Friday 12 October 2012

Susu ibu adalah susu yang terbaikkk..!

Assalamualaikum.. Apa khabar readers? Kali ini Nurha nak kongsi pengalaman sebagai seorang mommy yg fully breast feed.. Seperti yg kita tahu, tak semua wanita mempunyai pengalaman menyusui bayi sepenuhnya kerana ada sesetengahnya tidak mempunyai susu atau mempunyai susu yang sedikit..

Bagi Nurha sendiri, Nurha bersyukur kerana dapat merasai nikmat memberikan susu kepada bayi. Walaupun bekerja, bukanlah menjadi halangan untuk fully bf. Susu ibu adalah makanan yang terbaik berbanding susu formula. So, bagi ibu-ibu yg bekerja seperti Nurha ni, kena rajin-rajinlah pam susu untuk stok dan bagi mengelakkan bengkak susu yang kadang-kadang boleh jadi demam.

Bercerita pasal breast pump ni terdapat banyak jenama breast pump di pasaran. Mahal atau murah bukan menjadi halangannya sebab jika mahal macam mana sekali pun, belum tentu ia bagus. Yang murah pula tidak semestinya tidak bagus. Nurha guna jenama Camera (made in Taiwan). Rasa puas hati gunakan breast pump ni sebab ia portable. Sebelum ni Nurha ada try yang jenis motor pump tapi rasa leceh sebab nak cari wall supply dan pergerakan pula agak terbatas. Kalau guna yang jenis battery-operated pulak, asyik nak kena ganti bateri aje.

Ringkas dan mudah      


Apa yang penting, kena pastikan time yang tertentu nak perah susu. Air susu boleh jadi kering kalau tak diperah. Kan suatu pembaziran tu, betul tak? Daripada nak beli susu yang semua sedia maklum memang mahal, baik kita berikan bayi dengan susu free dan penuh berkhasiat.

Inilah hasilnya
Sekian dulu, sambung lagi next entry ya! Jaga diri..

2 comments:

Rozita Ceritaita said...

memang terbaik!...akak follow Nurha jugak!

Nurha said...

hehe..tima kasey akk..Nurha da follow akk dulu..heh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...