Friday, 20 September 2013

Tentang seorang teman yg 6th sense..

Alamak.. Entri kali ni mcm 'horror story' sikitlah. Bukan senang Nurha nak menulis psl citer seram nih. Korang pernah ada kawan yg 6th sense tak? Nurha ada lebih drpd seorang kawan yg mcm ni. Seorg laki2 dan sorg lagi perempuan 

Yg Nurha nak story ni psl yg perempuan tu. Dia ni memang selalu nampak benda2 paranormal yg org lain tak pernah nampak. Kalau dia nampak dan simpan sorg2 tu tak apelah..tapi masalahnya dia selalu nak sharing apa yg dia nampak dgn org lain. Takut kan ada kawan mcm tu lg2 yg penakut mcm Nurha ni.. hehe..

Ada sekali tu kitorang duduklah bersembang kat bilik dia. Cerita ni berlaku zaman study dulu. Tiba2 dia boleh tegur Nurha.. "Eh...ko ade cakap yg bukan2 ker..." Nurha pun tak puas atilah kenapa dia ckp mcm tu.. Nurha tanya dia balik.. "Knapa plak? Tanya dengan muka konfius... Then dia jawab.. "Tu kat belakang ko tu ade benda.." Menggigil plak rasa kepala lutut dia cakap macam tu..haha..mane tak menggigilnya.. Nurha bayangkan pontianak dengan muka yang terseringai gigi duduk belakang Nurha..haisy... Sudahnya malam tu Nurha tak stay up..nak gi bilik air pun takut..nak kena berteman.. Mujurlah dapat roomate yg ok dan sekepala..

Ada lagi satu cerita ni berlaku time nak final exam. Macam biasa lah kalau dah final exam tu mmg Nurha selalu bersengkang mata study sampai tak tidur dibuatnya. Sedang asyik menelaah, tiba-tiba pintu bilik Nurha diketuk. Buka2 je pintu muka kawan Nurha yg 6th sense ni lah.. Menangis-nangis dia datang jumpa Nurha kata tak boleh nak study. 'Benda' tu kacau dia lagi. Benda tu minta tolong supaya roh dia tenteram dan aman. Nurha tak pasti samada dia kenal ke tak dengan 'benda' tu. Dia mengadu dengan Nurha yg benda tu datang dlm keadaan yg dahsyat skali..kaki tak jejak lantai..kepala terjuntai dan berdarah-darah... Lagi kuat kwn Nurha ni baca yasin lg dekat benda tu datang. Nurha tenteramkan dia minta byk2 ingat pada Allah dan bacakan ayat suci al-Quran. Sudahnya kami tidur beramai-ramai dalam satu bilik masing2 takut dgr cerita dia.

Memang satu kelebihan yg Allah bagi pada insan yg ada sixth sense ni. Yg penting dorang kena kuatkan semangat dalam menjalani liku hidup sehari-harian... Sekian

3 comments:

Miss Za said...

teringat masa sem 1 za n roomates tido ramai2 1 bilik gara2 bgunan kolej tu haunted.. xpernah nmpak cuma kerap dgr bunyi dan gegaran telapak kaki jew.. BTW, benda2 tu suma mmg wjud..cuma sentiasa takut hanya pada Allah, berharap n doa hya pd Allah insyaAllah xde apa2 berlaku.

S. Faezah said...

takutnye..sy jenis penakut gak..klu ada org nak cerita pasal hantu2 ni, sy mmg xnak dgr..cerita hantu pon sy xnk tgk..bkn ape, nnt perasaan takut terbawa2 smpai ssh nk buat keja..nk kena berteman je...hehehe

Nurha said...

ha tu lah kan..Nurha mmg sama mcm S.Faezah...kikiki..penakut..

Miss Za...best kan pengalaman mcm tu..skrg dah tgal kenangan je..mmg takut time tu tp byk2 igt Allah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...