Thursday 27 October 2011

Super ngeri : Kilang organ manusia di Russia..

Assalamualaikum.. Entri kali ni rasa ngeri sikit Nurha nak post. Tapi nak sebarkan jugak pada readers. Cerita pasal kilang organ manusia di Russia. Kilang ini menyimpan organ dalaman manusia seperti buah pinggang, jantung, hati, kornea mata dan lain-lain lagi untuk dijual. Kira ni kilang 'spare part' untuk manusia lah. Dipercayai tubuh badan manusia yang mati diambil organ dalaman mereka untuk dijual. Badan-badan manusia ini dikutip daripada pemandu mabuk yg mati disebabkan kemalangan jalanraya, manusia yg mati keseorangan di rumah akibat kesejukan (ketika musim sejuk), kematian tidak dapat dirungkaikan kesnya dan mayat2 yg tidak dituntut oleh kaum keluarga.


Sebahagian daripada organ2 dan tulang2 dijual kepada universiti2 di seluruh dunia. Bahagian tulang kaki dieksport ke farmasi di Ireland & Jerman untuk dibuat "tooth filling". Selain Russia, kilang seperti ini juga terdapat di India. Tidak hairanlah seringkali kita dengar pengetahuan mengenai perubatan di kedua-dua negara ini amat tinggi. Kebanyakan student perubatan pun ramai yg melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di dua negara ini. Ini kerana mereka mempunyai banyak stok untuk pembelajaran mengenai manusia dan organ dalaman. Bermakna telah banyak pengalaman yg mereka alami.






Tetapi apa yg lebih membimbangkan, trend ini seakan mengejutkan kita. Bagaimana sekiranya saudara-mara, sahabat handai dan kaum keluarga terdekat kita meninggal dunia di sana? Ini yg menakutkan kita kerana menurut satu sumber, pernah terdapat kes di mana mayat dikembalikan kepada waris si mati dalam keadaan yang tidak mempunyai organ dalaman! Haih, minta dijauhkan.. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...