Saturday, 23 February 2013

Cuti-cuti ke Sg Lurus, Batu Pahat..

Alkisahnya hari Sabtu 3 minggu yg lepas, kami anak beranak ke Batu Pahat. Saja bawak Firas jalan-jalan, then singgah kat Baby Shop, Parit Raja. Murah-murah barang baby kat sini. Beza harga pampers, especially brand MamyPoko RM8 lebih murah drpd harga kat JB. Memang berbaloi. MF ralat jugak tengok walker and baby car seat kat sini, lagi cecantik drpd kat JB, murah lak tu kat kedai baby ni. Nak buat cane, kami dah terbeli yg mahal kat JB huhu.. Kalau sabar sket mesti dah grab car seat n walker yg ada kat sini.. Sempatlah MF grab PET PET = RM32.90, kat JB = RM34.90, Cerelac beras perang = RM9.20, kat JB range harga dalam RM10.90~11.90. Drypers head to toe bath = RM11.90, kat JB 14.90. Ha..tengok tu.. Banyak kan beza harganya. Kalo sesape nak datang, senang je jalannya, kat area Parit Raja menuju ke Batu Pahat town, depan kedai Reflexogy ada lambang tapak kaki besar giler.. Ecehhh...promote..

Lepas tu singgahlah ke Sg Lurus, first time sampai sini. Ni sungai ke atau laut, tapi macam laut.. Cuma ombaknya kecil. Ramai org kat sini. Lagi-lagi Isnin hari cuti (Thaipusam). Kalau datang sini rugi tak pekena kerang goreng berlada yang sedap. Memang jadi tumpuan. Eh sedap sebab perut pun kebetulan tengah lapar ke ape ekk..hehe.. Lagi masakannya yang panas2 pun dap gak.. MF dgn papa order mee goreng je.. Sahabat handai ngan kaum kerabat lain enjoy makan nasi goreng. Tengok kedai macam biase je, dengan lantai dan tiang yg agak macam rumah kampung lama, tapi penuh seh org makan...! Sampai tak cukup meja.. Lagipun  order sampai cepat. So, no wonder jadi tumpuan. 



Sg Lurus - tumpuan kaki pancing

Budak sorg nih memang sengih memanjang je kejenye....

Sg Lurus - macam pantai kan..Apasal namanya sungai??

Suke betul dia ada org layan

Bila hujan dah renyai2 tu, kami pun tinggalkan lokasi, pusing2 pulak kat bandar Batu Pahat. Humangaiii....ramainye umat jem lak tuh... Perut mintak diisi lagi. Nak carik KFC pulak, Firas nak makan kentang putar (heheh, pandai lak Firas meminta2 ye..sbnrnye MF yg nak mkn KFC..). Ops..ada lagi satu kedai kat bandar Batu Pahat, San Ban Gay Outlet, butik kedai harga patut.. Menjual pakaian utk bayi, kanak-kanak dan dewasa.. RM6 dua helai baju pun leh dapat.. ni pakaian berjenama yg dah reject, tapi ok la cuma koyak sikit dan reject kat bahagian tertentu.. MF beli 6 pasang baju (MF, papa n Firas punye...) cuma RM27.00 je! Percaya tak! Ni kat JB memang tadak.. Org2 KL dan pelancong2 pun datang sini tau. So, kalau sesapa yg berkunjung ke Batu Pahat, jangan lupe ye singgah tempat2 menarik yg Nurha ceritakan ni.. Sekian dulu, jumpe lagi..

Firas still tak penat balik dr pusing2 bandar Batu Pahat.. Nak main2 lg kejar kamera MF pegang

1 comments:

UMMI YL said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...