Petang tadi kami ke Senai Airport, belikan tiket si kecik ni nak balik Sabah minggu depan. Tiket mama dan papa dah beli tinggal tiket Firas je belum. Dari sehari ke sehari nak beli tapi tak berkesempatan. Antara MAS, AirAsia dan FireFly of cos lah kami pilih AirAsia sebab harganya yg murah, jimat dan ekonomi. MAS, belum mampu lagi, mahal.. FireFly pulak dari JB ke Sabah tiada penerbangan ditawarkan.
Dah bertahun-tahun kami jadi pelanggan tetap AirAsia dengan mottonya Now everyone can fly... Tapi mottonya tak sehebat kata. Sebab apa Nurha kata macam tu, sebab kami geram jugak dengan AirAsia ni rasa nak marah pun ada. Flight kali ni asyik kena retime je. Macam mana pula dengan org yg tinggal kat kawasan pedalaman, yg tak dapat liputan telefon dan internet? Mesti info tak sampai pada dorang untuk dapat sms flight kena retime, dah tentulah tertinggal flight. Mujur kami ni di bandar, even 10 kali retime pun kami boleh update dan tengok melalui email.
Itu cerita pasal retime, belum lagi beli tiket online. Papa ada belikan tiket untuk mak mertuanya (mama Nurha), tapi malangnya nama tiada dalam sistem, bayaran telah pun dibuat, tetapi apa masalah AirAsia dengan sistemnya? Bayaran telah dibuat beserta bukti lagi, Kami datang ke kaunter tadi untuk selesaikan masalah ini tetapi pekerja customer service AirAsia kata "Maaf encik saya tak tahu masalah encik ni, saya masih baru..Encik datang esok jumpa dengan executive mungkin masalah encik boleh selesai.." Huh, menyirap juga kami dengar statement budak perempuan tu, masalah kami ke disebabkan dia seorang pekerja AirAsia yg baru dia langsung tak nak ambil tahu masalah yg kami utarakan then serah kat pekerja yg lebih senior.. Kami terpaksa datang sekali lagi..huhu.
Sebelum ni, pernah juga kami berurusan dengan pekerjanya yg sangat kekwat, dengan muka yang masam, tak mesra pelanggan pertanyaan yg lembut pun dibalas dengan kasar.. Mintak maaf cakap, muka memang tak seberapa, kalau budi bahasa elok sedap juga hati kami. Ini tidak, jangankan muka, budi bahasa pun tak ada, tapi boleh pulak dapat kerja kat AirAsia bhgn customer service.
Bersabarlah wahai hati. Kalau ada syarikat tambang murah yg lain dah lama kami tak pilih AirAsia ni..
Now everyone can fly..? Macam dah tak relevan... |
0 comments:
Post a Comment