Al-kisahnya kami diarahkan meeting pada Jumaat lepas di Melaka. Nurha jarang outstation, selalu boss mintak stay office sebab kalau dah semua keluar siapa nak jaga office kan. Buatnya ada big2 issue, yang lain semua takde satu masalah pulak nak menjawab. Meeting kali ni kena buat slide presentation dah macam zaman study dulu-dulu lah pulak. Lama sungguh tak buat slide bila dah lama tak asah bakat membuat slide, rasa seronok juga ye.Tapi rasa terketar-ketar nak present depan boss yang tak pandai berbahasa Melayu. Teringat gaya-gaya boss ni macam lecturer yang ajar subjek Calculus kat UM dulu. Dengan bahas Inggerisnya yang pekat, kadang susah nak faham.
Meeting kali ni Nurha angkut anak-anak dan husband sekali ke Melaka. Biasa hari Jumaat memang kami tak hantar anak-anak ke Taska sebab taska tutup awal, tiada OT. Kalau hantar pun bimbang balik lewat,so husband terpaksa berkorban jaga anak-anak time Nurha meeting. Sementara menunggu Nurha habis meeting, husband jaga anak-anak kat hotel. Kalau menunggu kat luar, bimbang anak-anak meragam. Yang penting sediakan makanannya, susunya, biskutnya dan lain-lain makanan supaya anak-anak tak lapar.
Lepas meeting boleh jalan-jalan kat bandar Melaka. Anak-anak happy, kami pun senang hati. Biarpun kami penat tapi alhamdulillah dapat bersama-sama walaupun kena attend meeting. Kalau anak-anak dekat dan ada di depan mata, tak perlu rasa risau.
On the way ke Melaka. Time tu Cik Fea meragam jugak. Nasib sampai sebelum jam 10. |
Abg Firas dah pandai jaga adik-adik sekarang |
Cik Fea keletihan |
2 comments:
hai working mommy =)
thanks for sharing..penah cari pasal ni jugak
jemput join segmen bloglist saya ya.. 3blogger bertuah dapat giveaway
http://fashapurple.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-april-2017-by-farah.html
letih btol cik fea .. comel
Post a Comment