Thursday, 10 November 2011

Khasiat coklat yg berasal dari koko & Coklat Minda

Assalamualaikum.. Entri kali ini bersifat kesihatan, yg mana Nurha nak kongsi sikit cerita pasal coklat dan khasiatnya. Pasti umumnya tahu dari mana datangnya coklat bukan? Coklat berasal dari buah koko yg rasanya manis-manis masam. Biji koko tidak boleh dimakan dan biji yg mentah perlu diproses menjadi coklat. 


Koko dijadikan makanan utk tenaga kerana di dalamnya terkandung lemak, karbohidrat dan gula. Koko dikatakan berpotensi mencegah penyakit jantung kerana mengandungi antioksidan. Dalam satu kajian yg dihasilkan oleh Medical Harvard School, hasil daripada flavonoid polyphenolic dalam koko ini mempunyai potensi untuk mencegah penyakit jantung. Pengambilan koko dalam bentuk minuman dan coklat juga mampu mengurangkan tekanan darah. 

Selain daripada khasiat yang dinyatakan di atas, koko juga sinonim dgn emosi yg berkaitan dengan sayang, ceria dan rasa cinta. Tak hairanlah kalau ramai pasangan-pasangan yg merajuk di luar sana tu menjadikan coklat sebagai hadiah tanda memujuk dan berdamai.. ;)

Baru-baru ini, Nurha ada terjumpa satu produk yg berasaskan coklat sebagai medium utamanya. Readers pernah dengar tak Coklat Minda? Produk berasaskan coklat yg dihasilkan oleh Syarikat Hijrah. Nurha rasa sangat unik produk ni, sebab sebelum ini Nurha belum jumpa produk kesihatan yg berasaskan coklat untuk kesihatan. 


Produk ini dikatakan mampu utk meningkatkan dan menguatkan daya ingatan dan konsentrasi (sesuai utk pelajar semua peringkat umur), mengatasi rasa gugup, memulihkan daya kreativiti dan berfikiran negatif dan menghindar rasa give-up. Berdasarkan kebaikannya, sudah tentu Coklat Minda ini dirumus khas utk golongan pelajar. Bahan asas Coklat Minda ialah koko, pegaga, kacang soya dan susu kuda (kerana dikatakan susu kuda menyamai susu manusia).

Selain itu, terdapat juga produk lain keluaran Hijrah utk kesihatan lelaki dan perempuan iaitu, Chocollagen dan ChocMirifica. Untuk info lanjut mengenai produk ini, readers boleh teruskan membaca di http://www.coklatminda.com/products.asp

Nurha tak sabar nak try Chocollagen ni cepat2, nak tengok hasilnya.. Bacalah khasiatnya tu, macam tertarik dan menarik je kan. Jom readers, kita try ramai2, tgk hasilnya. Kalau ok, nak recommend kat kawan2 dan saudara mara..
 

Friday, 4 November 2011

Super humor : You only can found this in India!

Lawak betul la.. Nurha saje nak share dgn readers gambar2 lawak yg boleh tengok kat negara India... Enjoy watching!!




















Tuesday, 1 November 2011

Mcm ni punye orang pun ade ke...


Aiyoo, mcm ni punye org pun ade ke kat Malaysia ni.. Kalau tak dapat baca, ni Nurha taip skali lagi

"TOLONG JANGAN SAMAN! INI BUKAN "TINTED"! INI PLASTIK SAMPAH. DALAM NI TAKDE BARANG KEMAS BARANG BERHARGA. JANGAN PECAHKAN LAGI YE? JANGAN GELAK BILA TENGOK CERMIN MACAM NI.. KAMI PUN TAK NAK JADI MACAM NI. KALAU LALU KAT SEBELAH BACA JELING2 DAHLA.. JANGAN BACA SAMBIL GELAK.. PASTU TENGOK KAMI....KAMI MALU LA BILA ANDA BUAT MACAM TU! THIS IS 'NON SMOKING' AREA! JAGA2 PEMECAH KERETA NI... KAMI CARI ANDA.. ANDA WANTED!!! TAK PASAL2 KAMI KENA BUAT REPORT KENA BANGUN AWAL PAGI!! CEHHH..."

Alolo..sendiri mau ingatlah kan...

Thursday, 27 October 2011

Super ngeri : Kilang organ manusia di Russia..

Assalamualaikum.. Entri kali ni rasa ngeri sikit Nurha nak post. Tapi nak sebarkan jugak pada readers. Cerita pasal kilang organ manusia di Russia. Kilang ini menyimpan organ dalaman manusia seperti buah pinggang, jantung, hati, kornea mata dan lain-lain lagi untuk dijual. Kira ni kilang 'spare part' untuk manusia lah. Dipercayai tubuh badan manusia yang mati diambil organ dalaman mereka untuk dijual. Badan-badan manusia ini dikutip daripada pemandu mabuk yg mati disebabkan kemalangan jalanraya, manusia yg mati keseorangan di rumah akibat kesejukan (ketika musim sejuk), kematian tidak dapat dirungkaikan kesnya dan mayat2 yg tidak dituntut oleh kaum keluarga.


Sebahagian daripada organ2 dan tulang2 dijual kepada universiti2 di seluruh dunia. Bahagian tulang kaki dieksport ke farmasi di Ireland & Jerman untuk dibuat "tooth filling". Selain Russia, kilang seperti ini juga terdapat di India. Tidak hairanlah seringkali kita dengar pengetahuan mengenai perubatan di kedua-dua negara ini amat tinggi. Kebanyakan student perubatan pun ramai yg melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di dua negara ini. Ini kerana mereka mempunyai banyak stok untuk pembelajaran mengenai manusia dan organ dalaman. Bermakna telah banyak pengalaman yg mereka alami.






Tetapi apa yg lebih membimbangkan, trend ini seakan mengejutkan kita. Bagaimana sekiranya saudara-mara, sahabat handai dan kaum keluarga terdekat kita meninggal dunia di sana? Ini yg menakutkan kita kerana menurut satu sumber, pernah terdapat kes di mana mayat dikembalikan kepada waris si mati dalam keadaan yang tidak mempunyai organ dalaman! Haih, minta dijauhkan.. 

Monday, 24 October 2011

Amazing juice blended for healthier life

Today, 24th October, 2011 is our 1st month anniversary after getting married 1 month ago.. I feel so happy being a wife for my husband. Even people said that married life are tougher than single life, but I felt married life are sweetest chapter in my life. Everything we are sharing together.

One month ago, we had received a wedding present; juice maker machine from one of my colleague. We don't have any idea to use it except for make an apple juice, pineapple juice, carrot juice and etc. I saw one article about healthy juices. Here, I share it with you readers, must try!

 Apple + Cucumber + Celery = Boost and cleanse our system

Tomato + Carrot + Apple = Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminates stomach upset and headache 
(I like!!)

Bitter gourd + Apple + Milk = Avoid bad breath and reduce internal body heat

Orange + Ginger + Cucumber = Improve skin texture and moisture and reduce body heat

Pineapple + Apple + Watermelon = To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney 
(I like!!)

Apple + Cucumber + Kiwi = To improve skin complexion

 
Honeydew + Grape + Watermelon + Milk = Rich in vitamin C, vitamin B2, that increase cell activity and strengthen body immunity

 Papaya + Pineapple + Milk = Rich in vitamin C, E, iron. Improve skin complexion and metabolism 
(I like!!)

Banana + Pineapple + Milk = Rich in vitamin and nutritious and prevent constipation 
(I like!!)

Only certain mixing fruit and vegetable element that I like because it sounds and taste good. Other than that, uhuk... I must try too for keep healthy.... :)

Friday, 21 October 2011

Cara terbaru orang merompak dan menyamun...




Info untuk dikongsi bersama..
Cara terbaru orang zaman skrg merompak dan menyamun.. Hati2 ye readers.. Sumber: Polis KL

Wednesday, 19 October 2011

Perpustakaan yang canggih & terkini di Shah Alam



Untungnya rakyat Selangor dapat hadiah daripada Sultan Selangor sebuah perpustakaan awam yang canggih dan terkini di Shah Alam. Nurha difahamkan perpustakaan hadiah daripada Sultan Selangor yang terletak di Seksyen 13 ini bernilai 70 juta. Bangunannya nampak sofistikated dan sangat berbeza dari perpustakaan yang ada di Malaysia. Perpustakaan ini telah beroperasi secara rasminya pada 22 Julai 2011. 

Jika dilihat dari luar, perpustakaan ini seakan pejabat eksklusif dan nampak mewah. Terdapat ruang yang menempatkan aktiviti yang sesuai untuk setiap lapisan umur masyarakat, tak kira kanak-kanak ataupun dewasa. Di setiap sudut ruang menempatkan ruang membaca secara santai, tempat kanak-kanak bermain, ruang melayari internet, sistem XD theater / 6D theater dan banyak lagi ruangan lain tidak terdapat di perpustakaan lain. Komputer yang terdapat di perpustakaan ini juga menggunakan jenama Apple. 

Ini serba sedikit cerita pasal perpustakaan untuk rakyat Selangor yang canggih dan cun melecun ni yang Nurha tahu. Kalau Nurha duduk area situ, mesti selalu datang perpustakaan nih..hehe.. Yelah, kemudahan dah ada, ape lagi org Shah Alam khususnya, gunakanlah sebaik mungkin ye.. Perpustakaan ni memang terbaek dan bertaraf dunia!  










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...