. So lagi sebulan kita akan menyambut Ramadhan.. Si budak botak, Firas dah genap 11 bulan.. Dah pandai jalan n tendang bola..

Posted via Blogaway

Friday 7 June 2013

Kambing utk dijual..




Sebelum ni Nurha pernah buat entri pasal kambing tapi tak mention pun yg tu kambing papa...hehe.. Entah kenapa ntah minat papa dlm bisnes ni makin mendalam.. Dah itu minat papa, MF tetap bagi sokongan padu dan support papa dr belakang...

Papa dah simpan lama hasrat terpendam ni sejak usia Firas 7 hari skrg ni baru terlaksana... Alhamdulillah... Kandang kambing papa ni terletak di Batu Pahat.. Jadi setiap hujung minggu asal ada masa lapang je papa akan ulang-alik ke Batu Pahat jenguk kambing2 nya... MF dan Firas kdg2 bertandang jugak kat kandang tu ikut papa

.. Yang lucunya Firas mesti pegang MF, genggam tangan dgn baju MF kuat2 psl takut dgn kambing dan bunyi kambing tu...hehe...

Bagi sesiapa yg berminat nak beli kambing boleh sms @ whatsup 011-2781 9822

Posted via Blogaway

Testing Blogaway Lite...


MF saje nk testing application utk update blog yg mudah, jimat dan sentiasa di hujung jari...hehe... Yg penting syarat utamanya mesti ada smartphone..cewahhh..

Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...