Thursday, 3 January 2013

Firas bad mood..

Semalam kelam-kabut mama dan papa dibuatnya. Firas meragam dari jam 7 sampailah nak ke jam 9. Menangis tak henti-henti. Baring menangis, dukung diam sekejap lepas tu menangis lagi. Bagi susu tak mahu, urut perut pun tak kurang jugak menangisnya. Mungkin dia lapar atau kembung perut, tapi semuanya tak berhasil..huhu.. Dugaan sungguh jaga Firas semalam. 

MF mesej pengasuh tanya kenapa Firas menangis tak henti-henti. Entah apa yg tak kena agaknya. Tup2 pengasuh dgn husband & son datang rumah risaukan Firas meragam. Diurutnya perut, bagi minum susu botol sikit, eh pandai pulak dia berhenti menangis ye..huhu.. Tengok Firas macam dah ok dorang pun balik. 

Ingat Firas dah ok nak tidur, tapi tak sampai setengah jam diam dia menangis semula.. MF dgn papanya dah mati akal. Ikhtiar kami yg terakhir, bawak Firas jalan naik kereta, lebih kurang pukul 9.30 malam. Biasa jam macam ni dah lena dah Firas diulit mimpi. Tak sampai 5 minit bawak jalan, terus dia tidur kat pangkuan MF. Hai lah, bertuah punye budak! Naik kereta jalan2 kena aircond kereta, baru ok tak nangis2 dah.. Sampai rumah Firas tidur lena sampai pagi.. Hai, anakku..anakku....

Inilah budak bertuah yg buat mama n papa kelam-kabut semalam


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...