Friday 30 August 2013

Indahnya Bukit Bendera, Penang

Assalamualaikum.. Rasa sangat kenyang dan ngantuk. Baru lepas balik dari Imaging Dept, HSA yg buat open house tadi. Dah nak dekat habis raya ni, berlumba-lumba org buat open house kat sini. Standard lah tu kan, Nurha rasa semua tempat kat Malaysia ni macam tu.

Ni gambar-gambar sekitar Pulau Pinang yang kami pergi baru-baru ni. Dari Sabah drop by ke Penang sebab ada kawan papa kahwin. Majlis kat Kulim, Sg Dua. Ape yang menarik kat Sg Dua ni, dia punya char kue teow. Nurha memang peminat char kue teow. Ramainye org datang sini. Tapi gambar tak sempat nak capture sebab Firas meragam masa tu, mengantuk + penat.


















Yang menariknya ialah Bukit Bendera @ Penang Hill. Dah takde cable car dah kat sini. Naik atas pakai 'LRT'.. Hehe..lebih kurang macam LRT je sebab laju semacam je. Tak sampai 5 minit dah sampai atas. cantik tempat ni nampak seluruh Pulau Pinang. Firas pulak tak mau dipegang, nak jalan keliling Bukit Bendera tu. Sakit pinggang kejar. Laju je lari. Lagi pulak Firas ni pencinta binatang, ada banyak burung2 yg jinak2 belaka. Ketawa-ketawa dia mengejar burung2..

Nak dijadikan cerita, kereta kami breakdown nak sampai jeti nak naik feri balik ke tanah besar. Yang bestnya org Penang memang ramah2 belaka sgt helpful. Sat ja keta kami breakdown, dah pulih semula sebab bateri weak. Hehe..len kali nak datang Penang lagi..


Friday 23 August 2013

Firas went papa's hometown snapshot..

Assalamualaikum.. Firas snapshot during Hari Raya at Sabah. Hehe..lagi-lagi cerita pasal Sabah kan. Ni gambar Firas yg sempat Nurha capture time Firas tahap 'kejakunan' main bunga api. Memang dia tak pernah jumpa n main bunga api kat Johor. Siap jerit2 ketawa lagi. Suruh masuk nangis. Tak puas main bunga api lagi. Bukan takat bunga api je, ayam yg berkokok dan berjalan-jalan kat depan rumah pun Firas asik tunjuk2. Almaklumlah budak bandar tak pernah tengok ayam katanye..


Pose Firas masa Hari Raya yg pertama.. Yg si comel tu cousin Firas yg umurnay baru 3 bulan. Tapi dah tumbuh gigi..! Cepat kan.. Firas rimas pakai baju ni. Tak boleh bagi dia pakai lame2.. Papa dia lah ni, ikutkan Nurha nak bagi pakai baju leher teluk belanga je, tak rimas. Tema tahun ini warna kuning.


Sementara tunggu gambar studio siap, pakcik Firas layan Firas main motor 'karen' nih. Kitorang ambil gambar studio satu keluarga. My MIL tempah frame yg paling besar u! Gembira sebab semua balik dan dapat berkumpul ramai2. Bila lagi kan..



Nilah pose terakhir kami sebelum fly ke Penang.

Wednesday 21 August 2013

Mari belajar bahasa Sabah part 2

Assalamualaikum.. Sebelum ni ada entri yg mcm ni, part 1. Jadi setiap kali pulang ke kampung halaman papa, pasti ada perkataan baru yg Nurha pelajari. Menurut papa, ni bahasa melayu Brunei Sabah. Ada jugak lagu untuk Firas yg papa nyanyikan dlm bahasa sana. Ayo, budak kecik ni pun faham bahasa sana..hehe.. Cthnya mcm lagu 'pimping unggat2' kalau di Johor lagunya jadi 'dong2 kak'...haha.. Kelakar kan.. Firas pun tau beza dan faham lagu2 ni..

Untuk entri kali ini, disenaraikan 10 lagi perkataan yg baru Nurha tahu. Sekurang-kurangnya dapatlah mendalami bahasa sana sedikit demi sedikit kan..

1. terpihit - terhimpit
2. sikoi - tembikai
3. lampung - kurus
4. rangit - nyamuk
5. payau - rusa
6. balan2 - penanggal
7. hayam - ayam
8. berbantir - berbintat
9. batis - kaki
10. sajuk - sejuk

Sekian dulu entri utk kali ini jumpa lagi pada entri berikutnya.


Posted via Blogaway

Tuesday 20 August 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Assalamualaikum.. Korang dah join Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2 dari http://www.bubblynotes.com/2013/08/segmen-follow-bloghopping.html. Jomlah kita saling kenal mengenal sesama rakan blogger, Nurha suke join segmen cenggini. Salam ukhuwah untuk semua.


Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Sunday 18 August 2013

Selamat sampai JB..




Kami dah selamat sampai JB. Nurha da mula bertugas pada hari Khamis yg lepas. Dari Penang ke JB flight mkn masa selama 1 jam 10 minit. Nak dijadikan cerita, kami hampir terlepas flight, bagasi tak dpt check-in sbb lmbt sgt. Flight jam 7.15 pagi, kami tiba di PIA jam 6.35 pagi. Sudahnya bawa beg naik atas jelah, lg 2 beg terpaksa tinggalkan, mintak tlg kwn papa bawa balik JB naik bas. Kami lambat pun sbb kwn papa dtg ambil kami lambat. Kelam-kabut pagi tu dibuatnya. Memang pengajaran buat kami.


Monday 12 August 2013

Berhari raya ke Penang



Kami selamat sampai Penang jam 12 tgh mlm tadi. Flight dari KK ke Penang makan masa hampir 3 jam disebabkan flight delay dan cuaca kurang baik. Hmm apa menarik kat Penang ni ya? Yg penting nak rasa mkn nasi kandar, rojak pasemboq, laksa penang. Kami ke sini sebab menghadiri majlis kahwin kwn papa.

So Nurha nak roger member2 satu u dulu yg menetap di Penang skrg..



Posted via Blogaway

Sunday 11 August 2013

Selamat tinggal Sabah..



Hari terakhir kami di sini setelah pulang berhari raya. Meriah sangat raya di sini. Nurha tak kan lupa hidangan yg Nurha belum pernah jumpa di semenanjung kelupis, ambuyat, kek lapis sarawak, kerepek seaweed, tahai...isy byk yg tertulis di sini deh...

Nurha pun ada msk mknan semenanjung di sini; daging salai msk lemak, rendang ayam..  Gambar tak dpt upload di sini..bz sgt2! Yg penting dua hidangan tu mndapat sambutan hangay di sini...hehe... Paling jauh kami beraya di Lawas, Sarawak..Kali pertama sampai Sarawak.. Pose terakhir kami sebelum ke KK.

Posted via Blogaway

Tuesday 6 August 2013

Selamat sampai KK



Assalamualaikum. Tahun ni turn kami beraya di Sabah. Alhamdulillah kami selamat tiba kg halaman walaupun cuaca mlm tadi kurang baik mujur flight tak delay. Penat mengejar bdk sorang nih lari keliling airport.

Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...