Saturday 3 September 2011

Aidilfitri 2011...

Assalamualaikum dan selamat hari raya Nurha ucapkan pada geng blogger semua.. Tahun ini of course hari raya yang paling bermakna dalam hidup Nurha kerana tahun terakhir beraya sebagai seorang bujang. Tahun depan dah tukar status pulak, sebagai isteri orang..(InsyaAllah kalo diizinkan Allah sebagai mak org pulak..huhuhu..)

Untuk hari raya tahun ini, boleh dikatakan beraye sakan jugak, byk tmpat yg kitorg satu family pegi. Mak dan abah sibuk ke sana ke sini edarkan kad kahwin kami, almaklumlah tarikh untuk kami disatukan pun dah nak dekat. Banyak benda yg nak disetelkan untuk beberapa hari yg tinggal ini sebelum menginjak ke 25 Syawal. 

Untuk tunang tersayang, terima kasih kerana sudi melayan kerenah kami sekeluarga yg kadang2 haru-biru, walaupun adik-beradik Nurha tak berapa ramai, tapi gamat suasana di pagi syawal nan indah, riuh-rendah dan meriah. Almaklumlah, mak dan abah nak dapat menantu baru, org jauh pulak tu. Suatu ketika dahulu, Nurha pernah tak nak kahwin dgn org jauh, nak kahwin dgn org Johor je, tapi jodoh yg ditentukan Allah, tiada siapa yang tahu, mungkin terkandung hikmah di sebaliknya.

Pagi Syawal pertama, teratak abah dikunjungi oleh Kak Long & Abg Din (satu-satunya abg iparku). Walaupun patah kaki kanan, datang juga Abg Din beraya ke rumah kami, syukur alhamdulillah.

Family Kak Long dgn tema 'maroon' nya

Budak kecik dua org tu, dua hari lepas lagi dah datang rumah atuk, mmg dorg ni manja dgn atuk & umi (abah & mak ku). Memang bijak dan petah, nak2 yg rambut yg mcm megi tu. Pandai berposing pulak tuh.. Yg si abang pun tak kurang jugak, ada aje yg nak dibetahkan pasal bercakap pun dah macam org tua-tua. Kadang-kadang kitorang adik-beradik selalu buli dia, muhahah..

Bonda tersayang bergambar bersama anak perempuan & cucu-cucunya
Tiap kali syawal, emaklah org yg paling 'busy' kat dapur, abah pun tak kurang juga. Dua-dua pakar memasak, buat kami adik beradik menjilat jari menikmati juadah di pagi raya. Menu mak yang power; sambal kacang, serunding ikan, masak lodeh, sambal goreng (Nurha paling suka yg nih), ayam masak merah, sambal udang dan rendang ayam. Menu abah pulak yang paling syiok; kambing masak hitam, kari daging, sup daging @ kambing dan sambal petai. Asam pedas abah pun boleh tahan, silap2 kalo bukak kedai mmg licin abes! The important thing is, of course lah ketupat, tak sah kalo takde ketupat di pagi syawal kat rumah kami. Tapi yg pandai menganyam ketupat cuma mak & abah je, kami adik beradik langsung tak tau! uhuh.. Kami pandai bedal je. 

My happy family. Gambar dicapture oleh En Tunang
Petang syawal pertama, family Bibik pulak datang dgn bala tenteranya (anak-anaknya yg 6 org tu). Bibik adik mak Nurha yg paling rapat dgn kami sekeluarga, setiap tahun pasti dtg beraya, tak sah rasanya kalau dorg beraya tanpa kami.

Family Bibik & Cik Lan
Apabila 2 family digabungkan
Tengoklah aksi dua family kami ni apabila digabungkan, yg bujang semuanya panjang2 belaka kalah bapak.. Yg perempuan kurus & tinggi, cuma i je tak kurus sgt, tak berape nak tinggi sgt, huhu.. Time ni family Kak Long dah takde, dah pergi beraya ke Tg Sedili. Untuk semua, panjang umur kita berjumpa lagi di tahun hadapan, luv u all..!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...