Friday, 12 August 2011

Resepi Kuah Sate @ Kuah kacang utk nasi himpit...yummyyy..

Tgh2 hari di bulan Ramadan ni, ade pulak resepi yg menyelerakan dikirim member Nurha... Cam sedap jek.. Oppsss...nanti dulu, waktu berbuka lambat lagi... Sengaja Nurha share kan resepi ni, korg2 yg baca ni, jom cuba! Sesuai utk dimasak time nak berbuka nanti...

Bahan-bahan:

180 gm kacang tanah (goreng dan tumbuk separuh hancur)
2 sudu kecil asam jawa
5 sudu kecil gula
1 ½ sudu kecil garam Bahan-bahan kisar:
15 biji cili kering
2 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah
3 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

5 biji buah keras
1 ½ cm belacan

Cara - caranya :

1. Kisarkan terlebih dahulu cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras dan belacan sehingga benar-benar mesra.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga terbit minyak
3. Setelah itu masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi (anda boleh memasukkan santan jika perlu).
4. Panaskan dengan api yang perlahan.
5. Seterusnya masukkan asam jawa, gula dan garam.
6. Masak selama 5 minit sebelum boleh dihidangkan bersama sate atau nasi himpit



7. Tadaaaa...sedia untuk dihidangkan bersama keluarga, sanak-saudara...



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...