Friday, 30 August 2013

Indahnya Bukit Bendera, Penang

Assalamualaikum.. Rasa sangat kenyang dan ngantuk. Baru lepas balik dari Imaging Dept, HSA yg buat open house tadi. Dah nak dekat habis raya ni, berlumba-lumba org buat open house kat sini. Standard lah tu kan, Nurha rasa semua tempat kat Malaysia ni macam tu.

Ni gambar-gambar sekitar Pulau Pinang yang kami pergi baru-baru ni. Dari Sabah drop by ke Penang sebab ada kawan papa kahwin. Majlis kat Kulim, Sg Dua. Ape yang menarik kat Sg Dua ni, dia punya char kue teow. Nurha memang peminat char kue teow. Ramainye org datang sini. Tapi gambar tak sempat nak capture sebab Firas meragam masa tu, mengantuk + penat.


















Yang menariknya ialah Bukit Bendera @ Penang Hill. Dah takde cable car dah kat sini. Naik atas pakai 'LRT'.. Hehe..lebih kurang macam LRT je sebab laju semacam je. Tak sampai 5 minit dah sampai atas. cantik tempat ni nampak seluruh Pulau Pinang. Firas pulak tak mau dipegang, nak jalan keliling Bukit Bendera tu. Sakit pinggang kejar. Laju je lari. Lagi pulak Firas ni pencinta binatang, ada banyak burung2 yg jinak2 belaka. Ketawa-ketawa dia mengejar burung2..

Nak dijadikan cerita, kereta kami breakdown nak sampai jeti nak naik feri balik ke tanah besar. Yang bestnya org Penang memang ramah2 belaka sgt helpful. Sat ja keta kami breakdown, dah pulih semula sebab bateri weak. Hehe..len kali nak datang Penang lagi..


1 comments:

Kisah Si Dairy said...

seronoknya dapat pi penang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...