Thursday 8 February 2018

Mudahnya buat langsir untuk Table Top

Assalamualaikum all.. Minat betul nak mendeko sekarang ni. Tapi bajet ciput. Lagi-lagi dengan tekanan ekonomi sekarang ni yang tak menentu. 

Jangan risau tau. Itu bukan jadi halangan kita untuk deko-deko nak cantikkan rumah. Sejak kami pindah rumah ni, idea nak mendeko tu terus datang. Tapi Nurha ni bukanlah kreatif orangnya, banyak belajar dari group deko kat FB jugak. Selamat ada group yang macam ni. Boleh gak dapat inspirasi nak mendeko.

Rumah uols ada table top tak? I mean table top sahaja, belum letak full cabinet. Kat bawah kan lapang sementara nak ada bajet nak tambah kabinet baru, Nurha buat ni dulu, langsir untuk penutup bawah table top. Senang je caranya uols, mudah ikut.

Semua bahan-bahan boleh cari kat Mr DIY, mudah, murah, jimat. Apa yang uols perlukan ialah:-

1. Rod besi yang adjustable tu
2. Shower curtain
3. Pencangkuk lutsinar

Semua ni boleh dapat dengan harga kurang daripada RM50 tau! Sebelum tu ukur dulu panjang mana table top korang barulah boleh bajet nak beli adjustable rod yang mana. Dia ada 2 ukuran, yang panjang dan yang pendek. Jangan salah kira tau.


\Macam ni lah rupanya penyangkuk lutsinar tu. Harga kurang RM10

Nak beli penyangkuk ni ada tips tau. Pilih yang lawa-lawa je. Jangan pilih yang dah melekap pada kertas sebab nanti bila pasang dia dah tak grip pada permukaan.

Shower curtain bila dah dipotong. Ngam-ngam aje tak menyapu lantai
Shower curtain ni harga RM15-RM17. Ambil ukuran sebenar pada bahagian yang nak ditutup tu. Jangan salah ukur, nanti senteng pulak. 

Inilah hasilnya setelah dipasang. Nampak kemas kan, boleh tutup mana-mana yang semak kat bawah tu.
Macam mana? Senang tak nak ikut. Selamat mencuba ye...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...