Assalamualaikum readers... Diharapkan berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.. Blog Nurha kini berwajah baru, dah bosan rasanya dgn template yg lama.. Dah berapa hari Nurha tak update blog disebabkan kepala asyik pening2 je dan bebanan kerja yg banyak pun membataskan Nurha utk update blog..
Menyentuh tentang tajuk entri hari ini, readers pernah dengar tak mengenai terapi pendengaran? Terapi pendengaran ini adalah salah satu cabang dalam perawatan penyakit dalam Islam. Ayat-ayat suci dibacakan dan dikombinasikan dalam suatu surah yg dinamakan Surah Ruqyah. Surah Ruqyah ini terdiri drpd ayat-ayat suci al-Quran iaitu:-
1. Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2. Al-Baqarah 1 1-5
3. Al-Baqarah 1 102
4. Al-Baqarah 2 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6. Al-Baqarah 3 285-286
7. Ali-Imran 3 18-19
8. Al-’Araf 8 54-56
9. Al-’Araf 9 117-122
10.Yunus 11 81-82
11.Toha 16 69
12.Al-Mukminun 18 115-118
13.As-Soffaat 23 1-10
14.Al-Ahqaaf 26 29-32
15.Ar-Rahman 27 33-36
16.Al-Hasyr 28 21-24
17.Al-Jin 29 1-9
18.Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19.Al-Falaq 30 Seluruhnya
20.An-Naas 30 Seluruhnya
Apakah yg kebaikan yg kita perolehi daripada surah ini? Baiklah, Nurha ada google dan cari sumber-sumber yg boleh dipercayai, di mana apabila kita perdengarkan surah ini, seseorang yg terkena gangguan jin atau syaitan dapat meredakan sekaligus menghilangkan penyakit yg dialami. Bagi kanak-kanak atau bayi yg sering menangis pada waktu malam, surah ini dapat menenteramkan jiwa mereka daripada gangguan makhluk-makhluk halus. Bagi pasangan suami isteri yg mengalami masalah rumahtangga, surah ini dikatakan mampu menjadi penawar dalam rumahtangga.
Bagi diri Nurha sendiri, surah ini Nurha cari kerana hampir setiap malam ada bunyi bising di tingkat atas rumah kami membuatkan kami terjaga ketika sedang enak diulit mimpi. Kawan Nurha sendiri mengatakan bahawa itu petanda yg tidak baik, dan perlu perdengarkan surah ini sampai tertidur hingga ke pagi. InsyaAllah, Nurha akan cuba amalkannya kerana ikhtiar itu datang daripada diri kita sendiri.
Pasangkan surah ini pada 3 malam berturut-turut, insyaAllah segala gangguan dapat dielakkan. Ada banyak kebaikan surah ini, readers boleh baca dan beli buku yg berkaitan di pasaran. Untuk download Surah Ruqyah, readers boleh KLIK SINI untuk diperdengarkan samada di dalam rumah, premis atau di kedai-kedai. Tapi, nasihat Nurha, jangan kita dengar sahaja, lambat laun apabila setiap malam kita dengar, pasti kita juga akan jadi hafal surah-surah yg terkandung dalam surah Ruqyah ini. Jangan terkejut, jika readers akan merasa mengantuk bagai disorongkan bantal apabila perdengarkan surah ini ye.. Cubalah perdengarkan setiap malam, pasti segala masalah akan terungkai.. Sekian, dahulu jumpa lagi..!
NASI DAGING UTARA
2 months ago
3 comments:
Assalam Nurha,
banyak ilmu yang dapat dikongsi dalam blog Nurha, moga terus menulis...
Thnx amie.. Amie pun semoga trus sukses...
Get Rid of Black Magic Islamic Way
Cell: +92-313-5303096 (whtasapp, viber)
Allah Almighty has placed healing powers in His word, the Holy Quran. He declares in Surah Isra (17) verse 82, "We send down in the Qur'an that which is a healing and a mercy to those who believe..."
In the light of the Sunnah of the Beloved صلى الله عليه و سلم and the tradition of the true pious predecessors Faqeer meets visitors for open Islamic spiritual healing, in the form of Ta’weez and/or ruqya (dam), for counseling or general Islamic advice Istikhara on Monday-Friday.
Ta'weez or ruqya are beneficial only by the Will of Allah Almighty and when practiced according to the guidance of the Messenger of Allah and his successors.
visit us now! www.holyhealers.com
Post a Comment