Monday 19 February 2018

Kisah cabut gigi bongsu..

Assalamualaikum. Uols ada pengalaman tak cabut gigi bongsu? Nurha baru-baru ni sakit gigi. Ingat sakit sebab ulser mulut. So buat biasa je. Rupa-rupanya sakit gigi bongsu nak tumbuh. Dah tiga hari rasa tak boleh nak tidur dek penangan sakit denyut kat gusi ni.

Nak bercakap, susah. Nak makan, nak telan makanan pun susah. Allahu.. Bayangkan nak telan air liur pun payah. Effect seluruh mulut rasa. Nurha ni memang jarang sakit gigi / demam, tapi bila dah kena tu makan berhari-hari. Subhanallah. Sakitnya rasa nak marah je orang sekeliling. Patutlah orang cakap biar sakit beranak daripada sakit cabut gigi.

Setelah tiga hari menahan kesakitan, tidur pun tak lena, Nurha nekad serah diri ke Klinik Pakar Pergigian, HSA. Dekat dengan tempat kerja je. Malas nak pergi swasta, dah ada yang dekat kita gunakan kemudahan yang ada. Bila doktor periksa gigi, ada 2 bahagian gigi bongsu yang tumbuh tak rata / tegak. Yang Nurha sakit ni ialah sebelah kanan. Bahagian bawah. Doktor suruh ambil x-ray dulu, lepas tu dah nampak result.

Gambar ihsan Google

Gigi yang sakit tu tumbuh macam dalam gambar pertama tu. Dia tumbuh senget, takda ruang nak tempatkan gigi bongsu ni. Tu dia, gigi sebelah tu tak dapat nak berikan ruang kepada gigi bongsu yang baru nak tumbuh tu. Makanya, untuk elakkan sakit, kena cabut segera gigi. Doktor tanya juga nak cabut hari ni ke nak buat appointment lain? Nurha jawab, nak cabut hari ni juga. Biar hilang terus sakit, tak tertahan nak menanggung sakit berhari-hari. 

Inilah gigi yang dicabut tu
Lepas cabut rasa sakit lain pulak, sakit time cabut gigi tu sampai menangis! Takpe, Nurha sabar sebab sakit ni penghapus dosa. Hari ni je menanggung, esok lusa baik dah. Lepas tu doktor bagi ubat Ibuprofen untuk tahan sakit, alhamdulillah sakit dah kurang.



Lepas ni nak jaga baik gigi sebelah kiri pulak sebab dia tumbuh macam ni. Tengok gambar bawah. Yang ni takut jugak sebab doktor kata dia belum sakit dan boleh simpan lagi, tetapi tetap akan kena cabut juga sebab sisa makanan tersimpan di celah tu. Takut sisa makanan tu akan menyebabkan sakit gigi. Yang ni kalau cabut perlu minor operation. Allahu, takutnya. Nanti Nurha cerita lagi pasal gigi bongsu ye. Terima kasih membaca. 

Gambar ihsan Google. Gigi sebelah kiri




Thursday 8 February 2018

Kelebihan Minyak JTX Oil daripada Hai-O

Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Hari ni naik lagi 2 sen kan? Apa yang naik tu.. Tak cakap pun mesti semua orang dah tau.

Nurha ada cara macam mana nak jimat minyak di saat kegawatan ekonomi dan harga minyak petrol selalu naik.

Tak nak tulis banyak just enjoy the video ya!


Mudahnya buat langsir untuk Table Top

Assalamualaikum all.. Minat betul nak mendeko sekarang ni. Tapi bajet ciput. Lagi-lagi dengan tekanan ekonomi sekarang ni yang tak menentu. 

Jangan risau tau. Itu bukan jadi halangan kita untuk deko-deko nak cantikkan rumah. Sejak kami pindah rumah ni, idea nak mendeko tu terus datang. Tapi Nurha ni bukanlah kreatif orangnya, banyak belajar dari group deko kat FB jugak. Selamat ada group yang macam ni. Boleh gak dapat inspirasi nak mendeko.

Rumah uols ada table top tak? I mean table top sahaja, belum letak full cabinet. Kat bawah kan lapang sementara nak ada bajet nak tambah kabinet baru, Nurha buat ni dulu, langsir untuk penutup bawah table top. Senang je caranya uols, mudah ikut.

Semua bahan-bahan boleh cari kat Mr DIY, mudah, murah, jimat. Apa yang uols perlukan ialah:-

1. Rod besi yang adjustable tu
2. Shower curtain
3. Pencangkuk lutsinar

Semua ni boleh dapat dengan harga kurang daripada RM50 tau! Sebelum tu ukur dulu panjang mana table top korang barulah boleh bajet nak beli adjustable rod yang mana. Dia ada 2 ukuran, yang panjang dan yang pendek. Jangan salah kira tau.


\Macam ni lah rupanya penyangkuk lutsinar tu. Harga kurang RM10

Nak beli penyangkuk ni ada tips tau. Pilih yang lawa-lawa je. Jangan pilih yang dah melekap pada kertas sebab nanti bila pasang dia dah tak grip pada permukaan.

Shower curtain bila dah dipotong. Ngam-ngam aje tak menyapu lantai
Shower curtain ni harga RM15-RM17. Ambil ukuran sebenar pada bahagian yang nak ditutup tu. Jangan salah ukur, nanti senteng pulak. 

Inilah hasilnya setelah dipasang. Nampak kemas kan, boleh tutup mana-mana yang semak kat bawah tu.
Macam mana? Senang tak nak ikut. Selamat mencuba ye...


Monday 5 February 2018

Seminar Roket Bisnes 2018



Menghadiri Seminar Roket Bisnes di Hotel Grand Paragon

Assalamualaikum. Uols pernah dengar tak tentang Seminar Roket Bisnes? Seminar oleh Tuan Najib Assadok. Anak muda berjiwa besar dalam dunia bisnes Online Marketing. Nurha sempat hadiri seminar ni di Hotel Grand Paragon Johor Bahru. Best sangat tau. Jarang kita dapat attend seminar macam ni kan. Dah lah dapat tiket free, tak mengantuk langsung tau!

Kenapa uols rasa kita perlu sangat hadiri seminar macam ni? Penting sangat untuk usahawan yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ramai lagi yang tak berpeluang, so this year kita pecahkan matlamat kita untuk meroket bisnes. 

Jom-jom kita sedut ilmu marketing by Tuan Najib. Memang korang takkan menyesal, rasa nak pergi lagi! Sama-sama kita jadi jutawan Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...