Tuesday, 1 October 2013

Berjalan 10k langkah

Assalamualaikum. Berjalan laju atau 'brisk walking' sangat baik untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi untuk kesihatan jantung. Jantung merupakan organ terpenting yg mengepam darah ke seluruh badan kita. Berjalan 10,000 langkah dikatakan sangat baik dan dapat mengelakkan penyakit jantung sekiranya diamalkan selalu.

Baru-baru ini, sempena Hari Jantung Sedunia pihak hospital telah menganjurkan Program Berjalan 10,000 langkah. Sempat jugalah Nurha ambil bahagian. Hari- hari duk kerja dalam ofis depan air-cond je memang kuranglah berjalan kan. Tahun depan kalau ada lagi program macam ni, Nurha nak join lagilah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...