Saturday 22 June 2013

Informasi dan tindakan semasa JEREBU..

Assalamualaikum.. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat peningkatan bilangan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada bacaan yang tidak sihat. Punca kemerosotan kualiti udara di kawasan- kawasan  yang mencatatkan peningkatan bacaan IPU masih dipengaruhi pencemaran JEREBU merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya.
 
1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
2. Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, semua pekerja dinasihatkan menggunakan
Penutup hidung dan mulut (Mask)
3. Pastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
4.  Apabila memandu , gunakan hawa penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
5.  Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
6.  Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan atau menghadiri aktiviti luar.

Sila rujuk informasi mengenai JEREBU (dimuat turun daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia) dan berkongsi maklumat dengan ahli keluarga dan sahabat handai..


1 comments:

Unknown said...

http://gamesyork.blogspot.com/2013/06/serious-sam-3-bfe-free-full-version.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...