Monday 15 August 2011

Elak jadi mangsa strok haba...

Kebelakangan ni cuaca di Malaysia selalu tak menentu.. Kadang-kadang tu, hujan turun (tp susah nak dpt hujan lebat), kadang-kadang panas (sampai takda hujan beberapa hari), paling selalu cuaca panas (sampai susah nak tido malam, even kipas @air-cond function...)


Unit Kualiti Sistem oleh OHSAS18001 telah mengeluarkan pesanan kesedaran kesihatan kepada org ramai berhubung isu panas yg melanda kini. Memang tidak dinafikan, strok haba amat jarang sekali kita dengar. Walaubagaimanapun, cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yg boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yg lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar. Risiko akan jadi 10 kali ganda bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun.  


Gejala cuaca panas yang melampau ini akan mengakibatkan:
1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah-lemah otot / kekejangan
6. Keadaan yg terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)


Cara-cara mencegah dan mengurangkan kesan terhadap kesihatan
1. Minum air kosong dgn byk tanpa mengira tahap fizikal yg anda lakukan. Jangan tunggu sehingga dahaga
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam & mineral yg hilang semasa berpeluh
3. Sebaik mungkin, berada di dalam bangunan / rumah
4. Hadkan aktiviti luar
5. Kerap berehat
6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan
7. Pakai pakaian yg ringan, berwarna terang dan longgar
8. Pakai topi atau payung yg besar


Elakkan!
1. Minum minuman yg mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yg tinggi
2. Membiarkan seseorang dalam kereta yg tertutup
3. Bersenam dalam cuaca yg panas


Petua-petua sekiranya mengalami masalah dgn suhu panas
1. Keluar dari kawasan yg panas
2. Tanggalkan pakaian yg ketat
3. Letakkan kain yg basah dan sejuk pd badan
4. Gunakan kipas utk sejukkan badan
5. Minum air setiap 15 minit
6. Dapatkan bantuan sekiranya keadaan tidak dapat dikawal


Jangan lupe follow petua-petua dan nasihat-nasihat di atas ni yek.. Utk kebaikan bersama.. Hargai diri dan pastikan kesihatan diri berada di tahap yg terbaek!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...