Saturday 12 November 2022

Ejen Takaful Kiriman Tuhan


Assalamualaikum kawan-kawan. Setelah sekian lama tinggalkan blog ni yang berhabuk dan bersarang, sekarang rasa nak aktif balik. Nurha menulis sejak 2011. Masa tu masih bujang lagi, sekarang dah ada 4 orang cahaya mata. Alhamdulillah. Nurha ni nama penulisan di blog. Jika di IG dan TikTok lebih dikenali sebagai Yatt2011. Kalau nak cari Nurha di FB, cari page Ejen Takaful Kiriman Tuhan dan jangan lupa like page Nurha ya. 

Sebelum ni Nurha berkecimpung dalam perniagaan sales MLM, tapi dah lama Nurha tinggalkan. Sejak ada anak nombor 4, masa tu tahun 2019 bila anak nombor 4 beruisa 8 bulan, Nurha dah terjun bidang baru iaitu menjadi Usahawan Takaful. Nurha bernaung di bawah Great Eastern Takaful. Sebab apa Nurha kuat hati nak terjun bidang ni sebab Nurha berusaha nak teroka bidang baru, nak ubah nasib keluarga. Nurha bukan datang daripada keluarga yang senang, nak apa semua kena set impian dan berusaha untuk dapatkan. Nurha nampak potensi dalam kerjaya ini, lantas setelah bergiat secara part time selama 2 tahun, pada September tahun lalu 2021, Nurha ambil keputusan untuk fokus secara full time sebagai Takaful Advisor. Tahun ini masuk tahun ke-4 Nurha bersama Great Eastern Takaful. Alhamdulillah, banyak kenangan manis, kenangan pahit pun tak kurang juga. 

Apa yang membuatkan Nurha rasa kuat hati nak berkecimpung dalam bidang ni ialah disebabkan oleh bigwhy, Nurha sanggup resign sebagai Engineer, nak fokus nak buat takaful. Kerjaya usahawan Takaful kerjaya mulia, bantu orang, beri manfaat dan kesedaran tentang musibah kehidupan dan celik dalam pengurusan kewangan. Mesti ada yang kata dah berlambak dah Ejen Takaful, yess betul. Tapi nak cari yang betul-betul lama dan sustain dalam bidang ni susah juga. Ada juga yang setahun dua dah syahid. Allah, jauhkan daripada Nurha jadi macam tu. Selagi ada hayat dan kemampuan tulang 4 kerat, Nurha akan sentiasa berkhidmat untuk masyarakat dan pupuk kesedaran untuk ambil Takaful.

Rakyat sebenarnya hanya 17% sahaja yang betul-betul ada perlindungan Takaful, selebihnya tiada! Bermakna ada ramai lagi kami ni, Ejen Takaful nak bantu rakyat Malaysia untuk dapatkan perlindungan Takaful. Untuk korang yang betul-betul nak tahu tentang Takaful, feel free untuk call atau whatsapp Nurha, boleh tekan link tree Nurha.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...