Monday 11 March 2013

Ujian pap smear...sakit ker..?

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin yang indah.. Korang dah join segmen tambah kenalan oleh blog Mimi Najib tu? Kalau belum lekas-lekaslah join utk tambah kenalan.. Salam ukhuwah utk kenalan baru Nurha..

Baru-baru ni Nurha berpeluang jalani sendiri ujian pap smear. Oh, ujian ni utk wanita-wanita yg dah berkahwin sahaja ye.. Yang single2 tu pun leh baca gak untuk info dan pengalaman akan datang.. Selama ni dengar je perkataan ujian pap smear tu...langsung tak mau ambil port pun.. Ujian ni pun diambil secara kebetulan time hantar Firas ke klinik, check-up 6 bulan tempoh hari. Ujian pap smear ni tak sakit pun, tak sampai 5 minit pun, cuma kurang rasa selesa sikit time spekulum (yg macam muncung itik tu..) dimasukkan ke dalam faraj untuk diambil sedikit tisu sampel dan dihantar ke makmal untuk ujian susulan. Sejenis alat yang macam berus akan mengikis tisu dengan pusingan 360 darjah.

Realitinya, ramai yang tak jalani lagi ujian ini sebab sifat malu yg menebal menguasai diri. Ada juga yang berpendapat prosedur ini menyakitkan. Tetapi ujian yg mengambil masa tak sampai 5 minit ini mampu menyelamatkan nyawa wanita yg pernah melakukan hubungan intim daripada jangkitan virus Human Papilomavirus (HPV). HPV boleh dikesan daripada awal untuk mengesan tisu-tisu abnormal yg boleh menyebabkan kanser. Golongan yang berpotensi tinggi utk hidap kanser serviks ini ialah individu yang aktif melakukan hubungan intim.

So, bagi yang dah berkahwin tu jangan risau untuk lakukan prosedur ini kerana mampu menyelamatkan nyawa dan sebagai langkah berjaga-jaga. Nurha dah..korang dah..?

Google courtesy



3 comments:

Suzana Ibrahim said...

hee..hee saya yang kerja spital ni pun masih tak buat lagi!!

Nurha said...

hehe..nak kene cecepat tu buat...kje spital lg la senang nk buat kan..x pyh bratur tgu turn..hehe

uchuxoxo said...

Ishhh nursenurse dah tepon soh dtg buad ujian.. Tapi takot la !!! beranak berani pap smear takot plak hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...