Saturday, 21 September 2013

Tanggungjawab yg hidup kepada si mati

Assalamualaikum. Kita mungkin tak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti kita akan hadapi kematian insan yg tersayang. Tak kiralah kaum keluarga terdekat, sahabat handai mahupun keluarga jauh. Kematian itu pasti cuma masanya kita tak tahu bila.

Dalam sesebuah keluarga, anak sulunglah yg memainkan peranan penting sebaik sahaja ibu ataupun bapa meninggal dunia. Lebih2 lagi jika anak sulung seorang lelaki. Perkara2 yg perlu dititikberatkan adalah:-

1. Mendaftar kematian si mati
- ibarat sijil daftar kelahiran, kematian juga perlu didaftarkan.Jika si mati meninggal dunia di hospital, maka pihak hospital yg akan mengeluarkan sijil kematian. Jika meninggal selain di hospital, samada balai polis atau pejabat pendaftaran negara

2. Tempat mandi dan kebumi jenazah
- tempat mandi biasanya akan dilakukan di tempat yg terdekat di mana jenazah menghembuskan nafas terakhir. Tempat kebumi perlu mendapat persetujuan ahli keluarga yg lain dan sebaik-baiknya adalah yg berdekatan dengan tempat kediaman si mati.

3. Badan pengurus jenazah
- bergantung pada tempat di mana jenazah dikebumikan, samada surau atau masjid yg berkaitan. Segala kos akan dikeluarkan oleh badan ini

4. Bacaan tahlil dan yasin
- menyempurnakan bacaan tahlil dan yasin selama 3 malam berturut2. Hal ini dapat menghebahkan kpd jiran tetangga dan sahabat handai bahawa si mati telah meninggal dunia

5. Hutang-piutang
- jika si mati masih ada hutang yg belum langsai, maka si anak perlu berjumpa dgn si pemberi hutang samada menghalalkan hutang atau minta dilangsaikan bg pihak si mati

5. Menyediakan batu nisan dan kepuk
- kedua2 nya perlu bagi memudahkan tempat kebumi mudah dikenali dan mudah untuk dicari ketika melawat pada masa akan datang

Ada baiknya juga si anak memandikan dan mengimamkan solat jenazah. Ini sebagai tanda penghormatan terakhir kpd si mati.

Cara pengurusan jenazah mungkin berbeza antara di bandar dengan di kampung. Bergantung kepada niat dan kehendak masing2 cara bagaimana hendak menguruskan jenazah. Yang penting jenazah perlu dikebumikan secepat yg mungkin, sebaik2 baiknya tidak lebih daripada dua waktu solat.

Sekian dulu cetusan Nurha, mungkin bermanfaat utk sesetengah drpd kita, sesungguhnya yg baik itu datangnya daripada Allah, yg lemah itu bersandarkan drpd kekhilafan Nurha sendiri..


Posted via Blogaway

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...