Monday, 3 October 2011

Kenapa wanita menangis di hari pernikahan..?

Assalamualaikum.. Agak lama Nurha tak update blog disebabkan kesibukan menguruskan majlis kahwin, berkejar ke sana ke sini, melayan mak mertua dan mengemas after majlis bersejarah dalam hidup (termasuk kene basuh periuk, hehe)

Gambar Memey sekadar gambar hiasan
Melalui fasa baru dalam kehidupan terutama sekali perkahwinan agak mencabar dan menguji keimanan. Pihak suami dan isteri perlulah saling memahami, saling mempercayai, bersikap jujur, sentiasa manis muka, melayan kehendak suami dan macam-macam lagi.  Mungkin sebab itu kot orang perempuan selalu terharu dan menangis sebaik sahaja bergelar seorang isteri untuk suami yang dikasihi. Tambahan pula, fasa kehidupan yg bakal dilalui bakal menuntut pengorbanan dari segi masa, wang dan tenaga. Sebaik sahaja akad dilafazkan oleh pengantin lelaki, terasa amat berat sekali tanggungjawab yang perlu dipikul. Bak kata pepatah, syurga di bawah telapak kaki suami, bukan ibu lagi dah..

Jika korang orang Johor macam Nurha, suatu ketika dahulu ada lafaz sakinah, di mana mak dan ayah pengantin perempuan perlu membaca akad penyerahan kepada pengantin lelaki.. Sedih sangat time ni, dulu kakak Nurha sempat lalui, tapi time Nurha dah takde dah.. Cuma pengantin lelaki & perempuan je yang bacakan akad terima nikah yang disediakan oleh Jabatan Agama Johor..

Mungkin sebab lain yang menyebabkan perempuan menagis di hari pernikahan mereka ialah memikirkan hubungan mereka dengan ibu & ayah bagaikan terputus disebabkan hadir orang ketiga dalam hidup. Hal ini seakan sesuatu yang membataskan dalam hidup seorang perempuan yang bergelar isteri.

Bagi Nurha, setiap orang ada sebab dan alasannya tersendiri mengapa perempuan menangis selepas diakadnikahkan. Masing-masing punya hati dan perasaan. Tugas kita hanya mencorakkan hidup berumahtangga agar berada dalam lingkungan rahmat Allah, amin.. Bagi yang bujang, Nurha nasihatkan sediakanlah tisu di sisi ketika majlis akad nikah.. (^_^) Bukan anda je, segala hadirin yang hadir pasti sebak menyaksikan drama air mata ini..

1 comments:

Nurha said...

tq..tq also 4 visit me..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...