Sunday 9 December 2012

Cerita pasal pengasuh Firas

Assalamualaikum.. Hari ni hari minggu. Kami sekeluarga tak balik kampung minggu ni. Just pegi Giant je siang tadi bawa Firas jalan2. Batuk dan selsema Firas dah takde. Alhamdulillah, memang ubat Poliklinik Bio-Sucinas tu memang serasi dengan Firas.

Firas dah tukar babysitter yg ketiga...huhu.. Sangat mencabar nak cari babysitter yg betul2 willing nak jaga anak kita kat JB ni.. Nape tak hantar ke nursery? Sorry, Nurha memang pangkah (bukan pangkah sebab pilih ye, tapi pangkah sebab tak suka...) dengan nursey kat JB ni pasal ada banyak kes tersedak susu, dera budak dan jagaan yg kurang memuaskan. Nurha ada kawan yg kerja kat nursery ni, kira nusery yg top jugalah kat JB ni. Macam2 kawan Nurha cerita akan 'ketakbagusan' nursery tempat dia kerja tu, sampai sekarang ni dia sendiri pun dah berhenti kerja pasal kesian tengok budak2 kat nursery yg kena ragging..huhu..tak sanggup saya..

Kenapa Firas tukar pengasuh ke-3? Ni nak cerita lah ni..

Pengasuh pertama
Nurha kenal makcik ni melalui rakan sekerja. Tgh pregnant aritu, adelah tanya2 kan budak2 ofis ade tak org nak jaga baby.. Then dapat, jiran kepada officemate ni. Kira pangkat nenek lah dengan Firas, umur 56 tahun. Masa mula2 ada dua option, kakak yg pertama tu around 40 plus umurnya, dekat dengan rumah Nurha tapi sayangnya ramai benar dia jaga budak..Sampai 6 org...! Memang sah2 lah tak pilih kakak tu.. Sebab tu kami pilih makcik yg umur 56 tahun tu atas recommend officemate. 1st impression, time 1st time jumpe, kitorg dapat rasakan yg makcik ni mcm asal boleh je nak jaga Firas, senang cakap macam terpaksa terima lah... Ok, kitorg tak nak cakap lebih pasal tu sebab pening kepala nak carik lagi pengasuh lain.. So diamkan jelah.
Makcik ni busy dengan aktiviti hariannya sebab salah seorang org penting dalam komuniti bacaan Yasin, kenduri kendarat kat taman tu. Macam kami pulak terpaksa ikut jadualnya, tapi bukan dia boleh ikut jadual kerja kami yg kadang2 terpaksa balik lewat sikit..(even tak lebih jam 7 pun). Kami rasa tak boleh nak blah lagi hantar Firas kat makcik ni, macam terpaksa je jaga Firas (macam yg kami jangkakan tu..) Ada banyak lagi yg Nurha tak boleh nak cerita habis pasal makcik ni kat sini, agak sensitif rasanya.. Sekian cerita makcik pengasuh Firas yg pertama ni.

Pengasuh kedua
Dah dapat pengasuh kedua.. Senangnya dapat, memang rezeki Firas lah.. Akak ni umur around 30 plus memang jaga sorang budak je tu pun umur 1 tahun lebih. Dia ada anak sorang, umur 10 bulan. Ok lah kan, kami pun hantarlah Firas kat akak ni. 
Malangnya, hanya bertahan 1 hari setengah je kakak tu jaga Firas, sebab menurut kaka tu, dia tak tahan sangat pasal Firas sangat kuat nangis + anak angkat dia pun kebetulan demam, nak perhatian lebih drpd akak tu. Kebetulan Firas memang demam, may be akak ni memang kurang skill kot jaga baby, so tak pandai nak tackle budak. Dia bimbang darah tinggi dia naik je, huhu.. Terus surrender nak jaga Firas, Nurha terpaksa balik, mintak half day n tinggalkan audit yg tgh berlangsung pd hari tu..

Pengasuh ketiga
Kakak ipar kawan Nurha. Dekat sangat rumah dia dgn Nurha. Eh, memang rezeki Firas lah, senang dapat pengasuh.. Yg ini paling ok. Kakak ni memang nak jaga budak, siap nak buat iklan lagi. So far memang tak ada masalah. Siap bawak Firas jalan2, balik kampung dia lagi. Firas pun riang kat rumah kakak ni sebab ada kawan, anak kakak ni umur 3 tahun. Satu family memang suka baby. Alhamdulillah..dah tak pening kepala kami nak mencari pengasuh untuk Firas lagi.

Sekian saja cerita pengasuh Firas..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...