Haii.. Assalamualaikum sahabat kesayangan Nurha. Jumpa lagi di posting kali ini tentang
TEMPOH MENUNGGU. Dalam Takaful, ada tempoh menunggu. Biasanya tempoh menunggu ni orang tak suka dengar. Kadang-kadang ejen pun tak terangkan secara detail kepada client.
Selepas permohonan Takaful dihantar berserta pembayaran, jika berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan keluarga layak menuntut pampasan kematian. Kes kemalangan biasanya tidak kita jangka akan berlaku, jadi tak perlu tempoh menunggu yang lama. So kalau baru ambil med card yang ada pampasan kematian tu, jangan lupa beritahu keluarga supaya apa-apa berlaku keluarga dapat tuntutan.
Perlindungan untuk kes kemalangan bermula daripada tarikh polisi inforce. Ia meliputi rawatan sebagai pesakit luar atau perlu warded.
Selepas 30 hari, med card dapat digunakan untuk kes seperti demam viral, denggi, apendiks. Sesetengah med card dan hospital sendiri perlukan anda membayar deposit peribadi sebelum warded. Kos ni untuk menampung kos bukan perubatan, cas hospital dan fasiliti telefon.
Selepas 120 hari, perlindungan untuk penyakit tertentu telah bermula dengan syarat penyakit tersebut baru wujud setelah tempoh 120 hari. Contohnya seperti sakit jantung, darah tinggi, diabetes, sakit telinga hidung tekak, penyakit sistem pembiakan, kanser dan lain-lain lagi.
Bagi tuntutan yang boleh menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun usia sijil, syarikat Takaful berhak menangguhkan jaminan perlindungan terlebih dahulu dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu (pay n claim basis). Kalau kes GL ditolak, nak elakkan bayaran mahal guna duit sendiri, lebih baik dapatkan dulu pemeriksaan rawatan kat hospital government.
Last sekali bila anda telah habis tempoh menunggu 2 tahun, alhamdulillah. Tiada lagi keraguan. Perlindungan menyeluruh telah bermula kecuali sakit sedia ada sebelum anda ambil med card.
Okay diharapkan anda dapat sesuatu 😁 Semoga ilmu ini bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment