Wednesday 12 October 2011

Resepi mata kerbau dalam sosej...must try!

Resepi mata kerbau dalam sosej utk cinta hati.. Cubalah... Nampak menarik kan bentuk & rupa dia.. Bahan-bahan yang digunakan pun simple2 je, senang dapat kat peti ais rumah korang..


Bahan-bahannya cuma sosej (Nurha tak suke panggil hotdog), dengan telur puyuh (biase org rebus je telur ni, buat masak sambal, ni boleh pecah n goreng, hehe..) Cara-caranya pun senang je..

1) Belahkan sosej kepada 2 bahagian (jgn belah habis, tinggalkan bhgn hujungnya sikit..)


2) Sambungkan kedua-dua hujung sosej yg dibelah dua tadi dengan pencucuk makanan. Jadikan bentuk 'love'
3) Panaskan kuali dan letakkan sedikit marjerin utk menggoreng sosej dalam kuali leper.
4) Pecahkan telur puyuh di bahagian tengah sosej yg berbentuk 'love' tu. Kalau sosej bersaiz besar, pecahkan telur ayam. Jgn lupa letakkan sedikit garam


5) Masak sehingga sosej kelihatan kemerahan dan apabila telah masak, angkat sosej dari kuali dgn berhati-hati untuk mengekalkan bentuknya


6) Sedia utk dihidang dan dimakan bersama sos.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...