Friday, 2 November 2012

Khutbah Jumaat - Petua untuk mudah bangun Subuh

Assalamualaikum readers.. Lama tak menjenguk blog.. Khutbah Jumaat hari ini:

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari mel
akukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.
Dipetik dari Facebook Ustaz Don Daniyal....

Nurha sekarang dah tak susah nak bangun subuh sebab dah ada jam loceng nama Firas. So, tiap pagi mesti terjaga sebab Firas kejutkan mama dia bangun pagi time pampers basah sebab wee wee or poo poo dan nak mintak susu..hehe..

Sekadar renungan untuk diri saya, keluarga dan semua readers...
Gambar disedut daripada Google

Saturday, 20 October 2012

Firas dah 100 hari

Hari ni Firas dah 100 hari. Ada kawan Firas datang rumah, Marissa Nur Jannah namanya..hehe.. Firas dah ada kawan. Actually anak kawan mama Firas, Nurul. Kami best friend time belajar kat Shah Alam dulu. Tahun ni pun kami dapat anak sulung sesama, lahir pun bulan Julai gak.. Cuma Firas tua 11 hari dari Jannah. Firas lahir 10 Julai Jannah lahir 21 Julai.

Hari ini first time kami ditemukan di samping anak-anak kami..hehe.. Tengok gambar tu macam kami dapat anak 2nd instant lak..bergambar pinjam anak masing2..haha.. Tapi Firas tak pandai tgk kamera time gambar dicapture, Jannah pandai jeling2 kamera..hehe... Next year boleh celebrate birthday sesame ngan adik Jannah ye syg..


Friday, 19 October 2012

Khutbah Jumaat : Doa merangsang diri dan keluarga agar jaga solat..

Assalamualaikum.. Jangan lupa amalkan ye kawan-kawan... Untuk, diri, suami dan anak-anak..


Wednesday, 17 October 2012

Supermama...

Hehe..tengok tajuk kat atas tu macam saya tinggal sorang je kat rumah. Tapi tak ingat ke da ade sorang anak.. Bukan ape, hari ni saya tinggal berdua je dgn si sepet saya.. Papanya ke mana? Papanya ke Melaka hari ini dan esok atas urusan kerja. As 1st time mommy, perkara macam ni jadi saya kekok dan terkejar-kejar nak ke sana ke mari.. Belum pernah ditinggalkan husband utk menguruskan baby sorg2.. Nak uruskan baby, nak uruskan diri sendiri, nak hantar ke baby sitter, nak drive time baby duduk dalam car seat... Huhu..memang kekok.. Atuk dia ada cakap, kalau tinggal rumah sorang2 panggil mak datang.. Tapi rasanya macam tak sampai hati pulak nak menyusahkan org tua Nurha.

Takpelah Nurha.. Cabaran buat Nurha demi keluarga tersayang.. Cabaran bagi ibu2 yang bekerja pada zaman ini.. Nasib baiklah baby Nurha tak meragam time duk dalam car seat.. Yang penting kena fokus time drive. Time berhenti kat traffic light, bolehlah jenguk2 anak tu. Ni pesanan papa dia.. Papa dia pun selalu update setiap jam..hehe..

Takpe Nurha, practice make perfect. Kena jadi superwoman jugak sekali-sekala time husband tak ada. You can do it!!

Gambar ehsan Google

Saturday, 13 October 2012

Kelambu baby nak let go..

Assalamualaikum.. Apa khabar semua.. Nurha ada kelambu baby nak let go.. Kelambu sesuai dipasang pada baby cot, nampak sweet sangat.. Nurha nak let go kelambu ni sebab baby Nurha tak boleh tidur dalam baby cot, nak kena ulit tidur sebelah Nurha baru lena tidur..

Nurha belum pernah pakai lagi kelambu ni, beli dari jauh tu, huhu.. Kat IKEA time husband ada meeting kat Damansara Perdana, HQ Office. Masa tu Nurha tengah sarat pregnant anak 1st, tu pasal husband teruja sangat nak beli barang-barang baby. Asal nampak comel dan sedap mata memandang je terus grab dan beli untuk persiapan nak sambut org baru.. 

Kelambu ni condition new, belum pernah pakai lagi. Kepada sayang-sayang yang berminat boleh komen dan harga boleh dirunding. Bagi yang berminat dan tinggal di sekitar JB, Nurha hantar terus ke depan pintu rumah ye.

Spesifikasi kelambu :
Tinggi - 240cm/94"
Diameter - 50 cm
Fabrik - 100% polyester
Plastic fitting - polypropelene


Gambar bila kelambu digantung pada siling

Friday, 12 October 2012

Khutbah Jumaat : 15 tips murah rezeki

Renung-renungkan dan selamat beramal... Untuk diri saya, suami, kaum keluarga semua dan readers..


Susu ibu adalah susu yang terbaikkk..!

Assalamualaikum.. Apa khabar readers? Kali ini Nurha nak kongsi pengalaman sebagai seorang mommy yg fully breast feed.. Seperti yg kita tahu, tak semua wanita mempunyai pengalaman menyusui bayi sepenuhnya kerana ada sesetengahnya tidak mempunyai susu atau mempunyai susu yang sedikit..

Bagi Nurha sendiri, Nurha bersyukur kerana dapat merasai nikmat memberikan susu kepada bayi. Walaupun bekerja, bukanlah menjadi halangan untuk fully bf. Susu ibu adalah makanan yang terbaik berbanding susu formula. So, bagi ibu-ibu yg bekerja seperti Nurha ni, kena rajin-rajinlah pam susu untuk stok dan bagi mengelakkan bengkak susu yang kadang-kadang boleh jadi demam.

Bercerita pasal breast pump ni terdapat banyak jenama breast pump di pasaran. Mahal atau murah bukan menjadi halangannya sebab jika mahal macam mana sekali pun, belum tentu ia bagus. Yang murah pula tidak semestinya tidak bagus. Nurha guna jenama Camera (made in Taiwan). Rasa puas hati gunakan breast pump ni sebab ia portable. Sebelum ni Nurha ada try yang jenis motor pump tapi rasa leceh sebab nak cari wall supply dan pergerakan pula agak terbatas. Kalau guna yang jenis battery-operated pulak, asyik nak kena ganti bateri aje.

Ringkas dan mudah      


Apa yang penting, kena pastikan time yang tertentu nak perah susu. Air susu boleh jadi kering kalau tak diperah. Kan suatu pembaziran tu, betul tak? Daripada nak beli susu yang semua sedia maklum memang mahal, baik kita berikan bayi dengan susu free dan penuh berkhasiat.

Inilah hasilnya
Sekian dulu, sambung lagi next entry ya! Jaga diri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...