Friday, 21 June 2013

Atopic eczema..

Muka Firas tumbuh bintik-bintik merah macam ruam-ruam. Lepas tu dia asyik menqgaru, gatal gamaknya. Mula-mula sikit, pas tu dah jadi banyak.. Pagi tadi MF masuk ofis lambat sikit, mintak excuse dengan bos, bawak Firas gi klinik. Doktor sahkan Firas kena atopic eczema.. Doktor kata ni sejenis penyakit kulit. Memang tak tahu penyakit ni berpunca daripada mana. Memanga akan mendatangkan kesan merah.. Kesian tengok muka Firas. Dah tak gebu. 

Menurut doktor, penyakit ni pun boleh sebabkan asma ataupun demam. Lazim terjadi kepada golongan bayi. Tapi atopic eczema ni merupakan penyakit di peringkat awal. Ubatnya tiada, tetapi boleh dikurangkan dan bukan hilang secara serta merta. Akan hilang sedikit demi sedikit. So, lepas ni MF kena jaga makanan Firas, pengambilan telur boleh dikurangkan (alamak! fevret Firas tu..), walaupun penyakit ni bukan berpunca daripada pengambilan telur. Kuku Firas pun kena make sure pendek, sebab Firas selalu garu muka pakai tangan atau kuku. Kulit muka tak boleh terlalu kering. Elakkan bedak letak kat muka buat sementara waktu. Mungkin ada sesetengah detergent tak sesuai digunakan.

Doktor bagi Firas ubat sapu, alergik dan gatal. Semoga Firas cepat baik daripada penyakit ini.

Kehadiran atopic eczema mengikut peringkat umur - Ihsan Google

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

semoga firas cepat sembuh...

Aien said...

Semoga si kecil cepat sembuh yer...

SFaezah said...

kesian klu budak2 sakit..smoga cpt baekk

Nurha said...

Tima kasih kwn2 semua... ;) hrp2 cpt lah baiknya...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...