Tuesday, 2 August 2016

Pengalaman bersalin normal anak ketiga


 


 
Assalamualaikum..

Post pertama untuk bulan Ogos 2016. Alhamdulillah, Nurha dah selamat bersalin pada 1 Syawal 1437H. Raya pertama baby girl keluar. Sempat jamah ketupat abah, rendang emak dan daging salai masak lemak n kari abah petang raya tu. Mujur emak abah masak cepat, dapatlah merasa juadah hari raya awal.Memang baby set nak keluar pagi raya, nasib baik bukan sebelum solat Hari Raya, kalau tak jenuhla papa nak berkejar untuk bayar zakat pulak. Baby keluar tepat jam 10.48 pagi, memang dah habis solat Hari Raya Aidilfitri. 

Pengalaman pertama beraya di hospital. Kesian Firas dan Fahim beraya tanpa mama dan papa. Atok dan umi tolong jagakan. Tapi takpe pengalaman pertama ni berbaloi sebab Allah kurniakan seorang bayi perempuan. Memang Nurha tak sangka nak dapat baby girl sebab masa minggu ke-16 scan macam baby boy doktor kate. Tapi dalam hati ni terdetik macam tak betul, jadi Nurha just bagitau papa dia je, org lain Nurha tak bagitau sebab cadang nak buat scan 3D or 4D, nak confirmkan betul2 jantina. Tetapi ditakdirkan Tuhan, kami takda rezeki nak buat scan 3D n 4D sebab baby dah besar, time tu 32 minggu, klinik tolak mentah2. Kecewa jugak time tu, then kami terus pulang ke rumah dan berserah dan bertawakal apa pun jantinanya kami terima dengan redha.  

Kali ini, Nurha akan kongsikan pengalaman bersalin anak ketiga. Sebelum ni Nurha pernah kongsi pengalaman bersalin anak pertama : Firas melalui kaedah ceasarean, dan anak kedua Fahim : melalui kaedah normal. Anak ketiga : Fea lahir melalui kaedah normal juga tepat minggu ke 39. Ikuti kisah seterusnya.

6 Julai, 2016 @ 5.00 a.m.
Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Perutku terasa memulas-mulas. Acapkali aku keluar masuk tandas. Terasa sakit contraction belum terlalu kuat. Ku fikirkan sakit macam petang semalam, false contraction datang sekali dalam 8 jam.   

6 Julai, 2016 @ 5.30 a.m. 
Sakit datang lagi. Kali ni dah setengah jam sekali. Rasa sakit datang dan pergi. Aku rasa tak sedap hati. Lantas mengejut suamiku yang tidur di sebelah. Suruh mandi dan bersiap2. 

6 Julai, 2016 @ 6.00 a.m.
Selesai sudah mandi dan bersiap2. Segala barang keperluan kami bawa masuk ke dalam kereta. Aku dah tak tertahan lagi. Sakit contraction dah makin kuat datang setiap 15 minit sekali. Kami segera berjumpa dengan mak abah, adik2 juga ipar duai yg lain. Mohon ampun maaf, dan dipermudahkan urusan bersalin. Berlinang air mata menahan sebak saling bermaaf-maafan dan juga menahan kesakitan. Perasaanku  bercampur-baur. Aku kucup pipi dan dahi kedua2 anakku yg sedang enak diulit mimpi. Mereka tak tahu dan tak faham akan kesakitan ini. Sebaknya rasa nak meninggalkan mereka, beraya di pagi Syawal tanpa diriku dan suami. Namun ku kuatkan hati demi bayi dalam kandungan.

6 Julai, 2016 @ 6.15 a.m. 
Kami bersiap sedia dan meninggalkan kampung halaman menuju ke hospital. Jarak kampung ke hospital lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan. Aku nekad untuk bersalin di HSA juga kerana segala peralatan dan kepakaran lengkap di sana. Lagi2 hari pertama Syawal, mungkin ramai yang bercuti sekiranya bersalin di hospital lain. Suamiku memecut laju kenderaan agar tiba ke hospital seawal yang mungkin. Mujur jalan lengang dan perjalanan kami dipermudahkan.

6 Julai, 2016 @ 7.00 a.m. 
Kami tiba ke hospital awal 15 minit. Sakit contraction dah semakin kuat, datang 5 minit sekali. Mulutku tidak henti2 berzikir dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Kepada suamiku, acapkali aku mohon ampun dan maaf atas segala kesalahanku terhadapnya. Doa agar dipermudahkan urusan bersalin.

6 Julai, 2016 @ 7.10 a.m.
Sesampai di kaunter bilik saringan, tiada seorang pun pesakit. Aku terus dipanggil masuk oleh jururawat bertugas ke bilik saringan. CTG machine dipasang untuk mengukur tahap contraction. Sakitku semakin kuat. Prosedur VE dijalankan oleh doktor bertugas. Walaupun ini kandungan ketiga, sakitnya saat rahim diseluk hanya Tuhan sahaja yg tahu. Pintu rahim baru buka 4 cm.
    
6 Julai, 2016 @ 8.15 a.m.
Sejam telah berlalu namun pintu rahimku masih lagi dengan bukaan 4cm. Doktor bertanya bila aku last makan. Aku menjawab malam tadi jam 8 malam. Rasa pedih sangat perut sebab tak makan apa lagi. Hanya kurma yang aku makan untuk beri tenaga sebelum masuk ke Labour Room.


6 Julai, 2016 @ 8.45 a.m.

Dari tingkap bilik saringan, ku lihat hujan turun dengan mencurah-curah di pagi Syawal. Sakitku kian menggila. Aku banyakkan berzikir sebelum masuk ke Labour Room. Result CTG menunjukkan bacaan 'suspicious', bayiku kelihatan lemah dan kurang gerak berdasarkan graf yg terhasil. Lantas jururawat bertugas membuka semua peralatan yg dipasang pada perutku dan mengarahkan aku menukar baju wad bersalin. Doktor memberitahu bahawa bayiku bergerak lemah dan aku bakal ditolak masuk ke Labour Room.

6 Julai, 2016 @ 9.10 a.m.
Di Labour Room, aku dipasangkan lagi CTG machine. Pintu rahim diseluk lagi entah kali yg keberapa. Suamiku jadi peneman setia sepanjang berada di Labour Room. Ada masa suamiku disuruh keluar untuk prosedur VE oleh doktor bertugas. Di Labour Room aku tidak dibenarkan makan dan minum. Tetapi tekakku teras sangat kering dan suamiku memaklumkan jururawat agar membenarkan aku minum barang sedikit. Alhamdulillah, jururawat dan doktor sentiasa memberikan kerjasama yg baik. Air mata tidak henti menitis akibat menahan kesakitan yg teramat sangat. Doktor memberitahu bahawa pintu rahim masih dengan bukaan 4 cm, aku ada masa 2 jam untuk dipantau dan tunggu sehingga pintu rahim terbuka luas sehingga 8cm, barulah aku dibenarkan untuk bersalin normal. Mungkin ada rezekiku, aku dapat bersalin normal, jika tdak aku bakal ditolak ke Dewan Bedah untuk bersalin dgn kaedah Ceasarean.   

6 Julai, 2016 @ 9.50 a.m.
Result CTG ku kian merosot. Doktor memaklumkan bahawa bayiku sudah termakan najis sedikit, aku bakal ditolak masuk ke Dewan Bedah untuk prosedur Ceasarean. Prosedur pembedahan perlu dilakukan dengan serta merta bagi menyelamatkan nyawaku dan bayiku. Bayiku ada komplikasi Fetal Distress. Suamiku menggenggam erat tanganku. Dia berharap agar ku terima dengan redha dgn semua ketentuan ini. Walaupun jauh di sudut hatinya dia mengerti bahawa aku tidak mahu dibedah, cukuplah dengan kelahiran Firas dahulu. 

6 Julai, 2016 @ 10.10 a.m.
Aku kini sudah berada dalam Dewan Bedah. Doktor memeriksa lagi pintu rahimku. Dengan izin Allah, pintu rahimku telah buka 8cm. Doktor memaksa aku untuk 'push' memandangkan pintu rahim telah terbuka luas dan selamat untuk bersalin normal. Berkali-kali aku cuba untuk meneran, tetapi aku tidak berupaya untuk melakukannya kerana aku sudah tiada tenaga untuk meneran. Entah kali yg keberapa aku cuba untuk meneran tetapi bayiku gagal juga untuk dikeluarkan. Suamiku pula tidak dapat masuk ke Dewan Bedah, dan aku tiada semangat dan perangsang untuk mengeluarkan zuriat kami ini dengan cepat. Akhirnya, aku dapat merasakan bahawa doktor bertugas telah menggunakan Vakum untuk memaksa bayiku keluar dengan cepat. 

6 Julai, 2016 @ 10.48a.m.   
Akhirnya, setelah berjam-jam menanggung kesakitan zuriat yg kami tunggu2 selama ini selamat dilahirkan. Tidak ku sangka bayi yg ku kandung selama ini ialah perempuan. Tetapi aku agak terkilan kerana tidak dapat menyusukan bayiku sebaik sahaja dilahirkan. Bayiku dimasukkan ke wad kerana menurut doktor degupan jantungnya tinggi dan dia telah termakan najis ketika dalam perut dan perlu pemantauan rapi. Aku diasingkan dengan bayi selama satu hari satu malam sebelum dibenarkan pulang pada keesokan harinya. 
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...