Saturday 19 January 2013

Maharaja Lawak Mega vs Liga Super..

Hari ni kat JB ada dua event besar yg semua warga Johor nanti2. Satu, perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yg diadakan di Stadium Larkin JB, pasukan Johor melawan pasukan ATM. Kedua, pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2012 di Stadium Tertutup MBJB. 

Sejak kebelakangan ni, pasukan Johor dah jadi favourite dan tumpuan ramai sebab barisan pemainnya yg handal2. MLM pulak memang dinanti-nantikan sebab jarang2 MLM buat di Johor, lagi2 final pulak tu. Bagi Nurha, Nurha pilih tonton MLM akhir 2012 sebab dah ikut dari awal, hehe. Tapi Nurha tonton di rumah je, tak nak lah bersesak2 nak tengok live. Sapelah yg jadi juara agaknya ek..



Friday 18 January 2013

Top Day Fresh purple..

Banyak baju yg Nurha kena basuh balik dari Sabah ni. Semua cadar, sarung bantal, selimut pun kena basuh sebab dah 10 hari tinggalkan rumah, bimbang papa alergi. Dah macam2 brand sabun basuh yg Nurha guna tapi yg kali ni paling puas hati. Sebab kain tak bau hapak. Bau pun sedap. Bila biarkan kain semalaman dalam washer machine then esoknya baru sidai pun baunya still harum macam lepas basuh. Yg ini barulah trusted brand. Teknologi Jepun mari. Brand apa lagi kalu bukan TOP. Tapi make sure u all gunakan fabric softener yg sama nak bagi baunya kekal harum. Lagi satu sabun n fabric softener ni sesuai untuk kain yg disidai di tempat teduh dan berangin. 



Nurha guna yg kaler puple, SENSUAL PURPLE, pasal berkenan sangat dgn bau ni. Cubalah. Lepas ni Nurha dah tak tukar dah jenama sabun lain sebab lepas 4 bulan gunakan sabun TOP ni rasa sangat puas hati. Baju papa dan Firas pun berbau harum je. Harga pun berpatutan.

Senarai harga TOP Day Fresh Malaysia 
Pack Size West M'sia East M'sia
1.8 litres RM 8.90 RM 9.00
1.5 litres(Refill) RM 5.95 RM 6.30
600 ml RM 2.95 RM 3.30

Thursday 17 January 2013

Firas in walker..

Assalam semua.. Agak lama Nurha menyepikan diri dari dunia penulisan blog. Balik Sabah punye pasal.. Kami habiskan masa 10 hari di sana. Nanti Nurha update cerita n gambar2 menarik yg dicapture di sana. Hari ni baru masuk kerja setelah 10 hari bercuti. Syok gi Sabah, emak dan abah Nurha pun ikut.

Firas dah pandai memapah nak berdiri. Mama dan papa dah belikan Firas walker, boleh la laju2 Firas jalan.. Tengok muka dia tu, happy sangat naik walker.


Saturday 5 January 2013

Tabiat baru Firas

Firas dah ada 2 batang gigi baru tumbuh.. Tapi dia ada tabiat baru. Suka hisap ibu jari kaki.. Cannot lah syg, Firas kecik lagi... Puasa mama pun belum habis ganti lagi..huhu..

Friday 4 January 2013

AES dah dipasang di Johor..

Info baru terima. Hati2 kepada readers2 yg org Johor atau yg nak ke Johor.. Automatic Enforcement System (AES) @ speed trap camera dah ada kat Johor.


Thursday 3 January 2013

Segmen mari memasak bersama Nurha..

Kelakar pulak baca tajuk entri ni. Jarang Nurha post entri pasal masak memasak ni. Sebab Nurha masak selalu yang simple2 je. Husband pun tak kesah, janji kenyang. Esok cadangnya nak ganti puasa yg tinggal lagi 29 hari tu. Tadi petang dah makan char kue teow Mutiara Rini, tapi rasa lapar semula lah. Jenguk2 dapur, ada bahan2 yg boleh dimasak. Cadang nak masak mi siam goreng lah. Nurha panggil mi siam. Tak tau dari mana dapat nama ni, org Johor je kot yg panggil cenggini.

Bahan-bahannya sangat simple dan mudah didapati kat dapur semua org:-
Bihun - ambil suku drpd plastiknya
Lada kering - 10 batang
Bawang besar - 1 labu
Bawang putih - 3 ulas
Ikan bilis - ikut banyak mana nak letak
Sawi - 2 ikat
Telur - 1 biji
Taucu - 2 sudu
Daun sup -untuk hiasan

Cara-caranya:-
1. Panaskan kuali. Masukkan bahan2 yg dikisar (lada kering, bawang besar, bawang putih, ikan bilis)
2. Pecahkan telur. Kacau rata dan masukkan taucu jika suka. 
3. Masukkan bihun. Masukkan sawi setelah bihun digaul sebati dgn bahan2 tadi.
4. Garam & perasa secukup rasa.
5. Hidangkan dengan daun sup bagi naik bau wangi dan sedap.

Resepi ni sesuai untuk famili kecil macam Nurha ni. Bagi yg BF, kurangkan cili untuk elakkan kepedasan. Kesian pulak kat baby nanti, lagi2 yg perut sensitif. Bimbang baby kembung perut atau asyik poo2 je effect drpd makan makanan pedas.

**Tips : Rasa taucu tu dah sedia masin, so kena kurangkan garam.
 
Bihun goreng simple yg nampak biasa tapi rasa boleh tahan, ;p





Firas bad mood..

Semalam kelam-kabut mama dan papa dibuatnya. Firas meragam dari jam 7 sampailah nak ke jam 9. Menangis tak henti-henti. Baring menangis, dukung diam sekejap lepas tu menangis lagi. Bagi susu tak mahu, urut perut pun tak kurang jugak menangisnya. Mungkin dia lapar atau kembung perut, tapi semuanya tak berhasil..huhu.. Dugaan sungguh jaga Firas semalam. 

MF mesej pengasuh tanya kenapa Firas menangis tak henti-henti. Entah apa yg tak kena agaknya. Tup2 pengasuh dgn husband & son datang rumah risaukan Firas meragam. Diurutnya perut, bagi minum susu botol sikit, eh pandai pulak dia berhenti menangis ye..huhu.. Tengok Firas macam dah ok dorang pun balik. 

Ingat Firas dah ok nak tidur, tapi tak sampai setengah jam diam dia menangis semula.. MF dgn papanya dah mati akal. Ikhtiar kami yg terakhir, bawak Firas jalan naik kereta, lebih kurang pukul 9.30 malam. Biasa jam macam ni dah lena dah Firas diulit mimpi. Tak sampai 5 minit bawak jalan, terus dia tidur kat pangkuan MF. Hai lah, bertuah punye budak! Naik kereta jalan2 kena aircond kereta, baru ok tak nangis2 dah.. Sampai rumah Firas tidur lena sampai pagi.. Hai, anakku..anakku....

Inilah budak bertuah yg buat mama n papa kelam-kabut semalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...