Seperti yg Nurha janjikan sebelum ini. Nurha akan berkongsikan pengalaman melahirkan bayi secara normal buat kali pertama. Rupa-rupanya ada silent reader yg menantikan entri ini.. Terima kasih yg tak terhingga kerana menyokong penulisan di blog ini.
Tanggal 18 September 2014 jam 6 pagi. Hari ini hari ke5 post date, bermakna hari di mana aku terlebih 5 hari drpd tarikh jangkaan bersalin. Aku terasa seperti mahu membuang air kecil. Bila masuk bilik air, tengok2 ada tanda seperti bloody show, pinkish colour blood. Termasuk ini, ini kali yg ke3 tanda ini keluar tetapi masih belum ada rasa contraction. Menurut doktor, jika ada rasa contraction baru datang ke hospital.
Terdengar suamiku memanggil dari luar kerana bimbang aku lama sangat dlm tandas.. Aku keluar dan lantas suamiku bertanya, "Syg ok tak ni? Nak pergi hospital tak? Abg mimpi syg bersalin, Abg azankan baby". Sebenarnya aku pun mimpi yg sama. Adakah ini suatu petanda yg bayi ini bakal dilahirkan hari ini? Segala persoalan timbul di benakku. Rasa risau, takut, cemas, tak sabar dan macam2 lg perasaan timbul..
Tepat jam 7 terasa perutku sakit seakan senggugut. Dah lama aku tak rasa sakit macam ni lepas kahwin dah takda dah period pain. Masa zaman bujang dulu setiap bulan kena. Tapi sakit seakan senggugut ni sekejap datang sekejap hilang.
Aku nekad nak terus datang ke hospital hari ni sebab org kata sakit contraction tu macam sakit senggugut. Selesai kejutkan Firas dan sediakan brg2 nak ke hospital, terus kami bergegas hantar Firas ke rumah pengasuh.
Sampai ke hospital, kami terus ke bilik saringan. Prosedur ctg dilakukan, lebih kurang 2 jam. Doktor check jalan, pintu rahim baru buka 2cm. Tetapi rasa sakit senggugut tu datang sekali sekala. Dalam sejam tu adalah dalam 4 kali.
Pada hari itu juga aku ditahan wad. Malangnya wad kelas pertama penuh, aku dimasukkan ke wad kelas 3 buat sementara. Sepanjang di wad, mulutku tidak henti2 membaca ayat lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin.. Aku membaca sebanyak yg mungkin agar proses bersalin dipermudahkan. Begitu juga surah Maryam ku baca berulang kali.
Tepat jam 12 tengahari, sakit seakan senggugut datang lagi. Kali ini kekerapannya datang 20 minit sekali. Aku masih boleh bertahan, inikah yg dinamakan sakit contraction? Aku pun tak pasti kerana pertama kali merasai pengalaman ini.
Tepat jam 3 petang, sakit senggugut ini kian menggila. Sakit ini sebenarnya lebih sakit drpd sakit senggugut, sakit yg teramat sangat. Kekerapan sakit ini datang 5 hingga 7 minit sekali. Aku siap rekodkan masa di mana sakit ini datang. Aku bersyukur kerana ketika sakit ini datang, suamiku sentiasa berada di sisiku. Setiap kali contraction datang, aku menggenggam kuat2 tangan suamiku tanda tidak tertahan lagi menanggung kesakitan. Mujur suamiku dibenarkan untuk berjumpa denganku oleh jururawat bertugas.
Acapkali aku ke tandas kerana terlalu kerap kencing, menandakan kepala bayi sedang menekan rahim untuk mencari jalan keluar. Aku tidak tertahan lagi, lantas berjumpa dengan doktor bertugas untuk memeriksa bukaan pintu rahim. Aku dimasukkan ke bilik pemeriksaan, doktor bertugas memaklumkan bahawa pintu rahim masih dengan bukaan 2cm.
Tepat jam 5 petang, sakitku sudah tidak tertahan lagi. Aku ke tandas lagi, ku lihat ada darah seperti datang bulan. Banyak, bukan seperti darah seperti yg keluar di rumah pagi tadi. Aku memaklumkan kepada jururawat bertugas, lantas prosedur ctg dijalankan sekali lagi. Ternyata sakit contraction ku sangat kuat ketika ini, doktor dan jururawat juga mengakuinya berdasarkan keputusan yg diperoleh drpd ctg. Aku diberi suntikan pada punggung utk menahan kesakitan. Menurut doktor, ubat yg disuntik ini adalah tidak digalakkan kerana akan mendatangkan kesan mengantuk dan pening kepala kepada diriku dan bayi dlm kandungan. Oleh kerana aku tidak tahan lagi dengan sakit ini, maka mereka terpaksa juga menyuntik ubat ini. Pintu rahim diperiksa sekali lagi, jalan baru buka 4cm. Menurut doktor, ini adalah kali pertama untuk aku bersalin normal, sebab itulah laluan untuk bayi keluar agak sukar seperti melahirkan anak pertama.
Setengah jam berlalu, namun sakit tidak juga kurang. Aku menangis dan menggenggam tangan suamiku kuat2. Andai pintu rahim masih belum buka sehingga 8cm, aku mohon suamiku untuk membenarkan prosedur pembedahan dijalankan kerana aku sudah tidak tertahan lagi dengan kesakitan ini. Suamiku mohon bersabar dan menyuntik pelbagai kata semangat.
Tepat jam 7 petang, pintu rahimku diperiksa sekali lagi. Kali ini bukaan pintu rahimku telah terbuka 6cm. Air ketubanku telah dipecahkan oleh doktor bertugas. Aku bakal ditolak ke Dewan Bersalin. Tetapi Dewan Bersalin penuh pada ketika itu, aku bakal dimasukkan pada jam 7.30 malam.
Sesampai di Dewan Bersalin, semua doktor dan jururawat mempersiapkan kelengkapan untukku. Mesin ctg dipasang lagi ke perutku. Salur darahku dicucuk untuk dimasukkan saline.
Tepat jam 9 malam, aku sudah tidak tertahan untuk meneran. Kesakitan utk meneran dan mengeluarkan bayi segera dari rahimku melebihi segalanya. Suamiku dipanggil masuk kerana sudah tiba masanya untuk bayiku melihat dunia. Riuh-rendah suasana di Dewan Bersalin, semua doktor, jururawat dan suamiku juga membantu proses mengeluarkan bayi dengan selamat. Macam2 cara diberikan untuk memudahkan aku bersalin. Dengan 3 kali teran, bayiku selamat dilahirkan, tepat jam 9.38 malam. Kedengaran laungan azan di telinga bayi lelakiku oleh suamiku. Bayi lelaki ini dilahirkan secara normal (vertex) dgn berat 3.1kg. Syukur alhamdulillah. Terasa nikmat melahirkan bayi secara normal walaupun anak pertama aku melahirkannya secara czer.. Alhamdulillah, impianku untuk melahirkan pada hari Khamis malam Jumaat tercapai..
Selesai bayi dilahirkan, proses mengeluarkan uri pula dijalankan. Aku terima 4 jahitan akibat guntingan episiotomi. Tetapi yg menakjubkan, rasa kulit dijahit tu langsung aku tak rasa sakit. Kuasa Allah. Lebih kurang jam 11 malam, aku dan bayiku terus ditolak masuk ke Wad Kelas Pertama.
Malam itu kami tidur nyenyak. Bayiku tidak banyak ragam, tak macam abangnya dulu.. Menangis tak henti2 pada malam pertama selepas dilahirkan. Sangat nyenyak tidurnya. Mungkin ini ganjaran yg Allah berikan utk ibu2 yg sabar menahan sakit bersalin.
6 comments:
Salam sis.. tahniah dengan kelahiran baby kedua.. pengalaman bersalin memang tak dapat nak lupa kan.. :)
Saya nak jemput sis untuk share pengalaman bersalin sis kat blog saya.. kami ada buat 1 kontes sekarang.. just share pengalaman bersalin dan insyaAllah berpeluang untuk memenangi 'Coach Wristlet'.. Jemput join ya.. :)
http://www.linchalo.com/759/kongsi-pengalaman-bersalin-boleh-dapat-coach-wristlet/
salam hi kak nurha saya jengah sbb google pengalaman bersalin. belum terlambat nk ucap tahniah utk akak. nama anak sy nuha. dekat2 gn nma akak☺☺☺
Terima kasih Farhana sudi jenguk blog akak ;)
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)
alhamdulilah normal :)
seronok baca kisah2 pengalaman bersalin ni,rasa sakit tu memang xboleh nk compare dgn ape pun kan..alhamdulillah baby selamat keluar..moga jadi anak yang baik dan sihat selalu ye insyaAllah :)
jemput ke blog sy
https://ninafarhanawm.blogspot.my/
Post a Comment