Tuesday 29 November 2011

Mom to be..


Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan-Nya. Jumaat lepas Nurha dah check guna pregnancy test kit menunjukkan keputusan yg positif! Sekarang adalah fasa yg amat penting utk kandungan kerana ketika ini organ bayi kian terbentuk. Mengikut perkiraan, usia kandungan Nurha kini berusia lapan minggu. Isy, macam tak percaya je kan! Utk pengetahuan readers, tempoh kehamilan hingga kepada kelahiran mengambil masa sembilan bulan atau 40 minggu.

So, utk next step Nurha perlu rujuk kepada pakar di klinik kerajaan (klinik swasta pun boleh, tapi klinik kerajaan lebih baik utk kandungan anak pertama). Sedikit info utk dikongsi..

Trimester pertama (minggu 1 ke 12)
Tiga bulan pertama pembangunan janin merupakan tempoh yang paling penting. Sepanjang 60 hari yang pertama, kebanyakan organ bayi terbentuk. Pada trimester ini bayi yang belum lahir amat sensitif pada persekitaran kimia, ubat dan virus yang boleh menyebabkan kecacatan.

Trimester kedua (minggu 13 ke 28)
Dalam tempoh ini, janin mula membesar dan organ-organnya bertambah matang. Pembesaran saiz uterus lebih ketara dalam trimester kedua kehamilan, apabila perut wanita mengandung semakin membesar. Pada masa ini, kebanyakan wanita perlu memakai pakaian longgar atau pakaian mengandung. 

Trimester ketiga (minggu 29 ke 40)
Trimester ketiga bermula pada minggu ke-29 kehamilan dan berakhir sehingga kelahiran.  Bayi terus membesar dan beratnya terus bertambah dalam tempoh ini. Pada bulan terakhir kehamilan, janin membesar setengah paun seminggu. 

Utk itu, macam2 petua dan pantang larang yg Nurha dapat drpd org tua2 utk dikongsi bersama:
1. Jangan makan nanas, sebab nanas bersifat tajam
2. Jangan makan makanan yg sejuk2, tidak baik utk kandungan
3. Jangan pakai high-heel
4. Jangan angkat barang atau buat kerja yg berat2

Ada banyak lagi yg Nurha tak ingat time nak taip ni, huhu... Utk persediaan kerohanian, Nurha akan kongsi dgn readers kemudian ye. Terima kasih kerana membaca, salam sayang semanis gula... (^-^)

3 comments:

Cik Siti Hajar said...

congratss~~

Nurha said...

tq ms butterfly..;)

atiqa aris said...

tahniah ye.tc of ur prenancy tu tau:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...