Diam tak diam usia kandungan Nurha telah mencecah 11 minggu, sungguh cepat masa berlalu.. Dalam seminggu dua ni, Nurha sering mengalami mual2, pening2 dan muntah2.. Keletihan dan kelesuan sudah menjadi sebati dalam diri sejak 2 minggu yg lalu.. Makan minum jangan ceritalah, memang tak lalu.. Nasi langsung Nurha tak sentuh, hanya roti dan buah-buahan jadi hidangan. Susu juga jadi peneman setia. Bab masak memasak pula, semuanya diserahkan kepada suami tercinta, Nurha langsung tak boleh ke dapur, bau masakan dan bau dapur di rumah. Kesian encik suami, terpaksa kena penangan org baru.
Dahulu, di awal usia perkahwinan kami, Nurha suka memasak utk suami, bukan apa suka tengok suami makan berselera sekali hasil air tangan Nurha (walaupun tak sesedap mana, huhu). Sekarang ni kami terpaksa tapau or makan luar, dah dapur kami pun jarang berasap, kecuali sekali-sekala encik suami memasak hidangan yg simple2 utk dirinya sendiri. Time Nurha mengidam nak makan sesuatu, cepat2 encik suami cari, tak pun emak dan abah Nurha masakkan (if balik kampung time tu..). Bukan ape, bak kate org tua2 sekiranya apa yg diidamkan itu tak dapat ditunaikan, bayi yg bakal lahir tu akan selalu melelehkan air liurnya apabila lahir nanti disebabkan ibunya mengidam sesuatu yg tak dapat ditunaikan ketika mengandungkannya..hehe..pandai je org tua dulu2 kan..
Sepanjang 11 minggu kehamilan ini, sudah 2 kali Nurha mc, tak dapat kerja macam biasa. Tapi org kata demam sikit2 tu biasa lah, perubahan fisiologi ketika hamil. Semalam Nurha ke klinik kesihatan berdekatan, sebab tidur malam tak lena dan asyik muntah2 sahaja. Sempat juga puan doktor scan baby, tetapi saiz baby Nurha sangat kecil, 28.9mm (lebih kurang 2.89cm). Alhamdulillah, rasa sangat teruja dan kagum dengan kekuasaan Tuhan yg menciptakan bayi sekecil itu!
Kalau ke klinik swasta, macam2 ubat diberikan. Kalau ke klinik kerajaan, doktor tidak menggalakkan ibu2 mengandung makan ubat selsema atau demam kerana tidak baik untuk kesihatan dan tumbesaran bayi. Ada betulnya, Nurha perlu berhati2 selepas ini dan anggap demam ini adalah perkara biasa.
Sampai sini dahulu, Nurha akan sambung lagi di masa akan datang ye! Jaga diri semua, assalamualaikum..
Google courtesy |
4 comments:
Assalam Nurha,
banyakkan bersabar dan kuatkan semangat,memang begitulah adatnya berbadan dua.
Wsalam Amie.. Thanx yea.. Ni 1 st experience Nurha..huhu..kalo ade tips utk Nurha, sila2 kan share yea!
slm perkenalan...
singgah sini n follow
wah..tahniah nak dpt baby ...
sonok kan...
ikut sgala nasihat dokter yer..
take care
salam pkenalan juga utk intan...
thanx ye intan...
mmg seronok dan teruja rs nye ;)
Post a Comment