Assalamualaikum
Entri kali ni Nurha nak cerita sikit bab-bab menguruskan majlis kahwin dan persiapan untuk hari-hari terakhir sebelum bergelar raja sehari. Masa mula-mula nak kahwin, pening nak fikir majlis yang berlangsung satu hari je, tapi persiapannya, mak aih..take time, macam-macam benda nak kene buat n fikir. Kalau buntu dan blur langsung apa nak buat, try buat research, cari website yang berguna untuk bakal pengantin, beli dan baca majalah or buku berkaitan pengantin. Nak kahwin ni, perlu persediaan mental dan fizikal, kita bukan berkahwin utk setahun dua je kan, tapi sampai hujung nyawa..
First sekali yang perlu kita fikirkan ialah bajet perkahwinan kita. Adakah mencukupi atau masih kurang? Janganlah kita berlebih-lebihan sebab lepas kahwin nanti pun nak guna duit untuk rumah lagi, nak deko, beli barang-barang dapur, hiasan, barang elektrik dan macam-macam lagilah.. If rezeki murah, dapat baby dah nak kena sediakan kelengkapan baby, termasuk baju, pampers, susu dan lain-lain lagi.. Bercerita pasal bajet ni, kita sedari bahawa harga emas kian meningkat dari hari ke hari. Yang Nurha tau, harga emas setakat April, 2011 adalah RM172.00 (utk emas 999) dan RM162.00 (utk emas 916). Sangat mahal kan.. So rugilah pada yang kahwin lambat, harga emas dah makin naik... ('',)
Perkara kedua ialah tarikh pernikahan dan melangsungkan perkahwinan. Mungkin sesetengah orang meletakkan perkara meletak tarikh ni pada perkara yg ketiga dan keempat, tetapi bergantung kpd individu. Bagi Nurha, letak tarikh dulu penting sebab kita boleh countdown dan target perbelanjaan kita untuk hari yg berbahagia itu. Rasanya kalau guna duit sendiri untuk perkahwinan lebih bermakna berbanding dengan buat loan bank, almaklumlah sekarang ni banyak sangat bank yg tawarkan loan untuk perkahwinan. Begitu juga dgn belanja kahwin menggunakan kad kredit, kalau boleh cuba elakkan ye.
Perkara ketiga ialah menghadiri kursus kahwin. Yang ini mmg penting sebab kalau takde sijil kursus pra perkahwinan, mcm mane nak kahwin kan. Kursus pra perkahwinan kan syarat utk mendirikan rumahtangga. Begitu juga borang daftar perkahwinan, ujian pengesahan HIV, surat kebenaran menikah, surat akaun bujang, borang saksi dan wali, jgn lupa datang ke pejabat agama daerah untuk perkara-perkara tersebut. Tapi sebelum datang ke pejabat agama tu, pastikan korang dah ikuti kursus pra-perkahwinan.
Dalam menyelesaikan tiga perkara yang tersebut di atas ini, jgn lupa sambil-menyambil untuk cari pakej andaman yang menepati bajet, survey dahulu tau sebab skrg ni belanja andaman semakin mahal, tgk lah harga pakej yg ditawarkan. Selain itu, tempah & cetak kad kahwin seawal 3 bulan sebelum majlis bagi memudahkan proses jemputan. Utk edarkan kad jemputan, memadailah dgn menghantar kad sebulan sebelum majlis, utk tetamu yg datang dari jauh, dan 3-2 minggu sebelum majlis untuk jemputan yg terdekat.
Goodies juga, jgn dilupakan. Kalau boleh berilah untuk tetamu yg dtg dgn goodies yg berbaloi, harga berpatutan, menarik dan cantik sebagai kenang-kenangan. Utk jemputan V.I.P pula, belilah goodies yg berbeza sedikit dgn org lain, sebagai kenang-kenangan, tetapi mesti cari yg under budget tau. Tidak dilupakan juga utk khemah, kompang, kendarat, sewa pinggan mangkuk, p.a system, perlu juga diambil kira dan tetapkan dua bulan atau sebulan sebelum majlis berlangsung.
Utk bakal pengantin, pastikan kesihatan diri berada pada tahap yg terbaik, org tua2 kata nak kahwin ni darah manis.. Ada betulnya, sebab mereka nak anak2 mereka jaga diri baik2 sbb majlis kahwin bakal tiba. Itulah maksudnya pepatah org2 tua dulu2 kalau korg tak tahu..
NASI DAGING UTARA
2 months ago
4 comments:
errr..banyaknye menda nak kena fikir kalau nak kawen..(-_-")
tu la cik sha...pening kan..
tak tau nak start dari mana..+_+
takpe wana..nampak leceh tp bile da buat senang...slow2 ye dik..yg penting mesti under bajet..
Post a Comment