Saturday 16 May 2015

Ajar anak ikut psikologi atau kuasa veto?

Assalamualaikum.. Jumpa lagi kita hari ini.. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi bertuah ini.

Tengok anak membesar di depan mata sendiri memang seronok. Lagi-lagi untuk ibu yang 'fully housewife', tak terikat dengan kerja makan gaji. Tak payah susah-susah nak hantar anak ke nursery or rumah pengasuh. Kejut anak bangun pagi-pagi nak pergi nursery macam kami ni golongan pekerja makan gaji. Kadang-kadang dalam hati ni ada jugak terdetik nak jadi 'WAHM (working at home mom)' tapi keadaan sekarang ni tak mengizinkan. Tambahan pula, masih feel lagi dengan kerja yang Nurha buat sekarang ni.

Tengok Firas dan Fahim membesar depan mata, rasa macam cepatnya masa berlalu. Firas dah 2 tahun 10 bulan, Fahim dah 8 bulan. Membesarkan anak yang seusia Firas memang 'challenging'. Usia Firas ni memang berbilion sel otak sedang berhubung. Jika kata 'jangan' atau 'tidak' memang berkali-kali cakap baru tak dibuatnya. Kadang-kadang tidak diendahkannya. Kalau pakai baju pulak, dah pandai memilih. Nak pakai baju jalan je, baju tak cantik atau yang sepatutnya pakai kat rumah tak nak.

Kami suami isteri guna pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak. Jika papa, suka ikut kuasa veto. Bagi Nurha sendiri, suka ikut cara psikologi. Yang Nurha perhatikan, kedua-dua cara ini ada baik buruknya. Contoh, situasi kemas permainan. Papa akan bagi arahan, "Firas, kemas mainan.. Kalau tak kemas, papa simpan / buang mainan ni".. Itu cara papa.. Kadang-kadang buat Firas bergenang air mata, kadang-kadang buat tak tahu. Kalau cara Nurha sendiri, "Abang..kalau nak makan kemas mainan..kalau tak kemas, tak boleh makan.." ataupun "jom kita kemas mainan sama-sama". Baru Firas bangun dan kemas.. he he..Bila buat perbandingan, cara Nurha lebih berkesan sebab Firas nak kemas mainan..

Okay, dah habis pasal situasi kemas mainan, kita tengok situasi lain pulak. Firas suka melompat-lompat bila atas katil. Pulak tu suka pijak bantal. Memang mendatangkan kemarahan papa lah kan. Bila nampak Firas buat macam tu, papa akan suruh Firas jangan melompat, dengan nada suara yang tinggi, buat Firas takut, dengan menunjuk tangan dan menjegilkan matanya. Memang cepat-cepat Firas turun, kadang-kadang datang kat mama..mengadu..kata "papa tu.." Kalau Nurha agak tak kisah sangat Firas nak melompat-lompat atas katil, kalau larang pun sebab takut terpijak Adik.. Jadi, cara veto ni lagi berkesan untuk situasi ini.

Korang didik anak cara apa ye? Boleh kongsikan kat sini, sangat-sangat dialukan..
Terima kasih kerana membaca..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...