Thursday, 24 November 2011

Mode : Mual2, pening2...

Sejak seminggu kebelakangan ni, Nurha macam takda mood nak buat kerja. Rasa kadang2 kepala tu macam melayang-layang, ditiup angin. Tekak pulak rasa nak makan makanan yg masam2 je. Adakah ini petandanya yg org baru bakal hadir dalam hidup kami..? Kalau betul, yeay!!!! Tapi kalau tidak, mungkin belum ada rezeki lagi.. Tapi kalau betul, rosaklah plan kami nak pergi honeymoon..huhuh... Sebab Nurha ada dengar khabar yg org baru disahkan hamil, tak boleh naik flight, nanti akan ada efek pada tekanan bayi dalam perut. Sejauh mana kebenarannya..Nurha pun tak pasti..

Gambar sekadar gambar hiasan

Nurha decide utk google tanda-tanda hamil ni... Nah, dah jumpa satu website yg baik, alamhamil.com. Jom kita check tanda-tanda awal kehamilan.. Mungkin seseorang itu akan mengalami sebahagian daripadanya atau tidak langsung!

1. Rasa lapar yg berpanjangan
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
3. Kerap membuang air kecil
4. Merasa tidak bermaya
5. Sakit dan tegang pada payudara
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
7. Rasa loya dan muntah
8. Suhu asas badan tinggi dan berpanjangan
9. Missed period
10.Ujian air kencing yg positif


Untuk sesiapa yg mengalami situasi macam Nurha ni, mungkin dah dapat agak potensi badan masing2.. Rasa sangat teruja sekiranya disahkan hamil!! Walaubagaimanapun, perlu dapatkan nasihat daripada yg pakar. Berjumpalah doktor untuk pengesahan kehamilan. Sampai sini dulu, ceria2 selalu ye readers!

2 comments:

dEyda Mahamad Arsad said...

waaaa..congratess..
niway done follow u..:)

Nurha said...

thank you...(^-^)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...