Monday 30 September 2013

Budak muka bangun tido

Ni post hari Ahad semalam sepatutnya. Muka Firas baru bangun tido. Elok2 je mama nak tangkap gambar, dia buat muka macam tu. Padahal baru bangun tido. Kadang2 moodnya tak baik menangis tengok takda orang kat kiri kanan. Mama kat dapur, papa tgh mandi. Kadang2 time moodnya baik bising mulut dia sambil tunjuk kipas lah lampu lah.. Kalau lampu bunyinye 'pu', bila kipas..Nurha langsung tak faham apa bunyinya.

Firas dah sampai stage nak belajar bercakap pulak. Kalau mama dan papa tu dah tau dah sebut kenal mana satu mama dan papa. Lagi satu buat flying kiss dgn gaye tangannya..haha.. Tak boleh langsung nampak gambar Nurha kat handphone ke..frame ke..nanti habis basah diciumnya..hehe.. Bila naik kereta..pantang nampak bas..ditunjuknya 'bah'..masalahnya lori pun dipanggilnya bas! Asal nampak besar je, bas lah tu bg dia.. Keletah Firas mmg buat kami tak tahan gelak..

Tuesday 24 September 2013

Fenomena durian crepe, pavlova dan melty oreo with hersheys

Apa persamaan antara ketiga-tiganya? Jawapannya sudah tentu ketiga-tiganya sejenis desert. Yang penting semuanya fevret Nurha..hehe..

Durian crepe

Durian crepe - suatu ketika dahulu menjadi trend org buat bisnes online dan side income. Sangat popular di laman sosial lebih2 lagi bg penggemar durian. Tekstur inti durian yg lembut, lemak dan manis sangat menepati citarasa ramai. Tidak hairanlah resepi durian crepe menjadi topik popular dan menjadi antara resepi yg top di enjin carian google.

Pavlova - tidak kurang hebatnya. Berbanding durian crepe, agak leceh dan rumit sedikit proses pembikinannya. Sekarang ni dah ada berbagai saiz dah. Nak yg comel ke yg besar ke, semuanya bergantung pada si pembeli @ pembuat. Aksesori pavlova ni terdiri daripada buah-buahan seperti strawberi, kiwi, anggur, limau, pic etc.

Melty oreo with hersheys - ini  yg paling latest. Sangat sedap dengan taburan cheese yg mewah di permukaannya. Terdiri daripada biskut marie yg diapit dengan wheeping cream yg diadun lembut. Memang terbaik dgn rasa manis dan lemak yg sederhana. Memang kena dengan tekak Nurha, hehe..Tak sempat Nurha nak tangkap gambar tengok2 dah nak habis baru teringat nak tangkap gambar. Asyik sangat dengan kesedapannya. Lepas ni nak kena try buat sendiri ni..hehe..rajin ker...?


Pavlova

Melty oreo with hersheys

Monday 23 September 2013

Happy Anniversary : 2nd year


23 September, 2013 - Alhamdulillah. Pada hari ini genap usia perkahwinan kami 2 tahun. Izz Firas Anaqi pun dah menjangkau usia 1 tahun 3 bulan. Semoga mahligai yang terbina ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan kami dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Semoga kehidupan rumahtangga kami akan lebih diberkati oleh-Nya. Amin.



Saturday 21 September 2013

Tanggungjawab yg hidup kepada si mati

Assalamualaikum. Kita mungkin tak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti kita akan hadapi kematian insan yg tersayang. Tak kiralah kaum keluarga terdekat, sahabat handai mahupun keluarga jauh. Kematian itu pasti cuma masanya kita tak tahu bila.

Dalam sesebuah keluarga, anak sulunglah yg memainkan peranan penting sebaik sahaja ibu ataupun bapa meninggal dunia. Lebih2 lagi jika anak sulung seorang lelaki. Perkara2 yg perlu dititikberatkan adalah:-

1. Mendaftar kematian si mati
- ibarat sijil daftar kelahiran, kematian juga perlu didaftarkan.Jika si mati meninggal dunia di hospital, maka pihak hospital yg akan mengeluarkan sijil kematian. Jika meninggal selain di hospital, samada balai polis atau pejabat pendaftaran negara

2. Tempat mandi dan kebumi jenazah
- tempat mandi biasanya akan dilakukan di tempat yg terdekat di mana jenazah menghembuskan nafas terakhir. Tempat kebumi perlu mendapat persetujuan ahli keluarga yg lain dan sebaik-baiknya adalah yg berdekatan dengan tempat kediaman si mati.

3. Badan pengurus jenazah
- bergantung pada tempat di mana jenazah dikebumikan, samada surau atau masjid yg berkaitan. Segala kos akan dikeluarkan oleh badan ini

4. Bacaan tahlil dan yasin
- menyempurnakan bacaan tahlil dan yasin selama 3 malam berturut2. Hal ini dapat menghebahkan kpd jiran tetangga dan sahabat handai bahawa si mati telah meninggal dunia

5. Hutang-piutang
- jika si mati masih ada hutang yg belum langsai, maka si anak perlu berjumpa dgn si pemberi hutang samada menghalalkan hutang atau minta dilangsaikan bg pihak si mati

5. Menyediakan batu nisan dan kepuk
- kedua2 nya perlu bagi memudahkan tempat kebumi mudah dikenali dan mudah untuk dicari ketika melawat pada masa akan datang

Ada baiknya juga si anak memandikan dan mengimamkan solat jenazah. Ini sebagai tanda penghormatan terakhir kpd si mati.

Cara pengurusan jenazah mungkin berbeza antara di bandar dengan di kampung. Bergantung kepada niat dan kehendak masing2 cara bagaimana hendak menguruskan jenazah. Yang penting jenazah perlu dikebumikan secepat yg mungkin, sebaik2 baiknya tidak lebih daripada dua waktu solat.

Sekian dulu cetusan Nurha, mungkin bermanfaat utk sesetengah drpd kita, sesungguhnya yg baik itu datangnya daripada Allah, yg lemah itu bersandarkan drpd kekhilafan Nurha sendiri..


Posted via Blogaway

Friday 20 September 2013

Tentang seorang teman yg 6th sense..

Alamak.. Entri kali ni mcm 'horror story' sikitlah. Bukan senang Nurha nak menulis psl citer seram nih. Korang pernah ada kawan yg 6th sense tak? Nurha ada lebih drpd seorang kawan yg mcm ni. Seorg laki2 dan sorg lagi perempuan 

Yg Nurha nak story ni psl yg perempuan tu. Dia ni memang selalu nampak benda2 paranormal yg org lain tak pernah nampak. Kalau dia nampak dan simpan sorg2 tu tak apelah..tapi masalahnya dia selalu nak sharing apa yg dia nampak dgn org lain. Takut kan ada kawan mcm tu lg2 yg penakut mcm Nurha ni.. hehe..

Ada sekali tu kitorang duduklah bersembang kat bilik dia. Cerita ni berlaku zaman study dulu. Tiba2 dia boleh tegur Nurha.. "Eh...ko ade cakap yg bukan2 ker..." Nurha pun tak puas atilah kenapa dia ckp mcm tu.. Nurha tanya dia balik.. "Knapa plak? Tanya dengan muka konfius... Then dia jawab.. "Tu kat belakang ko tu ade benda.." Menggigil plak rasa kepala lutut dia cakap macam tu..haha..mane tak menggigilnya.. Nurha bayangkan pontianak dengan muka yang terseringai gigi duduk belakang Nurha..haisy... Sudahnya malam tu Nurha tak stay up..nak gi bilik air pun takut..nak kena berteman.. Mujurlah dapat roomate yg ok dan sekepala..

Ada lagi satu cerita ni berlaku time nak final exam. Macam biasa lah kalau dah final exam tu mmg Nurha selalu bersengkang mata study sampai tak tidur dibuatnya. Sedang asyik menelaah, tiba-tiba pintu bilik Nurha diketuk. Buka2 je pintu muka kawan Nurha yg 6th sense ni lah.. Menangis-nangis dia datang jumpa Nurha kata tak boleh nak study. 'Benda' tu kacau dia lagi. Benda tu minta tolong supaya roh dia tenteram dan aman. Nurha tak pasti samada dia kenal ke tak dengan 'benda' tu. Dia mengadu dengan Nurha yg benda tu datang dlm keadaan yg dahsyat skali..kaki tak jejak lantai..kepala terjuntai dan berdarah-darah... Lagi kuat kwn Nurha ni baca yasin lg dekat benda tu datang. Nurha tenteramkan dia minta byk2 ingat pada Allah dan bacakan ayat suci al-Quran. Sudahnya kami tidur beramai-ramai dalam satu bilik masing2 takut dgr cerita dia.

Memang satu kelebihan yg Allah bagi pada insan yg ada sixth sense ni. Yg penting dorang kena kuatkan semangat dalam menjalani liku hidup sehari-harian... Sekian

Wednesday 11 September 2013

Belasungkawa : Pergi tak kembali..

Al-fatihah buat bapa saudara Nurha yg telah kembali ke rahmatullah jam 3 ptg tadi. Bapa saudara yg paling rapat dgn Nurha dan dah anggap macam bapa kandung sendiri.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Wad Perubatan Respiratori, Hosp Sultanah Aminah. Di saat beliau sedang nazak dan sesak nafas, Nurha ada di sisi beliau di samping makcik dan dua org sepupu Nurha. Kami sempat bacakannya dua kalimah syahadah dan ayat2 suci al-Quran. Di saat sakaratulmaut menghampiri, air muka beliau nampak tenang seakan redha dengan pemergiannya di sisi Sang Pencipta.

Beliau meninggalkan seorang balu, empat org anak lelaki dan tiga org anak perempuan. Hanya air mata dan bacaan ayat2 suci al-Quran mengiringi pemergian beliau. Semoga rohnya tenang dan aman di sana. Al-fatihah buat Abd Aziz b. Salleh...

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...