Monday, 17 November 2014

Cerita Firas setelah ada adik


Fahim dah nak masuk 2 bulan. Pantasnya masa berlalu. Malasnya mama nak naik kerja semula setelah bercuti panjang. Mesti workload banyak tak ingat. Dokumen menimbun. Stress bagai. Semua benda bos nak mintak setel cepat. Aduh, stress Mak! Macam ni lah namanya kalau kerja di hospital.

Dah lama MF tak update cerita pasal Firas. Kesian dia, mama asyik cerita pasal baby je. Upload gambar kat IG pun pasal baby je. Hari pertama bawa Fahim keluar dari hospital, Firas duduk kereta berasingan dgn MF. Kalau satu kereta bimbang Firas nak duk melekat dgn MF. MF naik kereta atuk Firas. Firas dgn papa naik kereta papa. Dari jauh nampak Firas nangis, bercucuran air mata sebab tak dapat satu kereta. Sedihnya hati MF, Allah sahaja yg tahu.

Masa mula2 dapat adik hari tu, jiwa Firas seakan memberontak, cepat sensitif, mudah menangis, terlebih manja, semua kemahuan dia minta diturutkan. Kalau tidak alamatnya menangis, meraung2..

Bila malam, Firas menghimpit dekat MF, nak tidur sebelah MF, bimbang je Adik dia kena penyek. Maklumlah Firas tidur lasak. Nak dimarah kesian, macam kurang kasih sayang je Firas ni.. MF bayangkan ni Firas baru 2 tahun 3 bulan macam mana lah agaknya yg dah dapat Adik sedangkan umur pun baru nak masuk 1 tahun.

Itu cerita hari tu. Sekarang ni Firas dah boleh terima kenyataan dah ada Adik. Dah bahasakan dirinya abang. Rajin membantu mama buang pampers Adik masuk tong sampah. Rajin kemas mainan. Dah boleh disuruh. Dah pandai suap makan sendiri. Sidai towel lepas mandi sendiri. Gosok gigi sendiri. Pakai baju dan seluar sendiri. Sikat rambut dan pakai bedak sendiri. Banyak lagi aktiviti harian yg Firas lakukan sendiri, tetapi perlu pengawasan juga.

Paling mama rasa touching bila mama marah Firas time Firas nakal. Firas kacau Adik. Tak reti diam time Adik nak tidur. Muka Firas akan berubah jadi redup. Hidung merah, mata sepet mengecil, air mata merembes menahan sedu. Teresak tangisnya seakan ditahan2.. Sedih mama bila tgk sendu Firas makin kuat. Lantas mama peluk Firas erat, tak jadi marah.

Sungguh indah pengalaman jadi mama kepada 2 org hero ni sebenarnya.. Demi amanah drpd Allah ini, mama janji akan besarkan kalian sebaik mungkin. Semoga kalian jadi anak yg soleh dunia akhirat. Amin..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...