Tuesday 29 November 2011

Mom to be..


Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan-Nya. Jumaat lepas Nurha dah check guna pregnancy test kit menunjukkan keputusan yg positif! Sekarang adalah fasa yg amat penting utk kandungan kerana ketika ini organ bayi kian terbentuk. Mengikut perkiraan, usia kandungan Nurha kini berusia lapan minggu. Isy, macam tak percaya je kan! Utk pengetahuan readers, tempoh kehamilan hingga kepada kelahiran mengambil masa sembilan bulan atau 40 minggu.

So, utk next step Nurha perlu rujuk kepada pakar di klinik kerajaan (klinik swasta pun boleh, tapi klinik kerajaan lebih baik utk kandungan anak pertama). Sedikit info utk dikongsi..

Trimester pertama (minggu 1 ke 12)
Tiga bulan pertama pembangunan janin merupakan tempoh yang paling penting. Sepanjang 60 hari yang pertama, kebanyakan organ bayi terbentuk. Pada trimester ini bayi yang belum lahir amat sensitif pada persekitaran kimia, ubat dan virus yang boleh menyebabkan kecacatan.

Trimester kedua (minggu 13 ke 28)
Dalam tempoh ini, janin mula membesar dan organ-organnya bertambah matang. Pembesaran saiz uterus lebih ketara dalam trimester kedua kehamilan, apabila perut wanita mengandung semakin membesar. Pada masa ini, kebanyakan wanita perlu memakai pakaian longgar atau pakaian mengandung. 

Trimester ketiga (minggu 29 ke 40)
Trimester ketiga bermula pada minggu ke-29 kehamilan dan berakhir sehingga kelahiran.  Bayi terus membesar dan beratnya terus bertambah dalam tempoh ini. Pada bulan terakhir kehamilan, janin membesar setengah paun seminggu. 

Utk itu, macam2 petua dan pantang larang yg Nurha dapat drpd org tua2 utk dikongsi bersama:
1. Jangan makan nanas, sebab nanas bersifat tajam
2. Jangan makan makanan yg sejuk2, tidak baik utk kandungan
3. Jangan pakai high-heel
4. Jangan angkat barang atau buat kerja yg berat2

Ada banyak lagi yg Nurha tak ingat time nak taip ni, huhu... Utk persediaan kerohanian, Nurha akan kongsi dgn readers kemudian ye. Terima kasih kerana membaca, salam sayang semanis gula... (^-^)

Friday 25 November 2011

Kira berapa banyak dot..

Cuba kire ada berapa banyak dot yg readers nampak? Isy, pening lah Nurha tengok ilusi gambar ni sebab bila kita alihkan pandangan mata pada dot yang lain, nampak dot2 yang banyak berlari-larian dan terikut2 antara satu sama lain.. Bila tengok dot yang ada sebelum beralih ke pandangan lain, black dot tu jadi hilang! Aiseh, sesapa yang teror tu bolehlah continue kira, I nak stop, pening tengok gambar nih


 

Thursday 24 November 2011

Mode : Mual2, pening2...

Sejak seminggu kebelakangan ni, Nurha macam takda mood nak buat kerja. Rasa kadang2 kepala tu macam melayang-layang, ditiup angin. Tekak pulak rasa nak makan makanan yg masam2 je. Adakah ini petandanya yg org baru bakal hadir dalam hidup kami..? Kalau betul, yeay!!!! Tapi kalau tidak, mungkin belum ada rezeki lagi.. Tapi kalau betul, rosaklah plan kami nak pergi honeymoon..huhuh... Sebab Nurha ada dengar khabar yg org baru disahkan hamil, tak boleh naik flight, nanti akan ada efek pada tekanan bayi dalam perut. Sejauh mana kebenarannya..Nurha pun tak pasti..

Gambar sekadar gambar hiasan

Nurha decide utk google tanda-tanda hamil ni... Nah, dah jumpa satu website yg baik, alamhamil.com. Jom kita check tanda-tanda awal kehamilan.. Mungkin seseorang itu akan mengalami sebahagian daripadanya atau tidak langsung!

1. Rasa lapar yg berpanjangan
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
3. Kerap membuang air kecil
4. Merasa tidak bermaya
5. Sakit dan tegang pada payudara
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
7. Rasa loya dan muntah
8. Suhu asas badan tinggi dan berpanjangan
9. Missed period
10.Ujian air kencing yg positif


Untuk sesiapa yg mengalami situasi macam Nurha ni, mungkin dah dapat agak potensi badan masing2.. Rasa sangat teruja sekiranya disahkan hamil!! Walaubagaimanapun, perlu dapatkan nasihat daripada yg pakar. Berjumpalah doktor untuk pengesahan kehamilan. Sampai sini dulu, ceria2 selalu ye readers!

Friday 18 November 2011

Rahsia air tangan isteri..


Pernah tak dengar bahawa air tangan isteri itulah yg membentuk dan mencorakkan keharmonian & kebahagiaan rumahtangga? Petua org tua2 sebenarnya banyak membantu kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Oleh itu, tidak hairanlah kalau pada zaman sebelum kita lahir, amat jarang kita dengar kes-kes perceraian seperti yg terjadi sekarang. 

Tidak ada istilah saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan atau 'power' nya air tangan isteri atau ibu terhadap keluarga. Tetapi rahsia air tangan isteri atau ibu dalam sesebuah rumahtangga dapat dijelaskan secara rohaniah. Bagi kita yg pernah duduk merantau dan berjauhan dengan ibu, cuba kita fikirkan, apabila kita makan mesti kita sering teringatkan masakan ibu, kemana pun kita pergi, masakan apa pun yg kita makan seperti yg pernah ibu kita masak, kita pasti buat perbandingan bahawa masakan itu tidak sesedap seperti masakan ibu.

Begitu juga dgn suapan air tangan ibu. Suapan itu akan memberi kesan pada 10-15 tahun akan datang apabila anak-anak sudah pandai bergaul, memilih teman, kurang mendengar apa yg ibu pesan, namun berkat dari air tangan ibu, sekiranya anak ingin mengikut kehendak hatinya sendiri, namun dia akan tetap mencari restu si ibu dalam hidupnya. Air tangan ibu yg menyuap makanan ke mulut anaknya dan masuk ke perut, InsyaAllah akan membentuk darah daging yg baik dan berkat. 

Untuk isteri yg mempunyai pembantu rumah, jangan biarkan semua kerja dilakukan oleh pembantu rumah. Kebajikan suami di dalam rumahtangga seharusnya dijaga oleh isteri dan bukannya org lain. Sentuhan tangan isteri kepada barang2 suami sebenarnya ada 'roh'nya. Jika sekiranya 'roh' itu sentiasa dibelai oleh org lain, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Sebab itu kadang terdapat suami yg kacak bergaya dan isteri yg berkerjaya dan cantik jelita dimadukan dengan seorang pembantu rumah! 

Begitu juga dengan hal makan minum suami, bak kata org tua2, nak jaga hati suami perlu jaga perutnya dahulu (termasuk syahwatnya). Suami penat bekerja seharian selama 8 jam, makan tengahari di luar, apalah salahnya sediakan seteko air buatan tangan kita sendiri. Barulah 'roh' dan aura isteri itu sentiasa menemani suami. 

Ketika zaman kita kecil dahulu, jarang kita lihat nenek2 kita menyidai pakaian dalam di luar. Org tua2 kata, pakaian dalam perlu disidai dari tempat yg khas dan jauh dari penglihatan org lain. Pakaian dalam ini kan tempat kita menyorokkan aurat kita suami isteri, sebaik-baiknya janganlah dijadikan bahan tontonan umum. Tapi sekarang ini, lagi2 bg mereka yg duduk di rumah2 flat atau apartment, pakaian dalam bergantungan di sana sini dan disidai menghadap ke jalanraya pulak tu. Pakaian dalam juga perlu dibasuh berasingan dgn pakaian yg lain. Ada rasionalnya, rasanya semua dah tahu kan?

Bilik tidur pula, ada baiknya dikemas dan dijaga dgn bersih, jangan sekali-kali membiarkan org lain menyentuh bilik kita sewenang-wenangnya, jika tidak maka akan hilanglah 'roh' isteri di situ. Roh yg sepatutnya ada di katil ialah roh kita suami isteri sahaja, bukan org lain. Semoga hubungan suami dan isteri akan berkekalan sampai bila2.. Amin..

Wednesday 16 November 2011

Our bigday snapshot...

Assalamualaikum... Hai readers..! Semoga berada dalam mood sihat-sihat belaka hendaknya. Nurha baru sempat nak meng'upload' gambar sekitar majlis nikah dan sanding September lepas. Softcopy lambat dapat dari photographer satu hal, takde masa pun lg satu hal.. Tu yg tak menyempat tu, nak upload gambar.. Gambar disnap di sekitar rumah org tua Nurha dan yg outdoor tu kat pantai peranginan yg agak terkemuka dan 'fofular' di Johor. Majlis kami sederhana je, alhamdulillah..dah selamat dah semuanya... Ada kualiti gambar yg kurang baik, Nurha pulak malas nak edit.. Natural gitu.. Apepun enjoylah yek..

Berdebar tunggu pak imam isi form nikah...
Pengantin lelaki...nampak cool je..dlm hati, Tuhan je yg tau..
Barisan saksi-saksi nikah, sebelah lelaki dan perempuan...
Bondaku (tudung oren) & adik iparku (tudung hitam)
Bersedia utk diakadnikahkan...
Hantaran drpd kedua-dua belah pihak...
Mood berdebar-debar....
Imam periksa form nikah buat kali terakhir sebelum nikahkan pengantin...
Sign surat nikah..
Bacaan tazkirah oleh Imam..
Testing sebelum akad nikah...
Oh, sgt sedih setelah dinikahkan... Selamat menjadi isteri org hanya dgn sekali lafaz...Alhamdulillah, syukur pd Tuhan..
Mama (ibu mertuaku), tak dapat menahan kesedihan...
Ready utk lafaz taklik...
Lafaz taklik...
Hantaran mas kahwin, cincin dan gelang dr pihak lelaki...
Ketika cinta bertasbih...saat cincin nikah disarungkan ke jari manisku...
Alhamdulillah...kami kini bergelar suami dan isteri...
Rakan sekerjaku yg dtg dari jauh...
Senyum kegembiraan...
Senyum tanda kesyukuran..
Kakak, ibuku dan anak saudaraku...
Adik ipar dan anak buahku
Sy tak pandai posing!
Pose malam berinai..
Smile...!
Pose ala2 pendekar...
Opss...gambar kecik sikit..tak pandai nak berposing...
Pose mlm berinai lg..
Pihak pengantin lelaki berarak tiba..
Tgk ape tuh?..
Panas terik time ni....
Kompang dipalu bertalu2....
Sebelum masuk rumah..

Teror pakcik ni bersilat...
My ex-housemate time di KL...
My happy family...
Family husband ku.....
Kualiti gambar ini lebih jelas sedikit...
Kak Emm yg "menacap"' muka kami...
Pose kat gerbang...
Kek pengantin...
Tarikh tu yg penting...
Mari memotong kek..


Apa yg kami tengok tu ekk....

Muka "serius" baca doa...
Makan beradab time..
Bayar tol dulu sebelum naik pelamin...
Bersama teman paling baik di abad ini...
Jiran-jiranku...

Bersama rakan sekerja...
Karaoke time..
Outdoor snap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...