Friday, 2 November 2012

Khutbah Jumaat - Petua untuk mudah bangun Subuh

Assalamualaikum readers.. Lama tak menjenguk blog.. Khutbah Jumaat hari ini:

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari mel
akukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.
Dipetik dari Facebook Ustaz Don Daniyal....

Nurha sekarang dah tak susah nak bangun subuh sebab dah ada jam loceng nama Firas. So, tiap pagi mesti terjaga sebab Firas kejutkan mama dia bangun pagi time pampers basah sebab wee wee or poo poo dan nak mintak susu..hehe..

Sekadar renungan untuk diri saya, keluarga dan semua readers...
Gambar disedut daripada Google

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...