Wednesday 19 October 2011

Perpustakaan yang canggih & terkini di Shah Alam



Untungnya rakyat Selangor dapat hadiah daripada Sultan Selangor sebuah perpustakaan awam yang canggih dan terkini di Shah Alam. Nurha difahamkan perpustakaan hadiah daripada Sultan Selangor yang terletak di Seksyen 13 ini bernilai 70 juta. Bangunannya nampak sofistikated dan sangat berbeza dari perpustakaan yang ada di Malaysia. Perpustakaan ini telah beroperasi secara rasminya pada 22 Julai 2011. 

Jika dilihat dari luar, perpustakaan ini seakan pejabat eksklusif dan nampak mewah. Terdapat ruang yang menempatkan aktiviti yang sesuai untuk setiap lapisan umur masyarakat, tak kira kanak-kanak ataupun dewasa. Di setiap sudut ruang menempatkan ruang membaca secara santai, tempat kanak-kanak bermain, ruang melayari internet, sistem XD theater / 6D theater dan banyak lagi ruangan lain tidak terdapat di perpustakaan lain. Komputer yang terdapat di perpustakaan ini juga menggunakan jenama Apple. 

Ini serba sedikit cerita pasal perpustakaan untuk rakyat Selangor yang canggih dan cun melecun ni yang Nurha tahu. Kalau Nurha duduk area situ, mesti selalu datang perpustakaan nih..hehe.. Yelah, kemudahan dah ada, ape lagi org Shah Alam khususnya, gunakanlah sebaik mungkin ye.. Perpustakaan ni memang terbaek dan bertaraf dunia!  










0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...