Monday, 18 February 2013

Indahnya pantai Ayer Papan..

Assalamualaikum.. Lunch time.. So MF luangkan sedikit masa 'hapdet belog'. Baru-baru ni kami berkunjung ke Mersing. Rasanya dah lama sangat tak datang sini, last datang time MF dengan papa belum diijabkabulkan, sekitar Disember 2010. Tu pun sebab datang kenduri kahwin classmate masa UM dulu kat Endau.

So baru-baru ni kitorang datang singgah ke pantai Ayer Papan (betul ke eja Ayer tuh..huhu..) Pantai ni cantik sangat sejuk mata memandang, belum tercemar lagi dengan timbunan sampah sarap. Asalnya dari kenduri kahwin rumah anak saudara kawan papa kat Taman Wawasan. Lepas tu terus menyimpang ke Ayer Papan. Perjalanan ke pantai memang akan lalu kawasan sawah padi yang menghijau. Serius tak tau yg Mersing ada sawah padi! Sampai2 je kat pantai, nampak ombak agak besar, ada bendera merah naik, tapi para pengunjung tak segan silu pun bermandi-manda..hehe.. 

Tapi sebenarnya ada lagi satu port yg org ramai tak tau, Teluk Buih namanya. Ombak kat situ kurang sikit daripada pantai Ayer Papan ni. So senang nak bawa anak kecil mandi. Korang nampak tak bukit dalam gambar atas tu? Di sebalik bukit tu lah ada satu tempat yg dipanggil org tempatan Teluk Buih. So, bila sampai sini memang tak ramai org sebab ramai tak tau jalan. Ramai gak kaki pancing kat sini. 
Bila dah jam 6.45ptg kami tinggalkan tempat ni then pusing2 bandar Mersing, beli bubur Firas kat MB. Huhu..MF tak sempat bawak bekal untuk Firas. Malam tu kami bermalam di Homestay, Taman Wawasan, Firas tidur lena sampai ke pagi..

Suke budak demuk ni.. Yg belakang tu ombak besar Ayer Papan

MF pun nak posing ngan Firas..Ni kat pantai Ayer Papan

Ni belakang bukit MF posing ngan Firas tadi.. Teluk Buih.. Tengok, takde ombak besar kan, safely to bath and swimming..

KAMI baru ber-3..hehe

Suasana kat Teluk Buih bila dah nak senja

Papa merenung masa depan

Ni kat Teluk Buih


4 comments:

Nory Zoulkefle said...

cantek menarik tempat ni....

Nurha said...

kan...dtg la cni nory, bwk asben skali..hehe

Anonymous said...

FARIDAH HOMESTAY ENDAU

KEMUDAHAN HOMESTAY DI ENDAU MERSING, johor.

(BERHADAPAN PAM MINYAK CALTEX ENDAU) - mudah dicari tau..hehe..

7 BILIK, 3 BILIK BERHAWA DINGIN,SELESA,BERSIH DAN RUANG YANG LUAS.
Boleh juga sewa 1 bilik sahaja.
(Didatangkan dengan harga yang sangat berpatutan..:)

KEMUDAHAN TV,PETI AIS DAN LAIN-LAIN BERKAITAN.

SANGAT SESUAI BAGI KELUARGA BESAR .

KEMUDAHAN PARKING YANG LUAS DAN SELAMAT.

BERDEKATAN KEDAI MAKAN, MASJID,GYM

1KM DARI JETI TG GEMUK TIOMAN

1 KM DARI PEKAN ENDAU

TERLETAK DI JALAN UTAMA ENDAU-MERSING

30KM DARI MERSING DAN 30 KM DARI ROMPIN pahang.

HUBUNGI HJ ROSLAN: 0199587979 / 077942805

Nurha said...

wah..menarik tu..thx sis..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...