Hari ini Ramadan yang ke-20.. Mengikut perkiraan, umat Islam berpuasa hanya 29 hari sahaja pada tahun ini.. Bermakna malam tadi termasuk antara 10 malam terakhir Ramadan. Pada kebiasaannya orang akan tekankan bahawa malam itu bermula pada malam yang ke-21.. Malam istimewa ini jatuh pada malam ganjil, iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 & ke-29...
Tapi kalau tgk cuaca hari ni kan, redup je... Angin pulak bertiup sepoi-sepoi bahasa.. Matahari mcm malu-malu nak pancarkan sinarannya... Adakah ini suatu petanda bahawa malam ni Lailatulqadar? Wallahualam, Allah sahaja Maha Mengetahui.. Kalau dulu time sekolah agama, cikgu Nurha suruh perhatikan, ade tak pokok-pokok yang gaya bersujud, menghadap kiblat... Itulah antara tanda-tanda fizikalnya...
Tidak semestinya kita hanya mengejar malam yang ganjil sahaja, kerana mengikut pendapat ulama, 10 malam terakhir jangan lepaskan peluang untuk lebihkan amalan, sembahyang berjemaah, banyakkan zikrullah.. Ingat.. Jangan jadikan 10 malam terakhir ni dgn hal duniawi, sibuk menyiapkan persiapan raya, meniaga di bazar-bazar, sembahyang pun entah kemane...
Sama-sama kita memperbanyakkan amalan ibadat, semoga hidup kita diberkati olehNya, insyaAllah...
NASI DAGING UTARA
2 months ago
1 comments:
malam seribu bulan. berbuatlah kebaikan :)
Download film online
Post a Comment