Sunday, 10 November 2013

Takpe nak..ibu dah lama maafkan..

Bingkisan hati drpd seorang ibu yg bekerja.....

Jam tepat menunjukkan angka 7. Memang suatu rutin kot asal jam 7 je waktu wajib sampai ke rumah. Ok jugakla drpd org2 kat ofis tu matahari dah tak nampak baru ingat nak balik. Pada aku work is work..but family first.

Lupekan dulu psal dorang. Anak dah amik kat pengasuh, suami pun dah ada kat rumah..mulalah otak fikir nak masak apa mlm ni. Keluarkan dulu ikan siap2 dari peti ais, jerang nasi, mandi, solat, tgk Love u Mr Arrogant jap. Tu pun tak fokus..sebab nak menyiapkan mkn mlm.Takpe nanti bole repeat tgk kat Tonton. Masak sendiri utk keluarga lagi berkat, guna air tangan ibu dan isteri kan...

Tepat pukul 8:30 p.m makanan da siap, masa utk makan. Perut lapar sgt ni sebab tadi siang mkn awal sgt. Takpelah bagi anak dgn suami makan dulu. Suap nasi anak dulu.

Ok, sekarang turn ibu pulak nak mkn..lapa sangat.. Baru mkn dua suap, anak main2 kat depan ibu, tiba2 terlanggar pinggan yg ibu tatang tgh sedap2 menyuap. Habis semua nasi dan lauk yg terakhir utk ibu bertaburan di atas lantai. Rasa putus selera ibu, nak dimarah anak..anak yg sdang nak meningkat naik. Nak naik tgan pun anak..tak sampai hati nak pukul..kat depan rezeki..tak baik marah anak.. Ok..ibu sabar. Ambil nasi baru. Lauk pun tgal sisa2..

Masa tidurkan anak pulak. Anak main2 atas katil. Ibu suruh tidur. Dah disusukan juga tak mau tidur. Tepuk2 bontot pun tak mau tidur. Asyik nak main aje. Ade jugak ibu yg tidur dulu ni.. Ibu baru nak terlelap, anak main2 kepala anak terlanggar bibir ibu. Tak jadi lelap ibu. Ibu rasa bibir ibu mcm berdarah. Kesat kat lengan baju, mmg betul darah. Darah dek penangan kepala anak kat bibir ibu. Aduh..sakitnya bibir ibu.

Dalam hati..ibu berkata, "takpe nak...ibu dah lama maafkan..."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...